Buttercup Bukan Mentega – Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit

Buttercup is Not Butter!

Musim-musim nak raya ni pakat belaka nak buat kuih raya. The major reason saya suka buat kuih sendiri adalah sebab bende alah ni – bahan utama dalam kuih raya dan juga kek iaitu BUTTER.


Buttercup, sangat famous dan memang muraaaahh compare dengan jenama lain. Pergi je ke mana-mana pasaraya macam giant, tesco, eon big.. sure diorang buat promosi nak raya ni, harga Buttercup jadi below RM4.00 pon ada. Tapi ia memang mengaburi mata ramai pengguna sebab namanya – BUTTERcup. Meskipon namanya adalah butter, tapi ia bukanlah butter. Sebab tu lah harganya jaaauhh lagi murah. Sedangkan pure butter yang paling murah pon dalam anggaran RM6 – RM8 malah ada yang lebih mahal daripada itu.

Buttercup, bahan utamanya adalah palm oil. Minyak dari kelapa sawit. Tak percaya? Tengok belakang pacakging buttercup kalian. Memang tulis palm oil as main ingredient, bukannya butter (milk fat). Milk fat pulak dalam urutan ke- 3 dalam senarai menujukkan peratus milk fat cuma sedikit sahaja.

 

Butter @ mentega tulen

Butter ni memang rasa dia sangat sedap. Dihasilkan dari susu, dalam bahasa melayu di panggil mentega / lepa susu. Butter ni pun healthy choices compare dengan marjerin. Tapi still kategori lemak tepu la, so jangan terlebih ambil yer. Harga butter agak mahal. Kalau setakat nak buat crust bawah cheese cake ataupun makan dengan roti boleh la. Ni kalau asyik buat kek ke biskut ke guna butter memang pokai la:roll:. Butter mengandungi vitamin A, D, E & K (vitamin larut lemak). Ianya tidak mengandungi lemak trans. Tetapi butter mengandungi kolesterol dan lemak tepu (saturated fat) yang tinggi kerana ianya produk berasaskan haiwan. Perlu diingat pengambilan lemak tepu berlebihan boleh mengakibatkan sakit jantung.

Pure butter (mentega tulen) ni dihasilkan daripada susu di mana produk tenusu asli (susu lembu) ni diproses untuk memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini dan biasanya disimpan di dalam peti sejuk kerana akan cair disuhu bilik. Mentega tulen mempunya kandungan lemak yang jauh lebih tinggi sehingga 80% dari beratnya (20% lain adalah garam, cecair dll.)

Tengok, kandungan mentega adalah 80% lemak susu.

Makan saturated fat (lemak tepu) dalam kuantiti terkawal dapat meningkatkan HDL (kolestrol baik) dan menukarkan LDL (kolestrol jahat) daripada struktur yang padat dan sukar dipecahkan kepada struktur yang lebih mudah disingkirkan.

Contoh mentega tulen, Tatura dan Anchor

>
Campuran Butter & Minyak Sawit

Contoh campuran butter dan lepa susu adalah Buttercup dan Farmcows ni. Ramai yang claim mereka ni butter terutama yang bernama Buttercup ni. Disebabkan minyak sawit mengandungi lemak tepu dan boleh membentuk pepejal kerana sifatnya yang semi solid, ia sering digunakan sebagai pengganti yang lebih murah kepada mentega tulen dalam membuat pastry dan bakery. Campuran minyak sawit dan sedikit lemak/lepa susu tiada masalah pon untuk menggantikan mentega tulen, dan ramai memilihnya kerana harganya yang murah.

Bahan utaman jenama Buttercup dan Farmcows adalah Minyak Sawit dan sedikit campuran lemak/lepa susu

<

Perbezaan harga, kandungan lemak dan rasa:

Mentega tulen turut membangkitkan aroma dan rasa yang lebih sedap berbanding lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. Ia boleh didapati dalam keadaan bergaram (salted) atau tidak bergaram (unsalted). Salah satu perbezaan yang juga agak ketara jika dibanding mentega tulen dengan lepa susu adalah juga dari segi warna dan baunyanya. Biasanya warna mentega tulen lebih kuning-keorenan dan baunya lebih kuat (seakan minyak sapi).

