Tanda Anda Pilih Bisnes Part Time Yang Betul

Saban hari makin banyak saya lihat kawan-kawan saya yang mencuba untuk mencari bisnes part time. Selain kerja hakiki, nak tak nak keadaan zaman sekarang ni dah macam wajib pula ada income kedua. Bukan apa, untuk sekadar hidup, ya mungkin boleh hanya bergantung pada income kerja hakiki. Namun, untuk agak selesa, macam tak dah boleh.

ā€¦ mungkin ada yang kata nanti, buat apa nak cari duit banyak-banyak?

Macam ni lah, cuba kita fikir sejenak. Dahulu, zaman nenek dan mak-mak kita, memang majoriti hanya suami sahaja yang bekerja. Dan isteri duduk di rumah menjaga anak. Evolusi berlalu, dan bermula era isteri juga terpaksa bekerja demi menampung keperluan keluarga.

ā€¦sekarang? Bukan setakat suami isteri bekerja, tapi suami dan isteri juga sama-sama terpaksa mencari second income! Perit diterima, tapi ini hakikatnya. Justeru, perlulah kita mencari second income yang bersesuaian dan betul-betul tepat. Kenapa? Kerana tiada masa untuk membuat sebarang kesilapan.

{focus_keyword} Tanda Anda Pilih Bisnes Part Time Yang Betul bisnes part time shaklee

Bagaimana Nak Part Time Bisnes Kite Merupakan Pilihan Yang Tepat?

1. BisnesĀ Part Time Tersebut Seharusnya 100% Dari Rumah

Bukan apa, kita dah berpenat lelah di opis sepanjang hari, maka takkan lah kerja kedua juga perlu di luar pula? Kesian anak anak bini woi. Kang tak pasal mati bekerja sajo. Maka, perlulah teliti kerja apa yang menawarkan perkhidmatan dengan hanya menggunakan internet dan dalam masa yang sama boleh buat duit walaupon hanya berkemban di rumahšŸ˜†Ā (contoh jeeee contoh). Modus operasi bisnes part time adalah dengan membuat ā€œadvertisementā€ dan ā€œattract customerā€, terima duit customer dan sampaikan order ke pihak pembekal, lalu pembekal yang poskan kepada pihak customer, atau secara ringkas SISTEM DROPSHIP.

ā€¦modal? Oh tak perlu, sebab customer bayar kita dahulu.

2. Automated Bisnes Part Time

Bisnes part time tu pula perlu lah ā€œpandai bergerak dengan sendirinyaā€, atau automated. Contohnya lah, kalau kita sakit atau terpaksa pulang ke kampung atau masalah lain, takkan lah bisnes part time kita ni berhenti? Takkan masa ni kita tak ada income? Kan ke rugi sangat.

Pertama, untuk automated, kenalah cari bisnes part time, yang mana company tu mestilah merupakan company yang cukup kukuh, ada research & development. Jangan lah pulak pilih company yang baru beberapa tahun muncul. Kang terlingkup company tu, berputih mata dan terpaksa cari bisnes part time lain pula. Ingat, kita kan tak nak bazirkan masa.

Kedua, untuk automated, kenalah cari bisnes part time yang boleh dibuat di mana sahaja kita berada. Iaitu bisnes yang boleh berjalan dengan menggunakan rangkaian internet sahaja. Di mana ada internet, disitu ada jualan. Gitew. Jadi, melancong ke, cuti bersalin ke, tengah dalam labor room ke, ia tetap berjalan.

Ketiga, untuk automated, kenalah cari bisnes part time yang mana customer kita boleh order bila-bila masa sahaja 24 jam. Caranya ialah dengan kewujudan sistem shopping cart atau order secara online, yang mana customer bole membuat order tu sendiri.

So, apakah agaknya bisnes yang ada kesemua tu?

3. Bisnes Yang Sustained dan Bukan Ikut Trend

Bisnes yang sustained bermaksudĀ produk yang dijual tu, teruk mana pon ekonomi, tetap terpaksa beli. Contoh produk yang sustained ialah makanan. Ye lah, logiknya setiap hari pun orang akan laparšŸ˜‚. Contoh lagi adalah pakaian, diaper bayi, baju dalam, baju luaran, dan sebagainya (to name a few). Target market juga penting, di mana produk tersebut mestilah mampu dimiliki oleh hampir semua golongan masyarakat.

Lagi satu, perlulah cari bisnes part time yang scalable. Iaitu boleh melebar dan meluas rangkaiannya agar banyak kawasan kita dapat capai. Semakin besar permintaan, semakin bisnes kita boleh berkembang tanpa ada masalah tak cukup memenuhi demand.

4. Bisnes YangĀ Masih Boleh Mengekalkan Integriti Berfamili

Memang biasa kita dengar sesetengah bisnes tu diwarisi dari ayah, atuk, moyang dan sebagainya. Hatta dengan pengurusan yang baik, bisnes konventional turun temurun dalam famili juga sangat bagus. Itulah family bisnes namanya, di mana semua ahli keluarga menyumbang dan bekerja bersama-sama.

Family bisnes jugaĀ boleh merujuk kepada bisnes yang mana family bersatu as a whole, walaupon busy berbisnes. Being rich and busy is typical, tapi being rich dan ada masa bersama kesemua ahli keluarga susah sebenarnya nak cari. Jadi, carilah mana-mana bisnes yang semasa berbisnes pon kita masih mampu meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Maklumlah, apalah sangat bahagia nya bila kaya tapi ahli keluarga tiada di sisi. Mostly, famili bisnes yang masih mengekalkan integriti berfamili adalah bisnes yang homebased, macam kedai makan. Tapi biasanya bisnes kedai makan tidak lah boleh dibuat secara part time. Sebab masa yang diperuntukan juga sangat lah terhad.

Jadi, Anda Dah Bersedia Untuk Bisnes Part Time?Ā 

UntukĀ mereka yang dah buat bisnes part time, alhamdulillah. At least sudah punĀ terkeluar dari comfort zone yang merbahaya, sudah pun bersedia dari awal lagi. Ya merbahaya sebab jika tiada backup plan, kita takkan tau apa jadi pada diri kita once kita ā€œterpaksaā€ dan ā€œdipaksaā€ keluar dari comfort zone tersebut. Jika masa tu baru nak cari bisnes part time, memang sangat susah dan stress.

Ada baiknya bermula di kala masih berada dalam comfort zone. Supaya kita tak terlalu terkejut nanti. Untuk yang baru nak berjinat-jinak mencari bisnes part time, at least kenalah kaji ciri-ciri yang ada di atas.

Carilah bisnes yang boleh dibuat di rumah. Sekurang-kurangnya, anak-anak masih di sisi. Susah memang susah, tapi tak mustahil masih boleh manage masa.

Carilah juga bisnes yang automated. Yelah takkan nak bawak baby 5 hari pergi ke pejabat pos? Memang tak kondusif langsung untuk mak yang beranak ramai. Jadi kenalah ada sistem yang boleh bergerak sendiri walau macam mana pon hiruk pikuk kita mengendalikan urusan rumah seharian.

Carilah juga bisnes yang boleh bertahan lama. Bukan apa, tak nak lah asyik lompat bisnes sana lompat bisnes sini. Penat sangat nanti. Dan tak berbaloi dengan tenaga dan masa yang dibazirkan. Bisnes yang mengikut trend juga bagus sebenarnya sebab boleh kumpul duit dalam masa yang singkat. Tapi biasanya bisnes trend ni tak kekal lama. Lepas 2,3 tahun, kene start trending lain pula. Kalau boleh carilah bisnes yang betul-betul boleh bertahan berpuluh tahun. Itu lebih baik.

Carilah bisnes yang boleh jadikan kita jauh lebih baik mendekati Allah, dan jauh lebih banyak masa dengan famili. Itu yang paling utama. Duit boleh dicari, tapi kalau sampai menjadikan makin terlalu sibuk menguruskan bisnes sampai lupa anak bini, lupa Tuhan, itu dah menyimpang jauh sangat. Takut tak berkat pula nanti.

Kita tak boleh lari dari realiti kehidupan ini yang ibarat perang. Takkan nak tahan saja panah dan pedang dengan dada yang kosong. Apa yang boleh kita buat, adalah menghadapinya dengan perisai, kapal perang, baju besi dan sebagainya.

Betul?

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: