Sering Tidur Lewat Meningkatkan Risiko Kerosakan dan Kanser Hati

Pernah tak makan vitamin banyak mana pon, jerawat tetap juga naik.
Pernah tak diet dengan konsisten pon, berat tetap juga tak turun.

<
Kalau ada at least simptom di atas, baca info penting bawah ni. Ada sesuatu yang tak kena dengan sistem metabloik badan kita sebenarnya.
Zaman sekarang ni, persekitaran dan juga cara hidup kita sangat-sangatlah boleh merosakkan hati kita dengan sangat cepat, berbanding zaman nenek moyang kita dahulu. Contoh paling mudah, kita sekarang ni tidur tak menentu, siap ambil overtime lagi kalau sibuk bekerja. Tu tak termasuk yang bekerja shift. Untuk student yang sering stay up juga sama risikonya.

<
Ok itu mungkin susah nak control sebab demand dan tuntutan mencari nafkah.

Rasa tak cukup tidur demi tuntutan pekerjaan

<
Tapi yang saja-saja suka melepak kat luar ngeteh dengan rakan-rakan sampai pagi buta tu, meskipon sekali-sekala (apatah lagi banyak kali), sebenarnya sangat cukup tak bagus. Ok, maybe seronok seketika tapi ia sangat-sangat boleh affect kesihatan hati kita.

<
Sungguh memang ada banyak kajian saintifik yang menyatakan bahawa tidur lewat malam adalah antara PUNCA UTAMA hati boleh menjadi rosak. Mungkin sekarang Nampak kita masih muda dan tak perasan lagi symptom-symptom dalam hati kita. Slowly but surely it will show.

>
Kajian[1] mendapati, orang yang melakukan kerja shift memang lebih banyak yang menghidap obesity, insulin resistance, diabetes, sakit jantung, dan masalah metabolik sindrom yang lain: disebabkan oleh hati mereka tak dapat memproses lemak secara efficient, menjadikan lemak terkumpul di hati dengan banyak. Bila ini terjadi, segala jenis toksin dan bahan kimia yang kita dapat dari persekitaran dan pemakanan yang tak sihat, akan tetap ada dalam tubuh badan kita tanpa boleh dikeluarkan melalui sistem perkumuhan kita.

Punca Utama Kerosakan Hati Yang meningkatkan Risiko Kanser Hati

  1. Sering tidur lewat malam dan bangun lewar pagi
  2. Tidak kencing pada waktu pagi (Kalau lewat bangun pagi tu, maknanya tak kencing pagi la tu)
  3. Terlalu banyak makan
  4. Tidak mengambil sarapan
  5. Terlalu banyak mengambil ubat
  6. Terlalu banyak mengambi l bahan pengawet, makanan tambahan, pewarna makanan dan pemanis tiruan
  7. Menggunakan minyakmasak yang tak sihat
  8. Terlalu banyak makanan makanan yang mentah

Sekiranya kita tidur kurang dari 4 jam sehari, system immune badan kita sebenarnya dah berkurang secara automatic sebanyak 50%. Kita bukan bercakap pasal seseorang yang sudah rosak hatinya. Kita bercakap temtang diri kita yang sememangnya sacrifisekan waktu tidur, untuk buat aktiviti harian yang tak sempat dibuat pada waktu siang.

Kenapa Tidur Lewat @ Tidur Kurang Boleh Meningkatkan Risiko Kerosakan Hati?

Kita boleh cuba sendiri eksperimen ini di rumah. Simple dan senang.
Cuba tidur pukul 10 malam, dan bangun pukul 5 pagi. Buat selama seminggu.
Cuba juga tidur pukul 2 pagi dan bangun pukul 5 pagi.

<
Ala, tak payah buat eksperimen pon kita baca ni pon dah tau dah effectnya apa pada fokus, konsentrasi dan tenaga kita. Betul tak? Itu luaran, kesan pada hati kita dan tubuh badan kita apatah lagi berganda-ganda kesannya. Sebab dalam setiap 2 jam, badan kita ni ada jadual untuk membaikpulih sel-sel badan sendiri. Ia dipanggil sebagai “scheduled bio routine/remedy”.

Sebagai contoh, pada jam 11 malam hingga 1 pagi, proses liver detoxification berlaku. Ini adalah proses dimana hati kita ni buang segala jenis toksin dan pencemaran yang kita dah dapat sepanjang siang hari tadi. Proses ni berlaku masa kita dalam fasa deep sleep.

Jika dalam waktu tu kita tidur tak cukup nyenyak, hati kita ni tak chance langsung nak repair dirinya sendiri, takde chance langsung nak buang segala jenis toksin dan chemical yang kita dapat siang tadi. Itulah sebab nya hati menjadi rosak.

Pukul 7 pagi hingga 9 pagi pula, tugas perut untuk terima makanan sebab dah sepanjang malam kita berpuasa. Sebab itu penting untuk tak skip sarapan. Kemudian pukul 9 hingga 11 pagi, tugas limpa kita pulak untuk bekerja menukarkan sarapan pagi kita tadi kepada tenaga yang kita perlukan.

Bio-clock badan kita yang menjadikan kita begitu.

Antara symptom yang hati kita sebenarnya dah affected adalah:

  1. Kulit dan mata yang kelihatan kekuning-kuningan
  2. Sakit dan bengkak di bahagian abdomen
  3. Bengkak pada kaki dan pergelangan kaki
  4. Kulit yang gatal seluruh badan tanpa sebab
  5. Warna air kencing yang keruh dan bukan lagi terang
  6. Najis berwarna pucat, berdarah dan hitam seakan tar
  7. Letih yang melampau
  8. Rasa loya dan sering muntah

Di atas ini sebenarnya adalah tanda-tanda kronik dah hati kita dah rosak. Tapi kalau ade simptom di bawah ini, baik berjaga-jaga. Sebab simptom bawah ni biasnya kita abaikan dan tak ambil peduli.

  1. Sering letih sangat di waktu tengah hari
  2. Berat badan susah nak turun langsung walaupon dah exercise banyak dan jaga pemakanan
  3. Mood sering tak menentu
  4. Kerap berangin dan asyik nak buang angin
  5. Sering sakit kepala
  6. Sakit otot dan kejang
  7. Bau mulut busuk dan bau badan busuk
  8. Jerawat yang tak nak hilang, asyik keluar jek

Haaa, kalau dah ada tanda-tanda awal macam atas ni, cepat-cepat la detox hati tu. Lebih-lebih lagi kalau jerawat tetap naik, kulit kusam sokmo, dan berat susah bebeno nak turun. Disamping detox hati tu dengan ambil makanan yang boleh detox, dalam masa yang sama, amatlah penting adjust kembali waktu tidur tu.

Bukan ke kesihatan tu amanah Allah bagi kat kita. Meskipon terikat dengan banyak komitment dan kerja seharian mencari nafkah, tetap sekiranya kita merbahayakan diri sendiri dengan sering tidur lewat dan tak cukup tidur, rugi je kita makan sihat. Rugi je kita exercise selalu dan rugi jek kita jaga persekitaran dari pencemaran, tapi dalam masa yang sama, kita sebenarnya mencemarkan internal organ kita sendiri. ;-) {focus_keyword} Sering Tidur Lewat Meningkatkan Risiko Kerosakan dan Kanser Hati icon wink

Selamat jaga waktu tidur! Jom tidur pukul 10 malam, itu paling lewat! Hehehe:mrgreen: {focus_keyword} Sering Tidur Lewat Meningkatkan Risiko Kerosakan dan Kanser Hati icon mrgreen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: