8 Vitamin Terbaik Kurangkan Keguguran Rambut

Kurangkan Keguguran Rambut, Cara Lebatkan Rambut

Rambut adalah mahkota wanita… dan topi lelaki. Ahahaha. Rambut adalah salah satu aset kita semua. Baik nak sihat, mahupun nak kelihatan cantik. Dan sebagai sebahagian dari diri kita, tentulah rambut pun perlukan nutrisi yang baik untuk tumbuh lebat, dan untuk elakkan keguguran rambut (1).

masalah keguguran rambut

Lagipun memang salah satu tanda kenapa kita gugur banyak rambut adalah sebab tak cukup vitamin dan nutrient sebenarnya. Jadi ade 5 vitamin yang sangat penting untuk rambut tumbuh sihat.

  1. Vitamin A

Semua sel badan kita  perlukan Vitamin A untuk jadi sel yang sihat. Lagi-lagilah rambut sebab semua rambut dan bulu adalah antara tisu yang cepat sangat bertumbuh. Vitamin A juga membantu penghasilan kelenjar minyak menghasilkan minyak yang dipanggil sebum. Sebum ni lah yang jadikan kulit kita lembab dan tak kering, sekaligus rambut pun akan sihat (2). Kurang vitamin A menjadi salah satu punca kenapa rambut cepat gugur (3, 4).

Makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah makanan yang berwarna terang dan mengandungi beta carotene macam sweet potatoes, lobak, labu, spinach. Vitamin A pun ada dalam telur, susu dan yogurt.

  1. Vitamin B Complex

Salah satu vitamin penting untuk rambut adalah Biotin (sejenis vitamind alam B Complex) (5). Vitamin B complex lain selain Biotin penting untuk penghasikan sel darah merah. Sel darah merah penting untuk bawak oksigen dan nutrisi lain ke dalam kulit dan folikel rambut. Jadi semua pun penting untuk mengekalkan struktur rambut yang sihat.

Makanan yang kaya dengan Vitamin B Complex adalah whole grain, kacang badam, daging, ikan, seafood dan sayur-sayur hijau.

  1. Vitamin C

Antara faktor lain yang boleh sebabkan keguguran rambut adalah sebab terlalu terdedah pada pencemaran dan sel radikal bebas yang merosakkan sel. Vitamin C merupakan antioksidan kuat untuk lawan radikal bebas(6). Lagipon vitamin c penting sangat untuk bantu badan kita menghasilkan collagen. Collagen pun adalah salah satu struktur penting dalam pertumbuhan rambut. Vitamin C juga membantu proses pernyerapan zat besi (iron). Iron pon sangat penting untuk rambut tumbuh lebat dan tak gugur.

  1. Vitamin D

Vitamin D kalau kurang memang berkait rapat anagt dengan masalah keguguran rambut. Masalah keguguran rambut dipanggil sebagai alopecia (7). Vitamin D penting untuk penghasilan folikel rambut yang baru. Folikel rambut ni sebenarnya adalah rumah rambut baru. Jadi kalau perumahnya sihat, maka rambut pun sihat. Mereka yang dah mula botak tu susah nak tumbuh rambut sebab folikel rambut pun dah hilang (8).

  1. Vitamin E

Sama macam vitamin C, Vitamin E pon merupakan antioksidan kuat. Ia sangat bagus untuk kurangkan stress. Memang ada study yang kata siapa yang ambil suppelment Vitamin E selama 8 bulan, rambutnya bertumbuh sebanyak 34,5% berbanding kalau tak ambil Vitamin E (9).

Makanan yang kaya dengan Vitamin E adalah biji bunga matahari, kacang badam, spinach, dan avocado.

  1. Iron (Zat Besi)

Zat besi membantu membawa oksigen untuk diedarkan dalam sel badan kita. Kalau kurang iron, kita boleh kena anemia. Anemia menjadi salah satu penyebab keguguran rambut. Biasanya banyak jadi kat perempuan, lagi-lagilah ibu baru bersalin yang keguguran rambut yang teruk (10111213).

Makanan yang kaya dengan iron adalah oyster, telur, daging merah, spinach dan lentils.

  1. Zinc

Zinc penting untuk memperbaiki sel baru dan menggalakkan pertumbuhan sel baru. Zinc juga bantu supaya kalender minyak dalam kulit berfungsi dengan baik. Kurang zinc memang banyak dah dikaji menjadi salah satu punca keguguran rambut (1415, 1617).

  1. Protein

Salah satu struktur binaan rambut adalah protein. Jadi, kenalah cukup protein dalam pemakanan harian kita (181920).

Perlu ke Makan Vitamin Sebenarnya Untuk Lebatkan Rambut dan Elakkan Keguguran Rambut?

Makanlah pemakanan yang seimbang yang lengkap dengan semua nutrisi. Malang sekali berapa ramai jek oarang yang cukup makan buah dan sayur hijau setiap hari. Sebab tu lah banyak tanda badan tak cukup nutrisi sebenarnya. Antaranya bila mana rambut gugur lebih banyak dari rambut yang tumbuh. Maka bersupplement tak salah untuk mereka yang kurang vitamin ni (22).

Vitamin Shaklee Yang Sesuai Untuk Masalah Keguguran Rambut

Di Shaklee, saya suggest koman-koman pun ambillah Multivitamin Vitalea sebab ada semua nutrisi minimum yang sangat diperlukan seperti mana yang saya terangkan dalam artikel di atas ni. Jika ada budget lebih, boleh topup dengan vitamin lain secara berasingan seperti Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, B Complex dan juga ESP.

vitamin rambut gugur keguguran rambut lebatkan rambut

 

vitamin untuk keguguran rambut

logo-whatsapp_600x184

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge