Sejarah Asal Penemuan Vitamin dan Jenis Vitamin

1 comment

in Perihal Vitamin

{focus_keyword} Sejarah Asal Penemuan Vitamin dan Jenis Vitamin 397 MultiVitamins

Sebenarnya pada tahun 1905, Dr William Fletcher adalah saintis pertama yang menjumpai Vitamin. Pada waktu itu is dikatakan sebagai special factor yang diambil dari makanan. Beliau membuat penyelidikan yang mana Penyakit Beriberi sebenarnya dapat dihalang apabila beras @ nasi dimakan bersama sekum berasnya, berbanding dengan memakan beras berwarna putih yang telah dipolish.

Pada tahun 1906, seorang ahli jurukimia bernama Sir Frederick Gowland Hopskin juga mendapati pula mendapati bahawa terdapat beberapa food factor (iaitu elemen2 makanan) yang penting untuk tubuh badan. Pada tahun 1912, seorang saintis bernama Kazimierz Funk telah menamakan special nutrisi di dalam makanan ini sebagai “Vitamine” iaitu diambil dari perkataan “Vita” yang bermaksud “life” dan “amine” yang yang diambil dari kompaun makanan yang dipanggil Thiamine yang diekstrak dari sekum beras. Masa ni Kazimierz Funk bekerja di Lister Institue of Preventive Medicine.

Lalu lama kelamaan, Vitamine disingkatkan pula menjadi hanya Vitamin. So, Jurukimia Sir Frederick Gowland Hopskin dan Kazimierz Funk ni membuat suatu hipotesis (iaitu ramalan eksperimen) bahawa kekurangan vitamin dalam tubuh badan manusia, boleh menyebabkan kita sakit.

Seronok juga kaji pasal asal usul Vitamin ni. Kalau tak bace, menang sungguh lah tak tau. Hihi.

>

2 jenis – Water-soluble dan Fat-soluble

Lagi satu, vitamin ni ada 2 jenis. Ada yang larut dalam air, dan ada yang tak larut dalam air. Dalam tubuh badan manusia ni ada 13 jenis vitamin yang mana 9 adalah larut dalam air iaitu 8 vitamin B dan juga Vitamin C manakala yang satu lagi jenis adalah 4 jenis vitamins yang larut dalam lemak (fat-soluble) iaitu  A, D, E dan K.

Untuk Vitamins jenis yang larut dalam air ni, sebarang vitamin yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing. So, dari air kencing ni kita dapat tahu jenis2 vitamin yang kita consume. Tapi since ianya cepat sangat terlarut, kita harus bijak mengatur pemakanan supaya penyerapan Vitamin jenis ini di optimumkan. Sebab tulah biasanya kita digalakkan makan makanan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan sekerap yang boleh sebab dari sinilah sumber vitamin larut air ni datang.

Fat soluble atau vitamin larut lemak pula, vitamin yang hanya diperlukan sedikit sahaja yang perlu ditukar dalam tubuh kita secara regular yang mana mereka ni akan disimpan di dalam hati dan tisu lemak. Vitamin jenis ni susah sikit nak melarut berbanding Vitamins larut air. Maka pengambilannya haruslah terkawal sebab ianya akan disimpan dalam tempoh yang lama dalam tubuh badan kita. Terlebih vitamin jenis ini boleh menyebabkan kesan toksin dalam tubuh badan. So, dapatkan nasihat dari doctor dan pakar pemakanan anda terutamanya bila melibatkan jenis A, D, E dan K.

Jadi, jangan main hentam kromo je nak ambil supplemen ni. Pengambilannya perlulah mengikut dosage yang betul. Malah, dosage juga berlainan antara satu individu dan individu yang lain. Sebagai contoh, Vitamin C yang diperlukan oleh perokok adalah jauh lebih banyak berbanding orang dewasa biasa yang tidak merokok.  Tapi at least, bagus jugaklah dia nak ambil Vitamins C walaupun merokok kan berbanding yang merokok tapi tak sedor2 diri tu. Hihi.

Anyway, consult dietician anda, dan dapat kan khidmat pakar sekiranya terdapat kekeliruan dalam pengambilan-pengambilan Vitamin ni.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

 >

>

Nama: Mama Iman @ IbuCergas; ID Shaklee: 854292; Emel: ibucergas@gmail.com; Phone: 013-3355598

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: