Bahaya Pewarna Makanan Tiruan?

Terlalu banyak sangat pewarna makanan dalam makanan kita sekarang. Hipster la sangat katanya. Bermula dengan rainbow cake, rainbow coookies, laksam rainbow, rainbow roti, dan macam-macam lagi. Memang sebenarnya ngeri sangat tengok. Apa perasaan korang tengok?

rainbow-1-main-645x429

Sebelum wujud makanan-makanan hispter ni pon, pewarna makanan sebenarnya dah merata-rata pon wujud kat pasaran. Kalau diikutkan, sejak 50 tahun lepas lagi, penggunaaan pewarna makanan ni meningkat sampai 500% tau!! Dah sudah tentu, target jualan produk makanan warna warni ni adalah bebudak lah (123).

Macam-macam claim orang dok buat yang menyatakan pewarna-pewarna makanan ni boleh sebabkan kesan sampingan serious, macam kanser dan alergik. Dan of course orang yang jual makanan kata tak apa je makan sekali sekala. Memang isu pewarna makanan ni dah lama dah jadi kontroversi.

Ok apa kata kita tengok dari segi fakta pulak. Betul ke pewarna makanan ni sangat teruk?

Apa itu Pewarna Makanan?

Tujuan letak pewarna makanan, adalah untuk jadikan makanan tu lebih menarik. Dah berabad lamanya dah pewarna makanan dikenalkan. Pewarna makanan pertama sekali di dunia adalah menggunakan arang. Tapi zaman sekarang ni, kebanyakan pewarna tiruan menggunakan petroleum.

Kalau diikutkan, boleh jek dapatkan warna semulajadi makanan daripada tumbuhan semulajadi. Contohnya merah dan ungu daripada beetroot, biru dari bunga telang (alah yang buat nasi kerabu tu). Tapi dah tentu proses dan modalnya besar. Sebab tu lah banyak pengilang makanan gunakan je pewarna tiruan.

Kalau ikutkan US Food and Drug Administration (FDA) dan European Food Safety Authority (EFSA), diorang simpulkan yang pewarna tiruan makanan ni takde lah bawah kesan yang teruk. Tapi ramai yang tak setuju. Sebab tu lah ada sesetengah negara haramkan, tapi ada sesetengah negara pulak boleh jek gunakan. Ini jadikan kita sangat-sangat konfius sama ada selamat atau pun tak?

Pewarna Makanan Kini

Berikut adalah pewarna makanan yang setakat ini diluluskan oleh EFSA and the FDA (45):

  • Red No. 3 (Erythrosine):Warna merah cerry yang banyak digunakan dalam gula-gula, dan pewarna untuk kek.
  • Red No. 40 (Allura Red):Warna merah terang yang digunakan dalam air minuman, bijirin, dan gula-gula.
  • Yellow No. 5 (Tartrazine):Warna kuning seakan lemon yang juga digunakan untuk gula-gula, minuman ringan, kerepek kentang, pop corn dan bijiran sarapan.
  • Yellow No. 6 (Sunset Yellow):Warna orange seakan kuning, juga digunakan untuk gula-gula, sos, produk bakeri dan buah-buah yang diawet.
  • Blue No. 1 (Brilliant Blue):Warna kehijauan dan kebiruan yang digunakan dalam ais krim, kacang peas dalam tin, soup yang dipaket, dan pewarna aising kek.
  • Blue No. 2 (Indigo Carmine):Warna royal blue juga untuk gula-gula. Ais krim dan jajan.

Warna yang paling popular adalah Red 40, Yellow 5 dan Yellow 6. Combinekan jek ketiga-tiga warna ni, dah boleh dapat hampir 90% semua warna yang digunakan (3). Green No. 3, atau dikenali sebagai Fast Green, dibenarkan untuk digunakan oleh FDA, tapi diharamkan oleh Europe.

Quinoline Yellow, Carmoisine dan Ponceau pulak, antara pewarna yang dibenarkan di Europe, tapi diharamkan pulak di US.

Betul ke Pewarna Makanan akan Sebabkan Kanak-kanak bersikap Hyperaktif?

pewarna-makanan-berbahaya

Pernah lah pada tahun 1973, seorang doktor kanak-kanak menyatakan yang masalah pembelajaran dan hyperaktif adalah berpunca dari pewarna tiruan dan pengawet tiruan yang ada dalam makanan. Masa tu, tak banyak sangat bukti saintifik yang boleh sokong pernyataan doktor ni. Tapi memang ramai parents yang sokong hujah beliau. Doktor ni perkenalkan sejenis diet yang dikatakan boleh mengurangkan kesan hyperactive disorder (ADHD) ni yang mana dalam diet ni, memang langsung tak ada pewarna tiruan, dan apa-apa yang tiruan.

Walau macam mana pon, ada satu kajian yang dipublish pada tahun 1978, didapati sebenarnya tak ada perubahan pon pada perilaku kanak-kanak bila mana diorang ni diberikan pewarna tiruan. Ini merupakan antara kajian terawal lah kiranya (6).

Selepas tu, ada beberapa kajian pulak menunjukkan memang ada sedikit kaitan antara pewarna tiruan dengan hyperaktif yang ada pada kanak-kanak (1). Salah satu kajian klinikal enunjukkan bila mana pewarna makanan tiruan diasingkan dari diet, dan juga satu bahan pengawet bernama sodium benzoate diasingkan serentak daripada makanan, didapati simptom hyperaktif kanak-kanak memang berkurang (7).

Satu kajian lain pun ada tunjukkan yang 73% ADHD berkurang bila mana pewarna makanan tiruan dan pengawet makanan dibuang dari diet (8). Satu lagi kajian melibatkan kanak-kanak lingkungan 3 tahun, dan 8-9 tahun, juga memang ada kesan bila mana pewarna makanan tiruan dan pengawet makanan dibuang dari diet (9).

Tapi, disebabkan semua kajian ni pon melibatkan banyak campuran bahan dalam makanan, maka memang susah nak detect bahan spesifik apa sebenarnya yang jadi penyebab hyperaktif.

Tartrazine, atau Yellow 5, pernah dikaitkan dengan perubahan tingkah laku macam tak keruan, rasa debar-debar, tekanan dan rasa susah nak tidur (10). Tahun 2004 pulak ada sampai 15 kajian yang menyatakan pewarna makanan memang ada kaitan dengan peningkatan hyperaktif di kalangan kanak-kanak (11).

Tapi, tak semua kanak-kanak react serentak atau sama. Sebab ada juga kajian dari penyelidik di Southampton University yang menyatakan ada faktor genetik yang memainkan peranan jugak (12, 1).

Walaupon semakin banyak kajian dah dibuat, FDA dan EFSA masih lagi menyatakan bahawa tak ada lagi cukup data konkrit yang menyatakan pewarna makanan ni tak selamat. Selagi sesuatu itu belum boleh disahkan TAK SELAMAT, ia adalah dikire masih TIDAK BERBAHAYA.

Walaubagaimanapun, tahun 2009 pihak kerajaan British dah mula menggalakan pengeluar makanan supaya mencari alternatif lain untuk pewarna makanan. Tahun 2010 pulak, kerajaan UK mengeluarkan amaran supaya makanan yang ada pewarna makanan tiruan wajiblah letakkan kandungan pewarna tu pada label makanan.

Boleh kah pulak pewarna makanan menyebabkan kanser?

Isu berkenaan pewarna makanan ni sangatlah kontroversial. Tapi, dah ada kajian menunjukkan bahawa Blue 1, Red 40, Yellow 5 dan Yellow 6 tiada kaitan langsung dengan penyebab kanser (13141516171819). Untuk warna lain, memang mungkin sangat membimbangkan.

Bahaya warna Blue 2 dan Red 3

Pernah ada kajian ke atas binatang yang menunjukkan Blue 2 ada menunjukkan perubahan mendadak dalam tumor otak (20), tapi kajian lain pulak tunjukkanmacam tak ada apa-apa pula (2122).

Erythrosine, atau Red 3, merupakan warna paling kontroversi. Ini disebabkan oleh ada kajian yang dibuat atas tikus-tikus jantan, mendapati warna ni meningkatkan risiko thyroid tumors (2324). Sebab itulah FDA ban atau haramkan erythrosine pada tahun 1990 (tapi lepas tu diremove balik ban tu) sebab kajian lain pulak menyatakan sebaliknya (24252627). Di US, kebanyakan Red 3 dah pon digantikan sepenuhnya dengan Red 40.

Ada pewarna tiruan yang tercemar dengan bahan yang boleh sebab kan kanser

Walaupon mungkin pewarna tiruan itu sendiri tak sebabkan kanser atau pon tak bertoksik, tapi ada juga concern yang menyatakan pewarna ni boleh jek tercemar dengan benda lain yang boleh sebabkan kanser (28).

Sebagai contoh, Red 40, Yellow 5 dan  Yellow 6 mungkin boleh tercemar dengan bahan seperti Benzidine, 4-aminobiphenyl dan 4-aminoazobenzene yang mana kesemua ni merupakan bahan yang carcinogen (329303132). Tapi macam mana pon, bahan-bahan ni masih dibenarkan dalam pewarna sebab kuantitinya yang sangat kecil, dianggap masih selamat (3).

Lebih banyak kajian diperlukan

Disebabkan isu pewarna makanan tiruan ni memang mendapat perhatian, seeloknya memang patutlah dijauhkan. Masih tak boleh jugak kata pewarna makanan tiruan ni sungguh-sungguh boleh buat kanser. Masih tak boleh kata begitu setakat kajian yang ada sekarang ni. Tapi apa pon, mengelakkan itu lebih baik.

Boleh ke pewarna makanan tiruan menyebabkan allergik?

Memang ada pewarna makanan tiruan yang boleh sebabkan allergik reactions (28333435). Sebagai contoh memang banyak kajian menunjukkan, Yellow 5 — atau tartrazine menyebabkan naik gelgata (hives) dan asthma symptoms (36373839).

Ramai yang allergik aspirin pon memang sangat allergik pada Yellow 5 (3738). Untuk yang memang ada gelgata kronik, memang lebih kurang 52% sah allergik pada pewarna makanan (40).

Tapi, kebanyakan allergik tidaklah sampai meragut nyawa (jika tak serious melibatkan pernafasan). Tapi eloklah siapa yang ada allergik pada apa-apa makan, untuk turut sama buang pewarna makanan dan pengawet makanan dalam diet harian.

Kesimpulan: Jadi, perlu ke tak perlu makan pewarna tiruan ni, selamat ataupun tak?

Disebabkan apa yang paling merisaukan adalah kerisauan terhadap kanser, setakat ini, memang belum ada lagi lah bukti ianya boleh sebabkan kanser. Setakat inilah, akan datang tak tahu lagi. Tapi disebabkan banyak kajian menunjukkan pewarna makanan tiruan ni banyak sebabkan allergik, maka untuk mereka yang allergik, kalau boleh elakkan lah. Itu lebih baik.

Untuk kaitan pewarna tiruan ni dengan kesan hyperaktif kanak-kanak, kajian masih lemah dan perlukan lebih banyak bukti. Tapi pon lebih baik elakkan jugak. Sebabnya bukan nya ada nutrisi value pon pada pewarna makanan tiruan ni. Hanya untuk penambah selera jek (cantik di mata). Kalau boleh pakai pewarna semulajadi, itu lebih baik sebab memang pewarna semulajadi dari tumbuhan dan buah-buahan memang kaya dengan beta carotene dan antioksidan.

[1] https://vitamin.ibucergas.com/category/vitamin-untuk-ibu-bersalin/
[2] https://vitamin.ibucergas.com/set-bersalin-shaklee-alahai-murahnya-harga/
[3] https://vitamin.ibucergas.com/harga-set-menyusu-shaklee-amat-berpatutan-juga/
[4] https://vitamin.ibucergas.com/cara-berhenti-merokok/
[5] https://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/ [6] https://vitamin.ibucergas.com/cara-hilangkan-gelgata-kaligata-atau-urtikaria-urticaria-atau-hives/

error: Content is protected !!