Apakah Itu Reumatoid Arthritis (RA)?

Apakah Itu Reumatoid Arthritis (RA)?
Reumatoid Arthritis (RA) adalah sejenis radang arthritis dan merupakan penyakit auto imun. Dalam kes Reumatoid Arthritis, sistem imun yang sepatutnya melindungi diri kita dari pelbagai serangan penyakit, bakteria dan virus – tidak berfungsi seperti itu. Malah, sistem imun itu sendiri menyerang tubuh badan sendiri, tanpa sebab-sebab yang diketahui. Ia menyerang terutamanya pada synovium iaitu membran nipis yang melapisi sendi tubuh kita. Cecair akan berkumpul di dalam sendi menyebabkan kesakitan sendi dan keradangan (bengkak) dan lama-kelamaan, ia akan menjadikan hakisan tulang dan kecacatan sendi. RA juga boleh menyebabkan organ-organ dalam badan seperti kulit, mata, paru-paru dan saluran darah menjadi rosak dan terjejas.

>

Apakah Yang Menyebabkan RA? Apakah Faktor Berlakunya RA?
Kebanyakan kajian saintifik bersetuju yang mana RA ini berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran serta gabungan kedua-dua faktor ini. Banyak kajian telah dijalankan dan ada petunjuk tentang genetik yang berkaitan dengan imun sistem yang menyumbang kepada Reumatoid Arthritis ni. Tetapi bukan semua yang ada genetik ini akan menghidap Reumatoid Arthritis dan bukan semua yang menghidap Reumatoid Arthritis ni ade genetik ini. Keliru bukan? Malah salah satu faktor lain yang boleh menyebabkan Reumatoid Arthritis adalah hormon wanita kerana 70% penghidap Reumatoid Arthritis adalah terdiri daripada golongan wanita. Merokok juga boleh menjadi faktor kepada Reumatoid Arthritis kerana ia bukan sahaja meningkatkan risiko pembentukan Reumatoid Arthritis malah merokok itu sendiri sememangnya menjadikan sistem imun badan menjadi lemah. Reumatoid Arthritis juga boleh berlaku disebabkan oleh trauma fizikal dan juga trauma emosi. Walaubagaimana pun, kajian terperinci masih giat dijalankan dari masa ke semasa.

Reumatoid Arthritis

>

Info Lain mengenai Reumatoid Arthritis

  1. Walaupon Reumatoid Arthritis boleh berlaku pada sesiapa sahaja di pelbagai peringkat umur, namun Reumatoid Arthritis selalunya berlaku selepas umur 40 tahun (merujuk kepada faktor genetik dan persekitaran tadi). Tetapi Reumatoid Arthritis boleh juga berlaku kepada kanak-kanak.
  2. Penyakit ini lebih kerap menyerang wanita berbanding lelaki. Wanita berisiko lebih 3 kali ganda menghidap Reumatoid Arthritis berbanding lelaki.
  3. Reumatoid Arthritis adalah suatu penyakit kronik. Dalam erti kata lain, penyakit ini hampir mustahil untuk sembuh.

<

Apakah simptom penyakit Reumatoid Arthritis?
Simnptom Reumatoid Arthritis selalu nya tenggelam timbul. Kejap datang sakitnya, kejap menghilang dan pergi. Malah kadang simptomnya datang dengan sangat cepat. Antara simptom biasa adalah;

  • Sakit sendi dan bengkak
  • Kaku atau kekejangan
  • Keletihan atau kelesuan
  • Depression dan cepat marah
  • Anemia
  • Simptom seperti rasa kurang sihat biasa (selseme, panas, berpeluh)

Simptom bila mana Reumatoid Arthritis menyerang dengan agresif adalah:

  • Hilang berat badan mendadak
  • Keradangan di mata
  • Nodul Reumatoid
  • Keradangan dan bengkak di bahagian lain badan seperti paru-paru, dan saluran darah dan membran sekeliling jantung (jarang berlaku – kes terpencil)

Reumatoid Arthritis

Contoh Nodul Reumatoid

<

Reumatoid Arthritis biasanya berbeza dari satu individu ke satu individu yang lain; tetapi ia selalunya bermula dengan perlahan-lahan. Sendi-sendi, biasanya sendi jari, pergelangan tangan, atau tumit kaki berasa tidak selesa dan mungkin bengkak. Kadangkala ia berlaku tetapi sekejap-sekejap dan tidak berterusan. Walaubagaimanapun, 1 daripada 5 orang yang menghidap Reumatoid Arthritis mengalami gejala yang serius di mana Reumatoid Arthritis berlaku dengan sangat cepat, dengan kesakitan dan bengkak berlaku secara agresive pada banyak sendi. Kekakuan atau kekejangan berlaku teruk terutamanya pada awal pagi sehinggakan tidak dapat melakukan kerja seharian dengan baik. Sekiranya anda mengalami kekejangan dan kekakuan yang melebihi sehinggan setengah jam di awal pagi, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor,. Rawatan susulan awal sekiranya anda menghidap Reumatoid Arthritis amat penting.

<

Bagaimana Mendiagnosis Reumatoid Arthritis? 
Biasanya pada peringkat awal, memang doktor perlu melakukan pelbagai jenis ujian untuk mengenal pasti Reumatoid Arthritis. Antara nya ialah dengan mengenal pasti simptom, melakukan pemeriksaan fizikal, meneliti keputusan sinar-X, imbasan otak dan juga ujian darah. memandangkan Reumatoid Arthritis boleh memberi kesan terhadap sebahagian tubuh badan kita, adalah sangat penting untuk seseorang itu menceritakan segala simptom yang dialami (walaupon mungkin tiada kaitan) kepada doktor supaya doktor mendapat gambaran sepenuhnya apa yang berlaku kepada tubuh pesakit. Ujian darah amat penting untuk mengukur sejauh mana tahap keradangan yang dialami pesakit. Sinaran X pula penting untuk menunjukkan sebarang kerosakan pada sendi dan tulang akibat Reumatoid Arthritis. Kebiasannya Reumatoid Arthritis sangat mudah dikesan di bahagian kaki. Malah ujian darah dan juga sinaran X ini perlu sentiasa diambil dari masa ke semasa untuk mengawal dan menilai tahap kecepatan Reumatoid Arthritis ni merebak dalam tubuh.

Reumatoid Arthritis

<

Rawatan Untuk Reumatoid Arthritis
Biasanya rawatan ditumpukan kepada pengawalan awal simptom-simptom Reumatoid Arthritis dan pencegahan supaya Reumatoid Arthritis ini tidak mempercepatkan kerosakan sendi. Rawatan adalah termasuk melalui kombinasi ubat-ubatan, terapi fizikal dan juga pembedahan. Diagnosis dan rawatan awal dapat mengurangkan gejala agresif Reumatoid Arthritis supaya kerosakan sendi, kerosakan organ dan kecacatan dapat dielakkan. Kebanyakan penghidap Reumatoid Arthritis memerlukan lebih aripada 1 jenis ubat-ubatan. Ini kerana setiap ubat bertindak dengan cara yang berbeza. Malah rawatan juga mungkin ditukar dari masa ke semasa bergantung kepada keaktifan Reumatoid Arthritis  yang dihidapi. Aktiviti terapi fizikal juga sangat penting. Ahli fisioterapi akan mencadangkan senaman yang boleh dilakukan oleg penghidap Reumatoid Arthritis untuk membantu melegakan simptom-simptom yang dialami.

<

Empat kumpulan Utama Ubatan yang digunakan untuk Merawat Reumatoid Arthritis adalah:

  • Ubat Tahan Sakit
  • Uat Anti Radang Bukan Steroid (NSAID)
  • Ubat anti-reumatik pengubah penyakit (DMARD)
  • Steroid

>

Supplemen Dan Vitamin Shaklee yang boleh membantu Reumatoid Arthritis adalah

  1. Omegaguard
  2. Vivix

Testimonial Shaklee Untuk Reumatoid Arthritis

SLE1-vert

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

error: Content is protected !!