Apa Rawatan Penyakit Gout, Bagaimana Gout Menyerang?

Rawatan Penyakit Gout Perlu Supaya Serangan Gout Tak Berulang

Macam mana sebenarnya serangan gout ni jadi? Dalam badan kita, purines memang sentiasa dihasilkan dalam badan kita (endogenous) dan ada juga dapat dari makanan kita (exogenous). Ia dihasilkan, dan ia dibuang. Metabolisme purine ni berlaku kat liver (hati), dan juga dekat usus kecil (small intestine). Asid urik pula adalah waste product dari purine. Jadi, buah pinggang kita akan buang 2/3 dari asid urik ni melalui air kencing. Selebihnya usus yang buang (najis).

Bagaimana Serangan Gout Berlaku? 

Bila mana ada lebihan asid urik dalam badan, yang tak sepenuhnya dikeluarkan, maka asid urik ni jadi banyak dalam darah. Asid urik ni membentuk kristal-kristal halus dan terkumpul di sendi-sendi dan tisu-tisu badan. Disebabkan ia adalah benda asing, maka sel darah putih (askar immune) kita akan lawan kristal-kristal ni. Sebab tulah ia membengkak dan merah. Inilah serangan gout. Lagi tinggi asid urik, lagi cepat dan lagi banyak lah kristal terbentuk. Maka lagi cepatlah serangan gout ni jadi.

Sakit gout ni menyerang sampaikan 6-12 jam. Terasa sakitnya memang tak boleh tahan. Sendi dan tisu badan yang terlibat selalunya akan bengkak, merah, panas dan pedih bila dipegang. Bayangkan sakitnya sampai 12 jam, memang biasanya pesakit terpaksa makan ubat tahan sakit. Tapi ubat tahan sakit tak menyelesaikan masalah.

Gout membentuk Podagra Ubat Sakit Gout Cara Kurangkan Asid Urik Dalam Darah

Metatarsophalangeal joint of the great toe (referred to as podagra)

 

 

Ulangan Serangan Gout Pula Berlaku Bila? 

Bila mana ada lebihan lagi asid urik dalam badan. Selagi mana hati menghasilkan asid urik yang berlebihan, dan selagi mana buah pinggang tak buang sepenuhnya asid urik, maka akan wujudlah lebihan asid urik dalam badan. Lebih asid urik ni akan hasilan kristal-kristal di sendi yang baru. Maka, akan terjadilah siri serangan gout.

Serangan gout juga berlaku bila mana kita makan makanan atau ambil ubat-ubatan yang mampu “cairkan” balik kristal. Kristal-kristal lama akan “dissolved” dan kepekatan asid urik dalam darah akan meningkat balik.

rawatan penyakit gout cara hilangkan sakit gout

Bukan tu je, kalau katakan sendi pon dah makin lama makin rosak (Joint Erosion), maka risiko untuk gout menyerang pon makin tinggi. Organ jika tak dapat berfungsi baik juga meningkatkan risiko serangan gout. Sebagai contoh, jika buah pinggang makin teruk atau tak berfungsi dengan baik, maka asid urik tak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Seterusnya akan menjadikan asid urik dalam darah meningkat dan serangan gout terjadi.

Sebab itu lah gout berisiko pada golongan yang akan penyakit-penyakit metabolik yang melibatkan fungsi-fungsi organ terjejas.

Tophi (Kristal Keras pada Sendi)

Tophi ni adalah kristal yang mendak dekat sendi-sendi. Ia dipanggil sebagai “deposition of crystalline uric acid” menjadi salah satu tanda ia adalah sakit gout. Ia terbentuk bila mana bacaan asid urik sentiasa tinggi dalam darah. Selalunya tophi ni terbentuk kat hujung tulang telinga, sekitar jari dan juga dekat toe joint. Tophi ni selalunya tak sakit.

asid urik tophi kristal di kaki

Tophi dekat jari, tanda kita ada gout dan asid urik yang tinggi.

 

 

Tanda-tanda Clinical yang kita MUNGKIN ada Gout?

Kalau katakan kita ada sekurang-kurangnya 2 dari tanda di bawah ni, BERKEMUNGKINAN BESAR kita ada menghidap penyakit gout;

  1. Pernah ada sejarah rasa sakit sendi dan sakit sendi tu pernah baik dalam 2 minggu.
  2. Bengkak kat sendi ibu jari kaki (big toe joint)
  3. Tumbuh tophi kat mana-mana sendi.
  4. Pernah makan ubat bernama Colchicine dan baik pulak tu lepas makan ubat tu dalam tempoh 48 jam (response rapidly dengan ubat)

Macam Mana Nak Tau Yang Kita CONFIRM kena Penyakit Gout

Cara yang doktor buat untuk betul-betul confirmkan kita ada gout adalah dengan mengambil sampel cecair dari kawasan sendi yang biasanya terlibat dan tengok menggunakan microscope. Jika memang ada kehadiran monosodium urate crystals, maka confirm lah kita ada gout sebenarnya.

66 % pesakit gout akan kena balik serangan gout ni walaupon dah reda buat beberapa ketika. Dan biasanya serangan seterusnya lagi sakit teruk dan lagi siksa – lebih-lebih lagi jika pemakanan tak jaga.

Apa Biasanya Rawatan Klinikal Untuk Sakit Gout?

Biasanya doktor akan berikan ubat berikut:

  1. NSAIDS cox-2 inhibitor – iaitu sejenis ubat tahan sakit dan redakan bengkak
  2. Colchicine – Untuk kurangkan bengkak dan kurangkan pembentukan asid urik cystal pada joint
  3. Allopurinol – Untuk kurangkan pembentukan asid urik dalam darah

Boleh ke Penyakit Gout ni Pulih Sepenuhnya?

Bila dah gout mula menyerang, memang hampir mustahil untul reverse balik. Apa yang boleh dibuat adalah control supaya ia tak makin teruk, dan control supaya ia tak menyerang lagi.

Bagaimana Nak Buat Untuk Kawal Penyakit Gout?

  1. Kenal pasti kenapa gout menyerang. Adakah sebab makan terlalu banyak purine dalam masa terdekat? Atau adakah ada sendi yang dah rosak? Atau semua dah jaga tapi buah pinggang ada masalah ke?
  2. Kurangkan penghasilan asid urik dengan jaga pemakanan.
  3. Tingkatkan cara untuk pembuangan asid urik supaya optimum.
  4. Kurangkan pembentukan asid urik yang baru.

Entry lain yang berkaitan:

Intipati entry ini merupakan input bersama Dr. Anya Tan.

error: Content is protected !!