Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan?

kuruskan badan 2

Betul ke kalau makan protein banyak-banyak boleh kurus? Tapi macam mana? Protein mahal tak? Mana nak dapat protein?

Protein sebenarnya merupakans alah satu nutrient yang sangatlah penting untuk turunkan berat badan. Kalau nak bentuk badan cantik, banyakkan makan protein. Tapi ada rulesnya.

Ambik protein banyak boleh boostkan metabolisme badan, kurangkan rasa  nak makan banyak-banyak dan bertindak balas dengan hormon yang berkaitan dengan turun naiknya berat badan (123). Dalam erti kata lain, protein boleh tolong kita turunkan berat badan dan buang lemak kat perut tu, tapi tentulah dengan mekanisme yang berbeza-beza.

kuruskan badan 3

Protein Bantu Regulate Hormon Yang Berkaitan Dengan Berat Badan

Berat badan kita ni sebenarnya di-regulate atau dikawal oleh otak kita, di bahagian yang bernama hypothalamus (4). Bahagian otak ni yang akan tentukan, berapa banyak kita nak makan, dan bila pulak rasa nak makan. Jadinya, yang hantar signal kepada otak ni adalah hormon-hormon (5).

Bila kita makan protein banyak, kita sebenarnya tingkatkan paras hormon berikut; GLP-1peptide YY and cholecystokinin iaitu hormon-hormon yang kurangkan selera makan. Dalam masa yang sama,  protein jugak bantu kurangkan hormon yang buatkan kita rasa lapar iaitu hormon ghrelin (678910).

Jadinya, dalam erti kata lain, dengan menggantikan karbohirat macam nasik dengan roti kepada protein dan lemak (lemak baik), kita kurangkan hormon lapar, tapi tingkatkan hormon rasa kenyang. Itu yang jadikan kita rasa kurang sangat lapar, secara automatik. Maka dengan automatik jugaklah kita rasa kurang nak makan, maka boleh lah jadi kurus jugak.

Betul Ke Protein Boleh Bakar Kalori??

Lepas kita makan, sebahagian kalori digunakan untuk hadamkan makanan dan metabolismekan makanan. Ini dinamakan sebagai thermic effect of food (TEF). Protein mengandungi TEF yang tinggi iaitu sehingga 20% – 30% berbanding karbohidrat iaitu 5%-10%. TEF lemak pulak hanya 0-3%.

Maksud kata, kalau makan protein, banyak kalori terbakar masa nak hadamkan makanan. Jadi tak ada lah lebihan kalori disimpan dalam badan (11). Ingat, lebih banyak kalori terbakar, adalah lebih baik. Malah masa tidur pon, kalori tu boleh terbakar (1213).

Siap ada kajian yang mana menyatakan mengambil protein dengan banyak akan boostkan kadar metabolisme badan dan bakar kalori sehingga lebih 80 ke 100 kalori sehari, berbanding pembakaran kalori dengan diet yang tak ada protein banyak (141516).

Betul Ke Protein Kurangkan Selera Makan?

Memang sebenarnya protein dapat jadikan kita rasa kurang makan, dan rasa kurang berselera untuk makan (1). Salah satu sebabnya tadi sebab kita automatik rasa kurang nak makan sebab hormon. Jadi bila selera pon dah kurang, automatiklah jugak kalori intake pon akan jadi kurang. Tak payah dah jadinya nak kira-kira berapa banyak kalori setiap kali nak makan, sebab kurang selera tu sendiri dan bantu kita (1718). Malah memang ada kajian jika kalori dalam protein tu ada sampai 30%, kita akan kurang nak amik makanan lain sehinggakan 441 kalori banyakknya (19). Besar amount tu. Maksud kata, makan protein yg ada 30% kalori, kita dapat elakkan 441 kalori dari makanan-makanan lain.

Makan Protein Juga Jadikan Kita Tak Teringin Nak Makan Sangat

Teringin nak makan ni memang bahaya. Sikit-sedikit nak kek, sikit-sikit nak kuih. Ni namanya craving. Craving ni lah yang jadikan banyak diet orang hancus kelaut. Makan tengah malam pon salah satu sebab juga diet hancus. Bila teringin nak makan masa tengah lewat malam, memang bahaya sebab kalori tu takkan digunakan sebab lepas tu kita akan tidur. Itu yang boleh jadi gemok bertambah-tambah, tak kurus-kurus.

Menariknya, kalau memang ambik protein, kita akan kurang rasa craving dan teringin-teringin makan tengah malam buta pon akan berkurang. Kajian kat bawah ni ada tunjukkan diet orang yang makan protein dengan kadar dia fikirkan pasal makanan (20):

kuruskan badan 1

Yang palang biru adalah orang yang amik protein dengan tinggi. Yang palang merah adalah orang yang ambil protein macam biasa. Dalam kajian ni, orang yang makan protein banyak, rasa craving for food tu rendah 60% berbanding orang yang makan sikit protein. Dan rasa teringin nak makan tengah malam pulak turun sampai 50% banyaknya. Sarapan pagi adalah meal terbaik yang perlu ada protein banyak, dan memang ada kajian yang reportkan bahawa siapa yang makan sarapan yang tinggi protein, memang akan kurang perasaan craving for foods (21).

Jadi lepas ni, ambillah sarapan yang kaya dengan protein.

kuruskan badan

Macam Mana Nakkan Diet Yang Tinggi Protein

Simple jek. Cume perlu tingkatkan makanan-makanan berikut. These include:

  • Daging:Ayam, Ayam Belanda, lean beef (daging yang paling kurang lemak)
  • Ikan:Ikan Salmon, Ikan sardines
  • Telur:Semua jenis telur
  • Produk Tenusu:Susu, cheeseyogurt, etc.
  • Kekacang:Kacang merah , kacang kuda
  • Makanan tinggiprotein sebagaimana dalam artikelartikel artikel ini.

Mengambil makanan tambahan berbentuk protein juga boleh sangat membantu untuk capaikan target protein harian jika nak kurus. Memang dah ada banyak kajian pasal kebaikan kebaikan,  sumber protein berbentuk serbuk yang famous di pasaran dalam mengurangkan berat badan (4041).makanan untuk kuruskan badan

kuruskan badan 4

Mengambil Protein Adalah Cara Paling Senang Untuk Turunkan Berat Badan

Bila katakan kita nak kuruskan badan dan pada masa yang sama nakkan body yang fit, memang ternyata sumber protein dalam nutrisi tu amatlah penting. Tak perlu pon terhadkan diri makan benda-benda yang lain. Apa yang penting, cuba banyakkan pengambilan protein dalam makanan harian.

InsyaAllah senang sebab protein mmg sedap. Yelah, ayam dan daging dan ikan memang sedap pon. Kalau ambik makan ayam tu, ambillah bahagian daging yang memang mengenyangkan. Macam yang kita bincang kat atas tadi, makan protein banya, akan kurangkan rasa nak makan benda lain. Jadi “kalori yang masuk akan jadi kurang dan kalori yang keluar” akan jadi banyak.

Kalau kita amalkan berbulan-bulan, memang akan namoak sangat berbeza dari segi saiz pinggang.

Ingat tips paling utama, kurangka kalori yang masuk, tapi tingkatkan kalori yang keluar. Dan protein dapat membantu dalam hal ni.

Ada pendapat lain dan cadangan? Boleh hubungi saya untuk penjelasan lanjut. Selamat berdiet!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge