Bahaya ke Makan Telur Banyak-banyak??

Telur memang senang sangat kita makan. Boleh katakan makanan paling malas masak, adalah telur. Tapi ada orang kata tak elok makan telur banyak-banyak, terutaman kuning telur. Betul ke?

o-BROWN-EGGS-VS-WHITE-EGGS-facebook

Sebenarnya, telurlah antara makanan yang paling banyak khasiat. Bayangkanlah, sebiji telur tu boleh jadi seekor ayam! Makna kata, sebijik telur tu jek dah ada seluruh nutrient lengkap untuk jadikan telur tu satu makhluk bernyawa lain.

Tapi seringkali kita dengar, telur ni kalau makan lebih-lebih, bahaya sebab kuning telur tu ade banyak kolestrerol kan? Maklumlah, sebijik telur tu ade 186 mg kolesterol, iaitu 62% kolesterol yang badan kita perlukan. Jadi, kita fikir, kalau makan banyak-banyak, nanti kolesterol dalam badan kita naik. Betul tak? Sebenarnya bukan macam tu kiraannya. Sebenarnya lebih banyak kolesterol kita makan, badan kita akan kurangkan penghasilan kolesterol.

Tak paham? Takpe, mari saya terangkan.

makan telur2

Macam Mana Sebenarnya Badan Kita Regulate Paras Kolesterol?

Kita selalu dengar je perkataan Kolesterol, terus kita fikir buruk dah. Macam seolah-olah perkataan kolesterol tu benda negative. Dengar jek kolesterol, terus fikir dah pasal ubat, pasal sakit jantung, dan pasal mati! Sedangkan hakikatnya kolesterol juga adalah sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tak paham itu. Kolesterol itu sendiri adalah struktur molekul yang ada dalam setiap membran sel badan kita. Kolesterol jugaklah yang binakan hormon-hormon macam testosterone, estrogen dan cortisol.

Dalam erti kata mudah, kalau kita ni tak ada kolesterol, diri kita ni bdan kita ni sendiri tak akan wujud.

Disebabkan kolesterol ni penting sangat, maka badan kita ni pandai untuk regulatekan (seimbangkan) fungsi badan kita supaya kita sentiasa ada kolesterol yang mencukupi dalam badan kita. Disebabkan kadang kala kita tak cukup ambil kolesterol dari bahan makanan, maka hati kita sendiri (liver) akan hasilkan kolesterol yang mana tak cukup tu. Macam topup la kirenya.

Dalam bahasa mudah, lagi banyak kolesterol kita ambil dari makanan, lagi sikit hati kita perlu hasilkan kolesterol (1234).

Jadi, Boleh ke Makan Telur Banyak-banyak, Beberapa Biji Sehari?

Sertahun-tahun lamanya kita percaya sangat-sangat tak boleh makan telur banyak-banyak sebab kuning telur tu. Putih telur tak apa, sebab putih teur banyak protein, kurang kolesterol. Itu yang kita percaya selama ni. Biasanya kita dengar, sehari 2 biji jek.. atau seminggu maksimum 6 bijik je. Walhal, tak ada pon kajian saintifik sangat yang katakan itu adalah kuantiti yang digalakkan (5).

Mujurlah makin hari makin banyak kajian dibuat.

Ada satu kajian ni, kajian ni bahagiakan 2 kumpulan orang, di mana satu kumpulan tu makan 1 – 3 biji telur sehari dan satu kumpulan lagi makan benda lain, tak makan telur. Kajian ni dijalankan lama – beberapa minggu dan bulan lamanya. Dalam kajian tu, golongan yang makan telur tadi ni diperhatikan ada keputusan macam di bawah ni;

  • Kolesterol HDL (kolesterol baik) meningkat (678).
  • Jumlah kolesterol LDL (kolesterol jahat) pulak tak berubah pon, tapi ada juga yang naik sedikit (9101112).
  • Makan telur yang diperkayakan dengan Omega-3 pula turunkan paras triglycerides (1314).
  • Paras antioksidan carotenoid dalam darah pulak sangat meningkat (sangat bagus)  (15, 16, 17).

Untuk yang tadi total kolestrol meningkat tu, itupon hanya berlaku kepada 30% orang yang dikaji. Lagi 70% tak ada pon effect naiknya kolestrol jahat LDL ni (18). Tapi kajian tu pon kata ia bukan masalah pon sebab telur tadi tu tukarkan LDL partikel yang kecik-kecik kepada LDL partikel yang besar yang mana partikel LDL besar ni tak menyumbang kepada sakit jantung. Jadinya, meskipon pada 30% orang tadi memang ada peningkatan jumlah kolesterol, tapi ia tak jadi masalah (1920212223).

Jadinya, fakta untuk makan 3 biji telur (kuning dan putihnya) sehari adalah sangat selamat dan sihat!

makan telur2 2

Faedah Makan Telur?

Ok, lupakan pasal kolesterol telur tu dulu. Telur ni punyalah bagus sebab ada banyak nutrien lain berfaedah yang kadang kita tak terpikir pon. Antaranya adalah:

  • kaya dengan Lutein and Zeaxanthine, iaitu antioxidants yang boleh mengurangkan risiko terkana penyakit mata macam Macular Degeneration dan Cataracts (3031).
  • Tinggi kandungan Choline, iaitu makanan kepada otak kita yang jadikan kita cerdik (90% orag kurang coline yang diperlukan otak) (32).
  • kaya dengan protein, yang mana protein penting untuk pembentukan otot dan tulang yang sihat (3334).
  • Malah ada kajian yang menunjukkan makan telur pon boleh buang lemak!(3536).

Telur pon makanan yang paling senang nak masak!! Malas-malas masak pon, campak jek telur dalam kuali dan makan dengan nasik panas. Selera habis dah.

Jadi Makan Banyak-banyak ok Ke? 

Apa-apa pon dalam dunia ni, kalau ambik secara lebih-lebih pon tak bagus. Sakit juga untuk poket. Jangan terkejut, ade jek orang yang makan sampai 25 biji telur sehari!! Dan suprisingly beliau sangat sihat! Boleh klik sini untuk tau pasal orang ni >> Makan 25 biji telur sehari (37).

Walaupon cuma 1 kes jek, tak bolehlah jugak ia dijadikan bukti kukuh yang makan telur banyak-banyak tu sungguh tak apa. Tapi tak lah bermaksud tak boleh juga. Lebih selamat kita ambik secara moderate dan berjaga-jaga. Lagipon, kita perlu fikirkan faktor lain macam contohnya, apa bahan yang dah diletak dalam telur yang dihasilkan di tempat proses telur, adakah ada bahan-bahan terlarang dan sebagainya. Tak semua telur diproses dengan cara yang sama okeh!

Telur dari ayam ternak sendiri, itu jauh lebih baik!

Paling bagus adalah telur yang kaya dengan omega 3 dan telur yang diternak sendiri. Telur telur ini kaya dengan vitamin dan vitamin larut lemak (3839).

Kesimpulannya 

Makan telur adalah bagus, sangat bagus! Makanlah 3 biji sehari, tak ada masalah.

error: Content is protected !!