Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Raya dah nak dekat. Mak mak yang memang menyusukan susu badan agak gelisah; “Macam mana lah nak susukan baby masa tengah beraya rumah orang nanti”. Untuk mak veteran (haha) dan mak-mak beranak lebih dari seorang yang dah memang otai breastfeeding, takde masalah. Tapi mak-mak baru beranak satu ni, sure ada terlintas sikit kat kepala risaunya kalau baby mintak susu masa kat rumah orang. Takkan nak pinjam bilik orang setiap kali bertandang  kan. Paling-paling pon sure kita pusing mengadap dinding dan bagi anak susu time time tu jugak.

Been there, done that.

Hatta menyusukan anak dalam kereta pon biasanya mak baru ni takut-takut sebab risau ade orang menjengok ke dalam kereta. Well… masa kereta bergerak, biasanyanya takde orang saja-saja nak jengok dalam kereta tu buat apa. Tapi jangan la jojolkan sangat asset tu kan. Haha.

Tips untuk ibu baru, cuba dahulu dan praktis sikit demi sedikit. InsyaAllah masa raya nanti taklah kekok sangat. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dibuat supaya ibu-ibu rasa lebih yakin masa menyusukan baby di tempat awam :

  1. Pakai Pakaian Yang Khas Untuk Ibu Menyusu

Adat ada anak, mestilah beli baju yang mesra anak. Tak boleh lah nak berkebaya sangat kan. Lagipon sekarang ni banyak dah jual baju menyusu yang cantic-cantik tak nampak langsung pon macam baju menyusu. Memang lawa-lawa dan longgar serta senang sangat nak selak untuk bagi anak makan. Revolusi fesyen kita sejak 6-7 tahun lepas pon dah banyak sangat membantu ibu-ibu menyusu mencari pakaian menyusu yang sesuai dan paling penting selesa. Antara butik yang perkenalkan nursing baju kurung adalah Salsabeela Nursing Attire. Oh suka saya dengan design simple dan comel mereka.

baju kurung menyusu {focus_keyword} Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam 10458773 824511557644107 3493919775333316847 n

Salsabeela Muslimah Attire

Ada yang zip kat depan, butang kat depan.

Ada yang zip kat tepi.

Ada yang selak sana selak sini.

Macam-macam ragam fesyen ada.

Sediakn ongkosnya sahaja. Hehe.

<

  1. Pastikan Baby Tidak Lemas

Dalam pada masa yang sama nak jaga aurat, pastikan juga baby kita tak lah ditutup habis-habisan sampai tak nampak langsung. Sian baby. Ada juga baby yang tak selesa dengan nursing cover. Jadi ibu kenaah praktis dulu di rumah sekarang ni supaya masa jalan-jalan nanti taklah baby kekok dan rimas. Lagi-lagi lah bila baby dah besar sikit dah mula pandai demand. Kalau kita tak praktis dari awal, maunya dia selak besar-besaran. Siap tepis lagi you nursing cover tu. Haha. So apa yang penting, PRAKTIS..PRAKTIS dan PRAKTIS!

<

  1. Tudung Oh Tudung

Kalau boleh pakailah tudung yang mesra menyusu. Iaitu tudung yang cukup panjang, cukup lebar untuk cover kepala baby dan juga aset kita tu. So tak payah lah nak beli dan bawak nursing cover dah since tudung tu sendiri adalah nursing cover. Jangan risau, tudung mesra baby juga sangat cantik dan tak menjejaskan penampilan anda di hari raya.

<

  1. Pilih Bra Yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Untuk ibu baru, bawak-bawak lah beli bra menyusu yang senang nak selak, senang nak unlock dan senang nak bukak – pakai sebelah tangan. Untuk ibu otai takpe, diorang dah lali dan expert nak handle celah mana. Bayangkan lah bila baby dah mula mengamuk sakan lapar, kita pulak terkial-kial nak bukak bra yang tak mesra breasfeeding. Memang sangatlah menarik perhatian bapa-bapa dan bujang-bujang; “Anak siapalah nangis tu”. Daripada nak sembunyi-sembunyi menyusukan, jadi tertarik perhatian semua orang pulak kang.

<

  1. Bagi Baby Kenyang Sekerap Yang Mungkin.

Sebagai contoh, asal masuk kereta jek, susukan terus baby. So bila sampai rumah bertandang seterusnya, baby dah kenyang dah. Agak-agak dah setengah jam tak menyusu tu, terus suakan susu bagi baby. Maka, takdelah dia melalak mintak susu di khalayak ramai sambil tarik perhatian. Proses menyusu tu jadi senyap, sunyi dan smooth jek tanpa orang sedar pon baby kita tengah menyusu.

<

     6. Be Proud of Breastfeeding

Breastfeeding adalah sesuatu yang mulia. Inilah salah satu perkara yang kita buat untuk anak kita. Memberi sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Jadi kita patut berbangga dengan diri kita sendiri bila kita memilih untuk memberi yang terbaik untuk yang tersayang. Bila kita yakin, insyaAllah kita akan buat sesi penyusuan tu suatu yang sangat menyeronokkan. Tempat untuk menyusukan? Tiada masalah. Kerana bila yakin, apa pon yang kita buat, akan menjadi seronok dan mudah.

<

Semoga dengan tips-tips di atas, semoga ibu-ibu baru akan selesa dan bangga dengan menyusukan baby semasa beraya nanti. Apa yang penting adalah ibu dah kene start praktis dari sekarang supaya baby pon terbiasa. InsyaAllah kalau kita praktis masa tengah tenang kat rumah, nanti baby pon terima dengan tenang. Baju raya menyusu yang kita dah beli tu pon, dah boleh dah pakai dari sekarang. Tak lah kekok nanti masa berjalan raya.

Jangan risau pasal persepsi. Sekarang ni ramai dah mula paham dan lebih terbuka berkaitan pentingnya susu ibu untuk bayi. Dan alhamdulillah semakin ramai yang menyokong penyusuan susu ibu.

Semua itu pahala ya ibu-ibu. Selamat menyusukan bayi semasa beraya nanti!

Belanje satu gambar menyusukan semasa kenduri beberapa tahun lepas. Ahak.

{focus_keyword} Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam DSC01674
Baju Nursing zip kat tepi pesak. Buat sendiri. Wahahaha.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: