5 Petua Mendapatkan Bibir Merah Semulajadi Di Pagi Raya

Bestnya kan kalau bibir semulajadi merah. Tak payah nak beli lipstick bagai. Merah semulajadi memang cantik dan menarik. Lagi-lagi lah kalau kulit kita cerah. Ada orang memang lahir dengan bibir yang merah dan mungil, ada juga yang lahir dengan bibir semulajadi agak gelap.

Tapi ada juga yang asalnya ada bibir merah tapi dok gatai hisap rokok dan pakai lipstik yang ada plumbum, tak pasal-pasal jadi hitam pulak. Ada juga yang disebabkan terlalu banyak minum kopi. Ada yang disebab kan allergik. Yang paling kesian adalah, ketakseimbangan hormon dan juga faktor umur juga boleh menyebabkan bibir menjadi gelap.

Tapi takpe, ada tips macam mana nak jadikan bibir merah semulajadi, pinkish-pinkish. Paling takpun, insyaAllah akan jadikan bibir lebih cerah berbading sebelum mengamalkannya.

1. Sugar Scrub – Skrub Bibir Menggunakan Gula

Kalau kat kedai tu siap dah jual sugar lip scrub. Sediakan saja ongkosnya. Tapi sebenarnya boleh je buat sendiri kat rumah, sangat menjimatkan. Gula membantu membuang sel kulit mati pada bibir dan mentega pula membantu mencerahkan bibir dan menjadikan bibir lebih berkilat. Cara membuatnya pun mudah je. Campurkan 3 sudu gula dengan 2 sudu mentega. Simpan dalam bekas kecik dan sapukan pada bibir. Ulang 2 atau 3 kali seminggu untuk dapatkan bibir yang cerah.

2. Paste Menggunakan Serbuk Kunyit

Campurkan susu dengan serbuk kunyit sampai jadi paste yang pekat. Basuh bibir dan basahkan bibir dan beruskan bibir guna berus gigi yang lembut, jenis soft. Lepas tu sapukan paste kunyit dengan susu tadi dan biarkan 2, 3 minit (tak payah lama-lama). Lepas tu basuh balik guna air dan berus dengan berus gigi lembut tadi. Jangan lebih-lebih dari 3 minit. Nanti sel kulit sihat pon rosak la pulak. Selepas tu lap (dabbing motion) dan sapukan pula dengan lip balm.

3. Sapuan Lemon

Lemon sememangnya ada sifat bleaching semulajadi. Bukan je selamat untuk kulit malah selamat juga untuk bibir. Malah lemon juga boleh buang bintik-biktik gelap tak sekata pada kulit dan bibir. Yang penting kena lah rajin. Perah lemon dan ambil jusnya, sapukan setiap malam pada bibir. Kalau cukup rajin, insyaAllah bibir akan jadi pinkish dan glowing-glowing.

4. Lemon Sugar Scrub

Kalau tadi gunakan butter dengan gula, kali ni guna lemon dengan gula. 1 sudu lemon, campurkan dengan sedikit minyak kelapa dan tambahkan 2 sudu kecil gula halus. Buat sampai pekat macam paste. Masukkan dalam bekas kecik dan boleh lah simpan dalam peti ais untuk seminggu. Sapukan pada bibir dan gunakan berus gigi soft untuk pelan-pelan berus dalam urutan membulat. Lepas tu basuh dengan air suam dan pakai lip balm.

5. BeetRoot (Ubi Bit)

Ubi bit memang ada warna ungu merah pekat semulajadi yang sangat kaya dengan antioksidan. Ubi bit ni ada jual kat pasaraya macam Jaya Grocer dan Aeon Jusco. Disebabkan sifat antioksidannya, kalau diamalkan selalu akan memperbaiki sel kulit bibir dan jadikan ia lebih cerah. Warna ubi bit ni pon memang melekat. So memang nampak semulajadi pinkish nanti jadinya.

Ubi bit yang dah dikupas. Merah yang sangat terang.

Cukup lah dulu, apa yang penting rajin dan konsisten. Ada beberapa hari lagi nak raya. Sempat lagi ni nak nampak cantik semulajadi pinkish. Selamat mencuba~! Nah kat bawah ni ada bukti orang dah berjaya merahkan bibir. Cantik wooo. Sumber : BlueEyedBeautyBlog.

cara nak dapatkan bibir merah semulajadi

Sumber : Smerete

error: Content is protected !!