5 Sebab Kenapa Ibu Hamil Harus Minum Air Kelapa

Tengok orang jual air kelapa tepi jalan pon boleh terliur. Lagi-lagi bila panas terik. Ibu mengandung memang selalu tertanya-tanya, boleh ke? Selamat ke? Tak bahaya untuk baby?
Air kelapa bukan setakat hilangkan haus, tapi banyak pulak tu faedah dari sudut perubatan. Untuk ibu mengandung, insyaAllah sangat selamat.


1. Hilangkan Loya dan Rasa Nak Muntah

Biasanya kalau minum air kelapa ni waktu pagi, insyaAllah akan rasa selesa dan kurang rasa loya nak muntah tu. Lagipon air kelapa ada banyak elektrolit, ada kalsium, ada potassium, ada sodium dan juga riboflavin. Air kelapa pon ade asid lauric, yang ada sifat antibakterial. Menarik kan?
Biasanya kita tak amik tau semua ni. Yang penting sedap dan segar! Hehe.
>

2. Air Kelapa Boleh Membantu Merawat UTI (Urine Tract Infection)

Haaa ramai sangat ibu mengandung yang ada kencing kotor. Simptom biasanya akan ada rasa gatal-gatal di bahagian sulit, pedih pulak tu bila nak kencing. Kalau teruk, akan berbau dan berlendir. Kesian sangat ibu mengandung. Memang ramai yang kena disebabkan ketakseimbangan hormon semasa mengandung. Air kelapa ni dapat bantu untuk elakkkan jangkitan berlaku sebab sifat antibakterial nya tadi. Kalau katakan dah terjangkit kencing kotor tu, minum lah 2 kali sehari.
Pastikan tanya doktor dulu ya.
>

3. Air Kelapa Menghidratekan

Macam sifat air lain, air kelapa memang dah tentu-tentu nya akan menghidratkan. Badan akan segar selepas minum air kelapa dan of courselah rasanya jauh lebih sedap dari air putih biasa. Bonus, air kelapa dapat bantu buang toksin pulak tu.
Sebab tu kita banyak dengar orang tua-tua cakap, “minumlah air kelapa” kalau kita ada sakit apa-apa kan?

<

4. Air Kelapa Bantu Kawal Berat Badan

Tak kirelah untuk lelaki ke perempuan, air kelapa ni ada sikit kalori, dan buatkan kita rasa agak kenyang bila minum air ni. Dah la tu, air kelapa pon boleh bantu buang toksin, pastu boleh pulak bantu rendahkan kolestrol jahat LDL. So secara tak langsung, kalau diamalkan, memang insyaAllah boleh la bakar lemak dalam badan.
>

5. Air Kelapa Bagus Untuk Kulit

Yang ni macam petua dari zaman nenek moyang kita dulu lagi. “Nak anak kulit cantik, banyakkan minum air kelapa”. Kata mereka. So ibu mengandung, pakat rajin la minum air kelapa ya.
>
5 sebab ni cukup aih nak bagi keyakinan untuk ibu mengandung minum air kelapa. Toksah kata ibu mengandung la. Bapak yang mengandung lemak kat perut pon boleh minum jugak. Mana tau boleh tolong kempiskan perut.
Untuk ibu mengandung, boleh lah amik air kelapa dalam kuantiti yang sederhana. (Jangan pulak gian nak anak kulit putih melepak, dibantainya air kelapa 5 biji sehari). Too much good thing pon boleh memudaratkan. Termasuklaaaah memudaratkan poket membeli nya.

Hahahha. Maklumlah, sebiji kelapa segar zaman sekarang ni mahunya sampai RM3 sebiji tau. So boleh la start minum ya. Jangan ragu jangan risau 8-)

<

<

http://www.healthylifetricks.com/5-benefits-of-coconut-water-for-women/

http://nutrifile.com/1132/coconut-water-benefits-for-pregnant-women.html

http://www.livestrong.com/article/450777-what-are-the-benefits-of-coconut-water-during-pregnancy/

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge