Terkejut Sebenarnya Minyak Canola Adalah Tak Baik Untuk Kesihatan

Lemak sememangnya penting dalam diet kita. Tanpa lemak, badan kita ni takkan dapat berfungsi dengan baik. Tapi ada banyaaaaak kekeliruan pasal lemak, dan minyak. Mana satu lemak baik, dan minyak yang baik.

Perasan tak, kat pasaran, minyak Canola selalunya diiklankan sebagai minyak yang baik. Kita selalu fikir minyak Canola baik, malah lebih baik dari minyak kelapa sawit. Kononnya minyak canola ni rendah kandungan lemak tepu dan tinggi dengan kandungan lemak tak tepu termasuklah asid lemak omega-3. Pihak pengeluar pulak war-warkan kononnya minyak canola ni adalah minyak terbaik dunia, kononnya. Sedangkan fakta ni banyak disangkal oleh pakar-pakar dalam bidangnya.

Untuk bincang dan argue pasal bende ni, memang kena study betul-betul macam mana sebenarnya minyak canola ni sebenarnya boleh jejaskan kesihatan kita.

<

Apa tu Sebenarnya Minyak Canola, dari Mana ia Datang?

Dulu-dulu kala, ia dikenali sebagai minyak rapeseed. Ia mudah dihasilkan, tapi tak boleh dimakan sebab ada 2 bahan ni, iaitu;

  • Erucic acid: asid lemak yang boleh sebabkan kerosakan jantung (dalam study yang dbuat ke atas tikus) (1).
  • Glucosinolates: bahan compound yang jadikan rasa minyak ni pahit dan tak sedap (2).

 

Then lepas tu ada la beberapa saintis Canada ni nak jadikan minyak raseseed ni kepada minyak yang boleh dimakan. Jadi diorang ni gunakan teknik breeding @ kacukan untuk hasilkan bijian yang kurang bahan berbahaya ni, dan jadikan ia kurang rasa pahit. Dari situlah terlahirnya Canola, nama yang digunakan di pasaran. Sedangkan ia sebenarnya bermaksud Canadian Oil (ada juga yang kata ia bermaksud Canada Oil, Low Acid).

Canola tu sendiri bukanlah nama sejenis tumbuhan. Ia adalah dari tumbuhan bernama rapeseeds yang dihasilkan supaya bahan yang tak diingini dalam rapeseed ni dikurangkan.

Dari Wikipedia pulak, cerita pasal maklumat Canola ni, ia dikacukkan di University of ManitobaCanada, boleh Keith Downey and Baldur R. Stefansson pada awal tahun 1970an, dan berjayalah mereka menghasilkan minyak yang boleh dimakan (edible oil) dengan tahap erucic acid yang jauh lebih rendah.[3] 

Harini, lebih kurang 90% dari hasil tanaman utk buat canola oil ni adalah semuanya GMO (Genetically Modified Organisme)

<

Macam Mana Minyak Canola Dibuat?

Dah baca tadi kan yang sebenarnya minyak Canola ni asalnya tak boleh dimakan, tadi dimodify supaya boleh dimakan. Dari situ jek kita dah tau bahawa minyak ni cukup tak bagus sebenarnya. Tapi kalau nak tengok jugak video cara pembuatan minyak Canola ni, memang rasa geli pon ada.

Tengoklah, sure takkan beli dah minyak Canola. Sebab tak nampak natural langsung!

Kalau bahan makanan lain macam minyak kelapa sawit, perah-perah terus dapat minyak. Kalau proses buat butter @ mentega pulak, memang sah dari lemak susu. Sama juga proses minyak kelapa dan jugak minyak zaitun. Semua nya simple jek prosesnya. 1 – 2 proses terus jadi dah makanan yang kita makan.

Tapi tak sama dengan minyak Canola ni. Tanaman rapeseed tadi ni kena dipanaskan pada suhu yang amat tinggi. Dah pulak tu minyak ni pulak sangat la tak tepu. Kaya dengan ikatan polyunsaturated fats yang sangat tak stabil dengan suhu tinggi. Kita dah belajar dulu pasal lemak tepu dan lemak tak tepu dalam artikel sebelum ini di sini >> Perbezaan Lemak Tepu Dan Tak Tepu.

canola-and-its-seeds {focus_keyword} Terkejut Sebenarnya Minyak Canola Adalah Tak Baik Untuk Kesihatan canola and its seeds

Canola-oil-1 {focus_keyword} Terkejut Sebenarnya Minyak Canola Adalah Tak Baik Untuk Kesihatan Canola oil 1

Bila suatu ikatan kimia tu tak tepu, ia sangat sensitif suhu tinggi dan mudah bertindak balas dengan oksigen menjadikan ia mudah teroksida. Bila teroksida, bahan ini menjadi rancid atau beracun.

Kemudian, bukan senang nak keluarkan minyak dari rapeseed ni. Suatu bahan kimia dinamakan sebagai hexane terpaksa digunakan untuk extract minyak dari rapeseed tadi. Sungguh, kalau diuji, memang ada sisa-sisa hexane dalam minyak masak bernama Canola ni sebenarnya.

Disebabkan proses pembuatan minyak ni sangatlah tak natural (suhu tinggi, guna kimia), minyak ni seriously tak berbau langsung! Cuba kita bau minyak jagung dan minyak kelapa sawit. Ada bau tertentu (dan berbau makanan). Minyak Canola ni sungguh tak berbau.

Malah ade kajian pulak kat US, mereka dapati bahawa 0.56% sehingga 4.2% asid lemak yang ada dalam minyak Canola ni merupakan trans fat yang bertoksik (4). Malangnya, tentu lah tak ada tulis dekat label botol dia. Trans fat yang bertoksik ini tersangatlah teruk dan memang banyak dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit, di seluruh dunia! (5, 6).

Meskipon begitu, ada jek minyak Canola yang diproses secara  cold-pressed dan juga ada jek minyak Canola yang diproses secara organik (wallahualam macam mana). Untuk yang ini, asid lemak teroksida dan juga trans fatnya tak ada lah sebanyak yang diproses menggunakan suhu yang tinggi. Tapi macam susah jek nak jumpa yang organik dan cold-pressed prosses ni. Kebanyakan yang jual murah-murah tu semua guna proses industri biasa yang standard.

Apa pula kata doktor? Ini salah satu pernyataan doktor bertauliah.

Screenshot 2015-09-13 07.09.45 {focus_keyword} Terkejut Sebenarnya Minyak Canola Adalah Tak Baik Untuk Kesihatan Screenshot 2015 09 13 07

<

Jadi, Minyak Canola ni Berkhasiat Ke Tak Sebenarnya?

Boleh katakan yang sebenarnya baik tak yah makan minyak ni daripada makan. Sebab nutrisi yang ada dalam minyak Canola ni tak banyak mana pon. Memang ada juga sikit Vitamin E dan K. Kemudia memang ada juga asid lemak perlu iaitu (7):

  • Lemak Tepu (Saturated Fat): 7%.
  • Lemak Tak Tepu (Monounsaturated Fat): 63%.
  • Lemak Tak Tepu (Polyunsaturated Fat): 28% (with Omega-6 and Omega-3dalam nisbah 2:1 ratio).

Kita dah belajar dulu, lemak tepu bagus untuk kesihata, lemak tak tepu tak bagus. Untuk ulangkaji, rujuk artikel ini >> Perbezaan Lemak Tepu Dan Tak Tepu.

Memang betul yang minyak Canola ni ada nisbah Omega-6 dengan Omega-3 yang seimbang. Tapi Omega-3 dalam minyak Canola adalah dalam bentuk ALA (Alpha Linolenic Acid), bukannya dalam bentuk GLA (Gamma Linolenic Acid). Omega-3 dalam bentuk ALA, adalah langsung tak berguna melainkan ia diconvert kepada EPA and DHA.

Jadinya, sungguhpun minyak Canola ni kaya dengan Omega-3, sebenarnya adalah jauh lebih baik makan asid lemak dari ikan, 2 kali seminggu. Malah supplement yang ade minyak ikan tu sebenarnya jauh lebih baik!

<

Kesimpulannya, Boleh Makan Tak?

Kalau katakan nak jugak minyak Canola, boleh, bukan tak boleh. Tapi pilihlah yang melaluio proses cold-pressed dan juga rapeseed yang ditanam secara organik.

Tapi kalau betul nak sihat? Minyak zaitun dan minyak kelapa jaaauhh lebih baik. Nak tau lagi pasal minyak apa yang sihat? Baca artikel berikut >>  Healthy Cooking Oils – The Ultimate Guide.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: