9 Cara Untuk Kurangkan Serangan Gout

Bagaimana Nak Elak Serangan Gout

Ada 9 cara yang praktikal untuk kurangkan serangan gout. Serangan gout ni akan berulan ke? Memang biasanya serangan gout boleh berulang sebab asid urik dah sedia banyak dalam darah. Dan sudah pun ada deposit kristal dari asid urik tu pada sendi-sendi. Nak buang kesemuanya tu tentulah sangat mengambil masa. Ini kerana nak deposit kristal tu pada sendi pun bukannya sehari dua. Bertahun-tahun tu barulah ia terbentuk mendap di sendi.

Jadinya, untuk gout jadi baik pon, tentulah bukan semalaman. Kalau ada orang @ penjual yang kata “Makanlah ini, confirm baik punya sakit gout encik”, hah, nampak bebeno la mohongnya ya. Ubat confirm baik memang tak wujud, yang wujud adalah cara pencegahan supaya ia tak berulang.

Berikut adalah Cara Praktikal Yang Effective Untuk Elakkan Serangan Gout Dari Menyerang

Konsepnya ialah, kita kene kurangkan asid urik dalam darah. Kene tingkatkan fungsi buah pinggang supaya asid urik banyak keluar. Jadi apa 9 cara tersebut?

  1. Maintain kan berat badan yang ideal : iaitu BMI 18.5 – 24.9 kg/m2 sahaja. Sebabnya orang yang obesiti, lebih menghasilkan asid urik berbanding orang yang kurus.
  2. Tak ambil alkohol langsung! (sah-sah la haram)
  3. Strictly kurangkan makanan yang tinggi purine. Makanan yang tinggi purine memang tak boleh langsung dalam diet. Makanan yang sederhana purine boleh ambil moderate (makna kata kalau dah tak ada makanan lain tu, boleh la ambil sikit – contohnya bila makan luar).
  4. Limitkan minuman manis dan refined karbohidrat (sebab semua ni menyumbang kepada inflammation dan radang)
  5. Ambil air sebanyak 3 litre sehari supaya kencing tu lawas untuk kurangkan risiko kidney stone (pesakit buah pinggang kene dapatkan nasihat doktor)
  6. Jadikan badan lebih alkali dengan makan makanan yang banyak beralkali sebab asid urik lebih mudah larut dalam keadaan alkali.
  7. Makan supplement yang boleh kurangkan inflammation dan bersifat antiradang. Makan juga supplement yang boleh kurangkan asid urik dalam badan.
  8. Rajin-rajinkan detoks hati supaya ia berfungsi dengan optimum dan supaya buah pinggang boleh buang asid urik berlebihan.
  9. Jaga kesihatan supaya tak kena penyakit lain seperti penyakit buah pinggang, sakit jantung dan kolestrol tinggi sebab bila ada penyakit-penyakit ini, organ tak berfungsi dengan efisien, menyebabkan risiko kena gout bertambah.
serangan gout boleh dikurangkan dengan menjaga makanan

Buang terus menu high purine dalam diet. Enjoy makan makanan yang rendah purine.

Antara Makanan Beralkali Yang Boleh Dicuba Untuk Kurangkan Asid Urik Dalam Badan

1) Kombu Soup

Sejenis seeweed. Bila badan lebih beralkali, urik asid lebih senang untuk diurai dan dibuang melalui buah pinggang dalam bentuk kencing. Kombu dimasak dengan miso sup. Miso sup dengan daun kombu (sejenis rumpai laut) bagus untuk kurangkan asid urik dalam badan pesakit gout.

makanan untuk kurangkan serangan gout ubat gout makanan untuk pesakit gout

miso sup dengan daun kombu

2) Apple Cider Vinegar

Minum apple cider vinegar setiap hari . Campurkan 1-2 sudu besar dengan air sejuk dan minum 2-3 kali sehari. Ia sangat effective untuk kurangkan serangan sakit gout. Ingat ya sakit gout ni mungkin saja menyerang bila-bila masa. Maka amalkan la air ini setiap hari.

 

apple cider vinegar bagus untuk pesakit gout cara kuragkan sakit gout

Apple cider vinegar

3) Alfafa Sprout

Alfafa adalah sejenis sayur macam taugeh. Masukkan alfafa dalam sayur salad kita. Kadang kala bila makan alfafa, akan ada effect serangan sebab alfafa sangat berkesan untuk dissolvekan crystal pada joint.

Makanan untuk pesakit gout

Alfafa sprout

4) Burdock Root

Burdock Root sesuai dibuat sup dan juga teh untuk bantu alkalikan badan supaya dapat mengurangkan asid urik dalam badan.

burdock soup untuk pesakit gout makanan untuk pesakit gout

Burdock soup

 

Kesimpulan

Bila dah sakit, memang nak patah balik tu bukan senang. Penyakit gout ni pon kumpul bertahun-tahun sampailah asid urik tu mendak membentuk kristal pada sendi. Maka kenalah sabar untuk buang semua tu. Sebab itulah, jaga pemakanan sedari awal.

Bila dah sakit gout, nak amalkan makanan yang yang boleh kurangkan asid urik macam di atas ni, mahunya terjeluak kalau makan hari-hari kan? Tapi bagi pesakit gout, sakit itu jauh lebih teruk berbanding tahan makan semua ni.

Semoga membantu para pesakit gout semua.

 

Entry lain yang berkaitan:

Intipati entry ini merupakan input bersama Dr. Anya Tan.

error: Content is protected !!