Sebab tu kalau buat biskut dengan menggunakan mentega tulen, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan wangi dan sedap! Untuk kualiti produk yang terbaik, pilihlah mentega tulen (SCS, Fern, Anchor, Tatura) dan bukan mentega campuran (Buttercup). Tapi kebanyakan peniaga kecil-kecilan yang jual produk bakeri, memang Buttercup selalu menggantikan mentega tulen sebab kosnya yang murah. Nah kalau baker tu pakai pure butter, jangan pulak komplen kenapa mahal na. Sebab memang harga mentega tulen 2 kali ganda harga mentega campuran. Sama ke rasanya?? Opkos laaa rasanya tak sama dan tahap kualiti kesihatan makan keduanya juga jauh berbeza.

<

Mana Satu Lebih Sihat?

Pilihlah yang banyak lemak tepu! Itu lebih sihat.

Mentega tulen (pure butter), mengandungi banyak lemak tepu yang baik untuk kesihatan, tapi tiada trans fat. Rasanya lebih sedap, harganya lebih mahal.

Campuran minyak sawit dan lepa susu seperti Buttercup pula, juga merupakan lemak tepu tapi peratusan lemak tepunya kurang berbanding mentega tulen,, dan harganya jauh lebih murah. Rasanya juga tidaklah sesedap mentega tulen.

Cuma analoginya begini, jika mentega tulen (pure butter) diibaratkan kite minum susu full cream yang banyak, buttercup ni pula seperti makan minyak masak lah kiranya. Dalam erti kata lain, makan berlebihan dua-dua pun kurang sihat. Hehe.

Boleh rujuk sini minyak mana yang lebih baik dari segi lemak tepu, lemak tak tepu antara butter dan minyak sawit (palm oil). Minyak-minyak lain tak lah boleh buat baking. Tak sedap!!

Fat_type_percentage_graph

Sumber: New Zealand Heart Foundation

Kalau nak option jauh lebih sihat, gunakan mentega organic iaitu lembu yang betul-betul makan rumput berbanding lembu yang makan makanan yang diproses. Tapi tentulah harga butter organic jauh berkali ganda lebih mahal. Pernah saya jumpa di Jaya Grocer, sebuku 250 gram butter organic bernilai lebih RM30.8-O

Bukan lah tak boleh makan langsung. Mana satu pon pilihan anda, jangan makan semua nya berlebihan.
Tak dapat pilih organic butter yang mahal tu, pure butter pon ok lah? Hehe :mrgreen:

Rujukan

http://authoritynutrition.com/butter-vs-margarine/

http://www.foodrenegade.com/butter-vs-margarine-showdown/

http://ajcn.nutrition.org/content/67/5/828.short

http://ajcn.nutrition.org/content/91/3/502.short

http://atvb.ahajournals.org/content/12/2/187.short

http://atvb.ahajournals.org/content/25/3/553.short

http://circ.ahajournals.org/content/95/1/69.abstract

http://www.homecookedsg.com/2013/05/buttercup-its-not-butter-its-flower.html

21 comments

  1. bagus betul info ni pa’a. Thanks
    Sebab tu bila kita tulis resepi, elok tulis sekali PURE BUTTER hehehehe
    tapi kan kadang2 dh tulis gituh pun org tk berapa paham so entry mcm pa’a buat ni akan sangat menjelaskan bezanya

    1. huh…sebagai baker kecil-kecilan, sentap juga bila org cakap “eh mahalnyaaaa”.. waduh2.. kalau mau itu murah, beli sahaja yang dibikin kilang. maka bukan khas dibuat oleh baker. dan bab butter ni mmg org x paham ponn.. sebiji kek dah tentu sebuku butter. tak masuk buttercream die mahu 2 buku kalau swiss meringue buttercream. hah butter jek dah total dekat rm20 utk sebiji kek with fully topping buttercream.

    1. cubelah tukar ke butter. serious kek sedap.. biskut lg sedap! tp makan byk pon sama jek semua pon bahaya. muahahha.

  2. salam sis
    nak tanya sikit, buttercup ni tergolong dalam majerin ke atau butter, macam planta daisy dll
    sorry ye saya minta pencerahan sikit.
    tq.

    1. Buttercup adalah campuran sikit butter dan sebahagian besarnya adalah marjerin dari minyak kelapa sawit (die tulis belakang tu palm oil based)

  3. salah info ni. unsaturated fat (lemak tak tepu) selalunya alternatif yg lebih sihat dari saturated fat (lemak tepu). boleh cuba google, saturated vs unsaturated fat

    1. okk jek. twins cow same macam buttercup. bukan pure butter. sebab tu kalao kek mahal-mahal, memang dari butter. dan kek murah-murah biasanya dengan twins cow dan buttercup

    1. boleh, sebab bahan utamanya sebenarnya adalah minyak kelapa sawit. cume bezanya ada ditambbahkan pepejal susu di dalannya. tiada masalah untuk digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge