Anemia Semasa Mengandung. Kenapa Bacaan HB Jadi Rendah. Macam Mana Nak Naikkan HB Semasa Mengandung?

Bila mana kita mengandung, anemia memang mungkin akan terjadi pada sesetengah ibu. Ada ibu yang memang ok je. Apa yang jadi sebenarnya? Anemia ni jadi sebab darah ibu mengandung tu tak cukup sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen kepada tissu dalam badan kita dan juga kepada baby dalam kandungan.

Yang doktor atau nurse kata HB low, HB rendah, haa itulah tanda anemia. Bermaksud – kurang sel darah merah yang sihat.

Kenapa Bacaan Hb Boleh Jadi Rendah, Macam Mana Nak Naikkan Hb Semasa Mengandung

Semasa mengandung, badan kita automatik akan bekalkan lebih banyak darah untuk support perkembangan baby dalam kandungan. Kalau kita tak cukup nutrisi dari pemakanan harian, badan kita ni mungkin tak dapat nak hasilkan sel darah merah yang mencukupi untuk tambah bekalan darah ni. Sebab tu la memang ramai ibu mengandung yang HB dia akan jadi rendah sedangkan masa mengandung ok je sihat.

Bila badan tak cukup sel darah merah, badan akan jadi cepat letih dan penat.

Naikkan hb, Naikkan hb Semasa Mengandung, Naikkan hb Ibu Mengandung, Naikkan hb Darah

Jenis-Jenis Anemia

  1. Anemia disebabkan kekurangan iron (zat besi)
  2. Anemia disebabkan kekurangan folate
  3. Anemia disebabkan kekurangan Vitamin B12

1. Anemia Disebabkan Oleh Kekurangan Zat Besi

Anemia jenis ini ialah bila mana badan tak cukup menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin ni ialah sejenis protein dalam sel darah merah kita. Tugasnya ialah membawa oksigen daripada paru-paru kepada seluruh badan. Dalam kes anemia ini, darah tak cukup nak bawak oksigen yang mencukupi ke seluruh sel badan. Sebab tu biasanya doktor akan beri supplement Zat Besi.

2. Anemia Disebabkan Kekurangan Folate

Folate ialah sejenis vitamin yang memang ada secara semulajadi dalam makanan kita yangberwarna hijau macam sayur-sayuran. Badan kita perlukan folate untuk penghasil sel yang baru termasuklah sel darah merah. Sebab itulah ibu mengandung perlukan lebih banyak folate berbandung perempuan yang tak mengandung.

Tapi memang ramai ibu yang tak cukup makan sayur dan tak cukup folate dari makanan yang diorang makan setiap hari. Tambah-tambah pulak awal mengandung tu ramai ibu yang morning sickness dan mabuk teruk. Memang susah nak makan. Jadi memang sangat ramai la ibu yang kekurangan folate sebenarnya.

Bila mana badan tak cukup folate, maka badan pon tak dapat nak hasilkan sel darah merah yang sihat untuk bawak oksigen kepada seluruh sel badan. Malah kalau kurang folate, ia boleh sebabkan kecacatan pada baby – seperti kecacatan saraf tunjang (spina bifida) dan juga baby yang kurang berat badan. Sebab tu biasanya doktor akan beri supplement asid folik untuk support ibu mengandung.

3. Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12

Badan kita memerlukan Vitamin B12 juga untuk hasilkan sel darah merah. Bila mana ibu mengandung tak cukup Vitamin B12 dari makanan dan diet harian, pon akan juga menjadikan badan tak mampu nak hasilkan sel darah merah yang sihat. Ibu mengandung yang tak makan daging, produk tenusu, poultry (ayam dan burung), dan telur memang akan sangat berisiko untuk kekurangan Vitamin B12. Bahayanya ialah, ia boleh sebabkan kecacatan saraf tunjang dan juga kelahiran baby yang tak cukup matang. Malah boleh sebabkan kehilangan banyak darah masa bersalin dan selepas bersalin.

Naikkan hb, Naikkan hb Semasa Mengandung, Naikkan hb Ibu Mengandung, Naikkan hb Darah

Golongan Yang Berisiko Kena Anemia Atau Bacaan Hb Rendah

Memang semua ibu yang mengandung berisiko untuk jadi anemia dan penting untukkan naikkan HB semasa mengandung. Sebab memang perlukan lebih banyak sel darah merah dalam badan ibu mengandung. Tapi risiko akan sangat bertambah bila mana:

  • ibu mengandung tu mengandung kandungan kembar
  • mengandung dengan jarak yang rapat
  • terlalu banyak muntak disebabkan morning sickness
  • mengandung terlalu muda remaja
  • tak makanan makanan yang kaya dengan zat besi
  • memang menghidap anemia walupun tak mengandung

Tanda Bacaan HB Rendah Ibu Mengandung

  • kulit, bibir dan kuku yang pucat
  • selalu penat dan lemah
  • sakit kepala
  • sukar bernafas
  • degup jantung yang laju
  • sukar untuk fokus

 

Bahaya Bila Kena Anemia Semasa Mengandung (Bacaan HB rendah untuk Ibu Mengandung)

Bila bacaan HB selalu rendah, biasanya memang doktor akan bising. Sebab memang bahaya anemia masa mengandung ni kalau tak dirawat. Antara kesannya adalah:

  • Baby yang dilahirkan akan kurang berat badan (saiz baby yang kecik)
  • boleh menyebabkan ibu kene transfusi darah semasa bersalin
  • meroyan atau Postpartum depression
  • baby juga akan menghidap anemia
  • baby yang dilahirkan akan mengalami perkembangan yang mungkin lambat atau terencat (delay)

 

Naikkan hb, Naikkan hb Semasa Mengandung, Naikkan hb Ibu Mengandung, Naikkan hb Darah

Cara Cepat Naikkan HB Semasa Mengandung

Naikkan hb, Naikkan hb Semasa Mengandung, Naikkan hb Ibu Mengandung, Naikkan hb Darah (6)

Bacaan Lain:

  • Testimonial Set Mengandung & Set Hamil Shaklee Untuk Cepat Naikkan HB
  • Makanan Tambah Darah Ketika Hamil – Naikkan Bacaan HB
  • Fungsi Vitamin Dalam Set Ibu Hamil Shaklee Untuk Naikkan Bacaan HB

 

 

 

Promosi Vivix Shaklee Klik Di Sini Harga Vivix Shaklee Beli Vivix Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar Shaklee sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE dan SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee. “Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga!Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook” 

error: Content is protected !!