Bila Penyusuan Susu Ibu dan Vitamin Ibu Menyusu Menjadi Kontroversi

Memang biasa kita dengar bahawa ada banyak pendapat @ mazhab dalam ilmu penyusuan susu ibu ni. Para penjual makanan tambahan @ supplement dan vitamin ibu menyusu biasanya akan secara tak langsung mengesyorkan pengambilannya dalam diet si ibu yang menyusu. Para aktivis penyusuan pula menyatakan bahawa supplement dan vitamin tidak langsung sama sekali mempengaruhi penyusuan susu ibu, memperbanyakkan susu ibu dan menjadikan susu ibu itu itu pekat.

Saya sendiri adalah penjual vitamin yang juga merupakan ibu yang menyusu (kalau nak vitamin ibu menyusu, meh ler:mrgreen:). Malah, 2 tahun lepas ketika anak saya baru berusia 4 bulan, saya bulat-bulat percaya bahawa ia dapat membantu saya meningkatkan hasil penyusuan saya. Ok, saya cuba apa salahnya mencuba. Lagipun ia bukanlah mahal sangat pun. Sebulan dalam anggaran RM80 tidak lah mahal. Baiklah, ianya subjektif. Ada orang kata mahal, ada orang kata murah. Tapi mencuba itu tidak salah.

Saya dinasihatkan oleh pengedar sah Shaklee tersebut, supaya kerapkan sesi mengepam, minum air dengan banyak dan makan makanan yang berkhasiat. Alhamdulillah, saya berjaya menghasilkan sekitar 30 oz sehari untuk dibawa pulang berbanding pada awalnya cuma 8 oz sehari. Ia perbezaan yang amat besar. Boleh mengikuti cerita penyusuan saya di sini (IbuCergas.Com).

Setelah susu saya bertambah banyak, saya tidak meneruskan pengambilan vitamin selama 1 tahun lamanya. Sehinggalah saya mengambil kembali baru-baru ini. Alhamdulillah juga, Allah masih izinkan saya meneruskan penyusuan susu ibu kepada Iman, anak saya yang kini berusia 2 tahun 7 bulan.

Kenapa saya berhenti dan kenapa saya mengambil balik vitamin? Saya berhenti sebab saya malas dan kurang berdisiplin memakannya. Haha. Saya mengambil balik vitamin sebab saya rasa letih, lesu, kurang bertenaga, kulit wajah berjerawat dan kusam. Setiap hari saya tertidur. Bayangkanlah dalam meeting penting pun saya boleh tertidur tanpa segan silu. Dengan mengambil vitamin kembali, saya tidak lagi tidur merata-rata. Haha. Memang langsung tak cergas.

vitamin ibu menyusu

Vitamin mempengaruhi penyusuan susu ibu? Ye atau tidak. Jawapannya adalah mempengaruhi secara tidak langsung. Ini bermaksud, sekiranya si ibu dapat mengambil kesemua jenis nutrien yang diperlukan oleh mtubuh badan, insyaAllah memang tiada masalah untuk menyusukan anak dan menjayakan penyusuan sehingga lama mana pun yang kita mahukan. Tapi, hakikat sebenar adalah, benarkah setiap ibu yang menyusu tu dapat memastikan semua pengambilan makanannya adalah seimbang? Tak ramai ibu-ibu menyusu yang mampu berbuat demikian dek kerana kekangan masa dan keletihan. Berapa ramai ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan yang sihat? Tak ramai juga dek kerana selalu sahaja beli-bungkus-mudah-dan-cepat.

Malah, ada juga ibu yang kekeringan susu dek kerana tak cukup khasiat dalam amalan pemakanan si ibu itu. Maka, vitamin cumalah suatu alternatif dan ternyata ramai ibu-ibu gemarkannya. Berbalik kepada bagaimana pengaruh vitamin terhadap ibu-ibu menyusu ni, ia lebih kepada akad jual dan beli.  Sekiranya si ibu bersetuju membeli dengan harga sekian-sekian, dan si penjual juga bersetuju untuk menjual dengan harga sekian-sekian, ia adlah urusan jual beli yang sah.

Keberjayaan penyusuan itu sendiri banyak faktornya.

  1. Kekerapan bayi menyusu,
  2. Kekerapan ibu mengepam dan mengosongkan breast,
  3. Keadaan kesihatan si ibu,
  4. Hati ibu yang tenang dan tidak diganggu emosi,
  5. Pengambilan air yang banyak agar tidak terhidrat
  6. dan pengambilan makanan yang berkhasiat.
  7. Doa untuk rezeki susu yang banyak buat si anak
Jadi, sebelum menangis bagai menyatakan ketakberjayaan penyusuan susu ibu itu, kaji dulu, cukupkah amalan praktikal yang dibuat. Cukupkan kekerapan sesi pam anda, anda sihat kah? anda tenangkah atau selalu sangat rushing dan beremosi. Atau adakah anda termasuk dalam orang yang baru-tiga-hari-cuba-tapi-mengadu-tak-boleh lalu menyalahkan itu dan ini? Untuk pengedar vitamin pula, penyampaian sesuatu produk itu haruslah ditekankan kepada kebaikannya terhadap kesihatan ibu, yang mana secara tidak langsung akan mempengaruhi susu ibu. Ini perlu supaya ibu-ibu baru yang baru belajar tidak mudah berasa kecewa apabila result/ outcome yang mereka perolehi tidak seperti yang dijanjikan.
>
Maka, dalam menjayakan mulia penyusuan susu ibu ni, bersangka baiklah sesama kita. InsyaAllah, kita akan sama-sama mengharungi keadaan dan cabaran ini dengan lebih mudah dan berlapang dada. Amin.
>
>
Salam Sayang,
Mama Iman @ Ibucergas.Com

Tonton Video di Bawah, Bagaimana Seorang Peer Counselor Laktasi Terjebak Dengan Shaklee Sehingga Lebih Banyak Membantu Ibu Menyusu Yang Lain 

 

Tonton Video di Bawah, Ibu Ini Berjaya Tambah Susu Ibu Meskipon Sibuk bekerja

 

>
>
Ingin dapatkan pakej vitamin Penyusuan Susu Ibu Anda mengikut kemampuan diri anda? Boleh klik di sini. (KLIK SINI)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge