Betul ke Makan Produk Glutathione Jadi Cepat Putih?

Produk nama GLUTATHIONE nak cepat putih ni memang meletops sangat-sangat. Makin hari makin banyak pengasas peroduk kecantikan akan keluarkan produk berasaskan Glutathione ni. Tapi seiring dengan itu jugak, makin ramai sebenarnya kes muda mudi cantik di luar tapi hati dan buah pinggang dah rosak teruk.

Tau tak Glutathione ni apa sebenarnya? Boleh Confirm Cepat Putih ke?

Berikut adalah perikan dari seorang pegawai farmasi Encik Dziehan Mustapa dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan produk bernama Glutathione ni.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155655089392630&set=a.10150361824057630.371347.779052629&type=3&theater

KUASA PEMUTIH GLUTATHIONE.

“Apa hebatnya suplimen berasaskan Glutathione ni sebenarnya En Dziehan?”
Haaaaa i like this Question from netizen

*************************
Apa itu Glutathione?

Glutathione sebenarnya adalah sejenis protein yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan manusia, haiwan dan tumbuhan. Glutathione manusia dibina daripada tiga jenis asid amino iaitu cysteine, glycine dan glutamine.

**Haaa ini bermaksud tubuh badan kita sendiri boleh menghasilkan Glutathione ini.
Yer…jangan terkejut…memang tubuh kita boleh menghasilkan sendiri glutathione.

Penghasilan glutathione akan berkurangan dengan peningkatan usia. Selain daripada itu, ia juga boleh berkurangan dengan cepat kerana faktor-faktor persekitaran seperti sinaran UV daripada cahaya matahari, senaman berat yang berlebihan, stress, pengambilan alkohol, rokok dan bahan pencemar di persekitaran. Namun, glutathione yang kaya dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dijadikan sumber tambahan kepada glutathione yang dihasilkan oleh badan.

** Bermaksud orang yang sudah berumur yang kurang Glutathione dalam tubuh, akan tetapi kekurangan ini boleh ditambah dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan…

Hmmmm, tetapi yang ambil suplimen Glutathione ini rata-rata netizen yang berumur belia !!
dan mengapa beli produk glutathione yang mahal sedangkan boleh mendapatkan bekalan secara semulajadi melalui amalan makan harian iaitu makan sayur-sayuran dan buah-buahan?

*************************
Fungsi Glutathione?

Glutathione ialah antioksidan yang sangat penting dalam badan kerana ia terdapat dalam pelbagai sel, termasuklah sel imun tubuh yang membantu dalam melawan penyakit.

Glutathione berfungsi dalam pelbagai proses fisiologi badan, seperti: Ia membantu hati menyingkirkan bahan kimia atau bendasing yang berbahaya dan tidak diperlukan oleh badan seperti dadah dan toksin. Ia boleh membantu meneutralkan radikal bebas dan kompaun oksigen reaktif (reactive oxygen compunds) dan mengekalkan antioksidan yang daripada sumber luar seperti vitamin C dan vitamin E dalam bentuk aktif.

*************************
Produk Glutathione ini sebenarnya untuk apa?

Di negara barat, produk glutathione dipasarkan dan digunakan untuk membantu dalam rawatan penyakit katarak, glaukoma dan pencegahan ketagihan alkohol.

Fenomena yang berbeza pula dapat dilihat di Malaysia apabila glutathione kerap dimasukkan ke dalam suplimen yang dimakan secara oral (kapsul/tablet/chewable tablet) dan produk kosmetik bertujuan untuk memutihkan kulit. Adakah ia benar-benar berkesan?

Seperti yang diketahui, glutathione bertindak menghapuskan radikal bebas di dalam badan untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit tertentu. Kesan pemutihan daripada glutathione ini pula sebenarnya ialah kesan sampingan glutathione. Kesan pemutihan ini adalah disebabkan kesan glutathione kepada penghasilan melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna kepada kulit manusia.

Oleh itu, secara logiknya, untuk mendapat kesan sampingan daripada mana-mana ubat atau produk, dos yang diambil perlulah lebih tinggi daripada dos normal. Dos yang lebih tinggi ini pula sudah tentu akan menyebabkan kesan sampingan.

**Maksudnya kena ambil pada dos yang tinggi baru dapat melihat kesan pemutihan kulit. Adoii….tak takut ke ambil dos tinggi ni? Tak rosak ke organ lain dalam tubuh kita?

Walaupun dikatakan produk glutathione ini selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang serius, tetapi disebabkan sifatnya yang larut air, ia akan dikumuhkan melalui buah pinggang dan kepekatan glutathione yang terlampau tinggi akan menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras daripada biasa untuk menyingkirkan metabolit glutathione.

**Laaaaa tak pasal-pasal nak putihnya punya pasal sanggup bebankan organ buah pinggang untuk kumuhkan Glutathione ini….Wahai netizen, nampak tak maklumat ini tidak diberitahu kepada anda oleh penjual !!

Bukan itu sahaja, kesan pemutihan ini pula hanya dapat dilihat selepas pengambilan glutathione untuk satu tempoh masa yang lama. Oleh itu, dakwaan yang mengatakan produk glutathione boleh memberikan kesan pantas untuk memutihkan kulit boleh dipertikaikan.

Selain daripada itu, terdapat pula beberapa kajian yang menunjukkan bahawa produk glutathione yang diambil secara oral, sama ada dalam bentuk tablet atau kapsul tidak dapat diserapkan sepenuhnya dalam sistem percernaan.

Produk topikal seperti krim dan losyen juga didapati tidak dapat memberikan penyerapan glutathione yang sepatutnya. Kaedah pemberian glutathione yang paling berkesan ialah melalui suntikan ke dalam salur darah. Walau bagaimanapun, produk suntikan tidak dikategorikan sebagai produk kosmetik. Suntikan adalah ubat dan ia perlu berdaftar dengan KKM.

** Lagi informasi yang berguna buat para netizen. Ambil suplimen atau produk kosmetik berasaskan glutathione ini tidak berkesan rupanya kerana faktor tubuh badan tidak menyerap dengan bagus Glutathione yang diambil secara oral atau kosmetik.

*************************
Ada tak tip untuk meningkatkan penghasilan Glutathione secara semulajadi?

Disebabkan produk oral dan topikal dikatakan tidak berkesan sepenuhnya untuk meningkatkan glutathione dalam badan, ramai pakar kecantikan kosmetik menggalakkan pengguna untuk mengambil makanan yang kaya dengan pemangkin atau prekursor untuk penghasilan glutathione.

Berikut merupakan tips yang boleh diambil untuk membantu menambah penghasilan glutathione:
• Mengambil makanan yang kaya dengan sulfur kerana sulfur diperlukan dalam penghasilan glutathione (ikatan antara asid amino). Makanan yang dicadangkan termasuklah bawang putih, bawang merah, brokoli, kale, kobis dan kobis bunga. Mengambil protein whey yang kaya dengan asid amino cysteine yang menjadi binaan asas kepada glutathione.

• Selain daripada itu senaman aerobik seperti berjoging, berjalan atau bermain sukan boleh mengalakkan sistem imun badan termasuklah penghasilan dan pengaktifan antiosidan seperti glutathione.

• Mengambil supplemen seperti tablet asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 yang membantu dalam proses methylation. Proses ini adalah antara proses penting dalam penghasilan glutathione.

• Mengambil supplemen mengandungi selenium, vitamin E dan vitamin C juga dapat membantu badan mengitar semula glutathione yang telah digunakan dalam badan.

**Haaa ini baru betul tip untuk meningkatkan penghasilan Glutathione dalam tubuh. Bukan ambil suplimen yang ada Glutathione…kerana bukan dapat diserap dengan bagus pun !!

*************************
Kesimpulannya:

1. Berbaloi ker membeli produk yang mengandungi Glutathione untuk jadi Flawless?

2. Testimoni penjual boleh dikatakan semuanya gambar yang melalui proses edit untuk menampakkan kesan kulit yang putih dan flawless…tanyalah dengan mana-mana Photographer…jawapan mereka juga menyatakan gambar-gambar ini semuanya diedit. Malah applikasi untuk edit gambar menggunakan telefon pintar sangat banyak dan boleh dimuat turun secara percuma.

3. Produk suplimen Glutathione yang diambil secara oral mahupun produk kosmetik berasaskan Glutathione sebenarnya tidak diserap bagus oleh tubuh….bak kata pepatah “Bagai Mencurah Air Ke Daun Keladi”

4. Tip untuk meningkatkan penghasilan Glutathione dalam tubuh secara lebih sihat dan murah ada….kenapa perlu berbelanja lebih kepada produk yang tidak berkesan?

5. Bagi para netizen, lain kali kalau ada pertanyaan berkaitan ubat-ubatan….elakkan bertanya kepada penjual. Tanya pada yang tahu mendalam berkaitan ubat-ubatan seperti Ahli Farmasi atau boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722 (Isnin-Jumaat 8am-5pm)

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Penulisan bersama ; Mohd Shahiri Abd Ghapar

Ringkasan Fakta Mengenai Glutathione

  • glutathione adalah sejenis protein
  • glutathione dihasilkan sendiri dalam badan kita dalam hati (sebab tu lah tak perlu ambil dari luar pun sebenarnya
  • glutathione dihasilkan oleh haiwan dan tumbuhan juga
  • glutathione berfungsi sebagai antioksidan penting dalam badan
  • dosage glutathione yang sangat tinggi boleh membebankan hati dan buah pinggang
  • glutathione diambil sebagai makanan/ oral sebenarnya tak bagus sebab tak diserap dengan elok pun.
  • pernah ada kajian yang 500 mg (dose yang tinggi) glutathione dimakan sebanyak 2 kali sehari, tapi tak pun meningkatkan paras glutathione dalam badan. Lebih baik lagi glutathione yang dihasilkan sendiri oleh badan.
  • Dose yang tinggi akan membebankan hati dan buah pinggang.

cepat putih makan glutathione

Kesan Buruk Pengambilan Glutathione

Ada beberapa kesan buruk dan kesan sampingan pengambilan Glutathione yang pernah direkodkan iaitu:

  • allergic reactions (gelgata hives, kesukaran bernafas, bengkak muka, lidah dan juga salur pernafasan)
  • sakit kepala, pening, gelisah dan rasa berdebar-debar
  • insomnia
  • berpeluh dengan kuat

Cara Nak Hasilkan Glutathione Supaya Cerah Semulajadi

  1. Banyakkan makan buah dan sayur yang ada kandungan sulfur yang tinggi. Contohnya: Bawang putih, bawang merah, brokoli, kale, kobis, kobis bunga
  2. Makan whey protein sebab whey protein kaya dengan asid amino cysteine (inilah bahan binaan asas glutathione). Makanan lain yang kaya dengan cysteine adalah kuning telur, poultry, yogurt, red peppers, oatmeal dan wheat germ. termasuklah juga asparagus, avocado dan walnuts.
  3. Aktif secara fizikal. Sebab immune sistem akan kuat. Ini pun membantu menghasilkan glutathione semualajadi
  4. Vitamin asas macam Asid Folik, Vitamin B6 dan Vitamin B12 pon membantu dalam proses methylation. Proses ni penting untuk penghasilan glutathione semulajadi.
  5. Ambil supplement yang ada selenium, Vitamin E dan vitamin C. Sebab tu la kalau perasan, makan vitamin C je pun dah boleh cerahkan kulit. Kan?

Haaa inilah tips sebenar dapatkan Glutathone untuk cerah putih. Bukannya dengan ambil terus supplement Glutathione. Tak dapat diserap elokpun. Sebab tulah orang yang immune kuat dan badan yang sihat, biasanya nampak lagi cerah berbanding mereka yang sakit dan immune lemah.

>> Cara Selamat Memutihkan Kulit Dengan Vitamin Shaklee <<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge