Tips Supaya Ketiak Tak Busuk

Berpeluh sebenarnya tak salah. Malah berpeluh sebenarnya adalah baik dan merupakan cara badan kita mengekalkan suhu badan bila panas. Perempuan sebenarnya lebih banyak kelenjar peluh berbanding lelaki dan perempuan sememangnya 10 kali lebih kerap berpeluh berbanding lelaki.

Tapi, kalau muka hensem kalau badan berbau pon, erm… tak sesuai betul..

Tapi, kalau muka jelita tapi kalau badan hamis pon, ermm… tak padan sungguh..

Ada orang yang memang jenis kuat berpeluh, ade yang tak. Tapi bau peluh sebenarnya tak lah busuk. Yang menjadikan peluh busuk tu sebenarnya bila ade bakteria dan toksin. Lagi-lagilah bau ketiak, perggghhh..memang boleh pengsan. Lagi-lagilah kalau berpeluh banyak dan bau ketiak pulak tu. Oles deodorant banyak pon sure makin berbau tengik. Letak losyen banyak-banyak pon sure berbau hapak. Homaigod.

{focus_keyword} Tips Supaya Ketiak Tak Busuk How to Eliminate Underarm Odor

Bukan je ganggu orang lain, diri sendiri sure terganggu sendiri dengan bau badan sendiri. Kesian. Lagi kesian sebab memang ramai yang buntu dan tak tahu macam mana nak atasi masalah bau badan busuk ni.

<
Nah, sebenarnya bau pada ketiak dapat dengan mudah diatasi dengan melakukan cara sederhana dibawah ini:

1. Pilih Makanan yang Sihat Dan Berkhasiat
Apa yang kita makan, akan reflek kepada bau apa yang keluar dari badan kita (haha). Makanlah banyak sayur dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan gula putih dan pastry sebab gula memang makanan kepada bakteria. Makanan lain yang boleh buat bau badan busuk adalah bawang putih, bawang merah dan juga makanan yang mengandungi kafein, kari, jintan dan alkohol.
<

2. Memilih Bahan Baju yang Sesuai
Malaysia merupakan negara yang beriklim tropika, terik dan lembab sepanjang tahun. Sebab itulah di Malaysia, kita cepat berpeluh. Jadi kenelah pakai pakaian yang boleh serap peluh dan mudah untuk kering. Pakaian yang tak mampu menyerap peluh dengan baik dan tidak mudah kering akan menyebabkan pembiakan bakteria dan seterusnya meyebabkan bau busuk. Oleh itu, kenalah pakai pakaian yang dibuat dari cotton dan linen. Elakkan pakai baju yang terlalu ketat.
<

3. Pastikan Bulu Ketiak Dipotong Pendek Atau Dicukur
Bulu ketiak yang terlalu lebat akan membuatkan bau ketiak lebih teruk disebabkan oleh peluh yang keluar tadi diserap oleh bulu ketiak. Kemudian bakteria pula membiak kat bulu ketiak tu. Manalah baunya tak tengik. Huhu. So kenalah pastikan bulu ketiak tu dipotong pendek. Bukannya hensem pon bulu ketiak panjang berjela. Yang perempuan apatah lagi. Tak senonoh betul jika perempuan menyimpan bulu ketiak kan kan. Tapi nak potong bulu ketiak pon kenelah ada tekniknya.

Tak pasal-pasal kalau salah teknik cukur bulu ketiak kang, makin besar pori liang roma tu, pon tak cantik jugak.

Kalau ada duit, pergi saloon jek. Hehe. Tapi kalau nak yang semulajadi, guna lemon pon ok. Lemon bukan sahaja boleh menghilangkan bau ketiak, malah lemon pon boleh memutihkan kulit-kulit bawah ketiak tu. Tapi kenalah rajin membuatnya.

<

4. Kurangkan Makan Makanan Segera
Makanan segera biasanya adalah makanan yang rendah serat. Bila kurang serat, ia akan membusuk dalam perut dan kurang dilawaskan sebagai najis. Ini yang menyebabkan nafas berbau busuk dan peluh pon berbau tengik.

<

5. Mandi Dengan Kerap
Mandilah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mandi dengan sabun antibakteria adalah lebih baik. Kemudian pakai lah deodorant tapi jangan berlebihan.

Itulah dia beberapa tips yang dapat dapat dlakukan untuk mengatasi bau pada ketiak dengan cepat. Semoga selepas ini bila anda berjumpe dengan orang, takdelah orang berjauh-jauh dengan anda. Hehe.

Selamat mencuba.

 

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: