bisnes shaklee

Bisnes Shaklee Yang Menggilakan

Bisnes Shakee gila? Yang saya nak maksudkan sedikit sebanyak kegilaan saya ber-Shaklee. hehe…

Saya pasti ada sebab kenapa sesetengah orang memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan malah ada yang menjadikannya sumber utama. Susah ke bisnes Shaklee ni? Semua berbalik kepada mindset kita sendiri. Apa pekerjaan yang di lakukan jika kita seronok melakukannya kesusahan yang di alamai macam tak terasa. Yang penting bina asas yang kukuh kemudian jangan berhenti.

Macam mana nak wujudkan perasaan minat tu? Pertama sekali apa yang anda nampak dengan bisnes Shaklee, adakah duit semata – mata? Jika kerana duit sahaja, peratusan nak gagal tu agak tinggi. Tanpa minat, sampai ke satu tahap anda akan berasa penat dan tak mampu nak teruskan terutamanya bila ada masalah datang atau berjumpa peluang lain. Walaubagaimanapun, duit sememangnya antara pemangkin utama kepada minat. Bila dah nampak jalan dan cara untuk membuat duit, minat tu sendiri akan hadir tanpa kita sedari. Tapi ada juga orang yang bersandarkan duit semata-mata bila mana bisnes yang di buat mengalami kesukaran, terus berhenti dan cari peluang lain. Malangnya ramai yang seperti saya cakapkan tadi melainkan ada orang yang boleh di harapkan untuk beri bantuan dalam bisnes yang di buat.

Apa yang saya nak cuba sampaikan di sini adalah bisnes Shaklee boleh memberi anda peluang kebebasan kewangan yang sebenar jika anda mendapat bimbingan yang sepatutnya atau sekurang-kurangnya mampu menjalani kehidupan yang selesa tanpa di bebani masalah kewangan. Tiada yang mustahil jika komitmen di letakkan dan dapat menguruskan masa dengan baik. Jika anda tanya saya bagaimana saya dapat bahagi masa antara kerja, bisnes Shaklee dan kerja hal ehwal rumah jawapan saya adalah –> memang tak terurus :mrgreen: Tapi saya seronok melakukan apa yang saya lakukan. Bila ada yang bertanya kenapa saya buat bisnes Shaklee antara jawapan yang saya dapat simpulkan adalah “from interest to passion and finally turn into obsession”

Seperti ramai wanita dan ibu lain, saya sememangnya mengimpikan kehidupan WAHM atau ‘Work at Home Mom’ dan saya merasakan Shaklee boleh beri kebebasan itu (dengan izin Allah S.W.T). Cuma setiap manusia ada perancangan dan strategi masing – masingkan? Jadi bila sampai masanya nanti saya tetap akan WAHM walaupun sekarang ni boleh kata jumlah pendapatan Shaklee dah lebih dua kali ganda dari kerja makan gaji. Alasan yang saya guna bila orang tanya ialah saya masih seronok bekerja dengan majikan saya dan juga sebab tak nak mensia – siakan ilmu yang dipelajari ketika di universiti dulu. hehe…

Bagaimana saya menguruskan bisnes Shaklee? Memandangkan saya hanya ada masa selepas waktu bekerja sahaja, bisnes Shaklee saya jalankan secara online sepenuhnya. Siapa sangka hanya dengan online boleh menjana sampai 5 angka. Sekarang dah tak mustahil sebab capaian internet dekat Malaysia tinggi. Bisnes online bukan perkara yang sukar lagi dan ramai yang dah berjaya menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah lagi kerana semua di hujung jari, bunyi macam menarik? Sebab tu saya mampu untuk bekerja di samping berniaga sebab kemudahan menjual melalui internet. Walaubagaimanapun, pengetahuan pemasaran online perlu ada juga untuk menjual dengan berkesan. Tak dinafikan ada yang gagal dalam berniaga melalui online dan punca utama adalah kekurangan pengetahuan pemasaran internet. Alhamdulillah saya dan suami sentiasa belajar pemasaran online secara konsisten sehingga dapat apa yang kami capai sekarang.

Banyak lagi pengalaman bisnes Shaklee yang saya dah lalui bersama suami selama lebih setahun. Pengalaman – pengalaman kami yang berharga ni banyak kami turunkan kepada ahli – ahli Shaklee di bawah naungan saya dan seterusnya membantu mereka untuk buat seperti mana yang kami buat untuk capai impian masing – masing.

bisnes shaklee

daftar ahli shaklee

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge