Pengaktifan Database Keahlian Shaklee

Salam semua, merujuk kepada borang Official Shaklee seperti di bawah ini,

147315244248711-1 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee 147315244248711 1

147271065382291 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee 147271065382291

>
Shaklee sedang update database ahli-ahli Shaklee, bermula September 2016, mana-mana SID yang register sehingga september 2015 kena buat activation dgn 2 cara:

1) Beli barang 200UV dlm satu resit

ATAU

2) beli voucher RM30 (boleh beli di Shaklee2u.Com atau melalui Walk in branch)

>

Siapa yang perlu activekan Membership Shaklee?

Pengaktifan ini hanya untuk kesemua ahli, yang telah berdaftar Shaklee Membership sebelum 1 September 2015 samaada aktif membeli ataupun atau tidak. Maksudnya, walaupon beli tiap-tiap bulan tanpa miss, tetap kene buat jugak reactivation.

Ini adalah untuk Shaklee Update yearly database, ia bukan dikatakan sebagai RENEW MEMBERSHIP, sebab tak payah bayar tambahan pun. Hanya perlu sama ada buat belian 200uv ATAU beli voucher RM30 boleh guna balik. Ini bermakna tiada sebarang pembaziran di situ. Sebab ianya digunakan balik. Bukannya seperti pendaftaran baru.

Maklumlah selama bertahun-tahun dah jadi member Shaklee, tapi kalau dah meninggal pun nama masih ada sebab tak ada renewal. Jadi pihak Shaklee sendiri ingin memastikan supaya info yang tetap dapat diterima oleh ahli yang tepat.

FAQ

1) Apa jadi kalau tak buat activation? Adakah keahlian dimansuhkan ke?
Ya! Sbb dlm database Shaklee dikira kita tak update.

2) Kenapa Shaklee kena update database?
Ini kerana ramai ahli tak aktif, hantar sms bounce kembali, email juga tak responsive. Shaklee menanggung banyak kerugian di situ. So Shaklee nak tapis sesiapa yang memang dah tak nak jadi member dah. Lagi pulak, untuk memastikan pihak Upline/ Sponsor tau mana ahli yang memang masih nak membeli Shaklee, dan mana ahli yang dah tak nak. Jadi, senang nak beritahu jika ada apa-apa promotion dan juga event-event Shaklee.

Kesimpulannya, tujuan activation membership ni adalah

  1. Mengenal pasti nombor telefon, alamat dan email serta no akaun (untuk cash back) yang sah pada setiap ahli.
  2. Untuk kekal menerima keistimewaan (harga, program dan promosi) pada mereka yang BENAR-BENAR nak terus sihat dengan Shaklee.

3) Saya rajin je membeli selama ni, kena reactivate juga ke?
Ya, semua orang ahli Shaklee, tak kiralah beliau beli setiap bulan ke, beli 3 bulan sekali ke, tak pernah membeli ke. Selagi ahli itu masih mahu menjadi ahli Shaklee dan menikmati harga member Shaklee, kena reactivate sebelum 31 Oktober 2016 ni.

4) Sampai bila Voucher RM30 tu valid?
Sampai 31 Oktober 2016 sahaja e-Voucher ni boleh dibeli. Setiap RM10 voucher, adalah untuk barang Shaklee bernilai RM100 ke atas. Sebagai contoh, beli ESP. Disebabkan ESP bernilai lebih RM100, maka RM10 boleh guna voucher RM10. Maka ini bermaksud, RM30 voucher adalah untuk produk Shaklee bernilai RM300.

5) Katakan sampai sudah ke 31 Oktober 2016, saya tak reactivate (Tak beli e-Voucher Subscription) tu. Apa jadi dengan membership Shaklee saya?
Membership jadi tak active. Tapi masih boleh aktifkan membership tu dengan bayar RM30, tapi dah bukan dalam bentuk voucher dah. Ia terus jadi bayaran pengaktifan RM30 dan tak boleh beli apa-apa dengan RM30 tu dah. (Kire burn la RM30 tu gitu).

6) Kalau tak buat activation, dah tak dapat beli harga member la kan? 
Betul tu. Sangatlah rugi sebab kalau beli 150UV (Point), sepatutnya boleh dapat cash back, jadi tak dapat la pulak. Kan ke amat rugi tu. Lagi pulak kan setiap bulan ada promosi produk-produk Shaklee.

7) Activation ni akan ada setiap tahun ke? 
Betul tu. Ia akan ada setiap tahun. Tapi bukanlah bermaksud kita keluarkan extra money pon. Sebab siapa yang nak makan Shaklee, voucher tu boleh terus guna beli produk Shaklee.

<

<

Step by Step Reactivation Membership Shaklee

Ada 3 cara untuk reactivate membership Shaklee. Boleh pilih mana-mana berkenan di hati dan mudah pada anda.

1. Panggilan Telefon ke Branch @ HQ Shaklee 
Nombor telefon HQ adalah 03-5622 3122 atau 03-5622 3188. Pilih untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Dan cakap jek nak reactivate membership Shaklee. Nanti pegawai khidmat pelanggan akan mintak no kredit card atau nombor debit card.

2. Walk in ke Branch @ HQ Shaklee 
Ini pon senang jek. Walk in jek, isi form yang macam kat atas tu untuk reactivate membership. Kemudian, ambil nombor (ala macam pegi bank jek). Dan tunggu nombor dipanggil. Nak bayar cash boleh, nak pakai credit card @ debit card pon boleh. Kalau terus nak beli barang pakai voucher tu pon boleh. Ingat, setiap RM10 voucher adalah untuk RM100 ke atas. Dan hanya boleh beli sehingga 31 Oktober 2016 je voucher tu.

3. Renew Activation Secara Online di Shaklee2u.com.my
Ini pon senang jek. Ikut jek step by step seperti yang saya sertakan di bawah ini. Jimat masa, dan tenaga. Tak perlu ke HQ atau branch.

Log in akaun Shaklee anda. Dan klik pada tab “Shopping”. Kat bahagian kanan tu akan ade list of shopping item, pilih “Subscription” (seperti yang ditunjuk anak panah merah).

screenshot-2016-10-03-13-22-57 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Akan keluar page seperti di bawah ini. Klik pada item Subscription tu.

screenshot-2016-10-03-13-23-03 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Add to “Shopping Cart” seperti mana yang ditunjukkan dalam anak panah merah tu.

screenshot-2016-10-03-13-23-10 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Lepas add to cart, akan keluar page seperti di bawah ini. Klik pada kotak kecik di bawah tu, menandakan kita setujuk untuk renew activation membership. Kemudian klik “Submit”.

screenshot-2016-10-03-13-26-25 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Seterusnya akan keluar page seperti di bawah ini untuk pilihan pembayaran kepada “Subscription” tadi. Sudah tentu pembayaran secara online ni sama ada menggunakan debit card @ credit card. Klik pada “Confirm Your Payment Method”.

screenshot-2016-10-03-13-26-31 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Akan keluar popup seperti di bawah ini, untuk kita letakkan infomation credit card @ debit card kite. Jangan risau sebab perkhidmatan ini adalah secured. Ikut arahan betul-betul ya. Kemudian klik “Continue”.

screenshot-2016-10-03-13-27-06 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Popup akan terpadam dan details semua akan keluar seperti di bawah ini. Bukan bermaksud voucher tu akan dipos ya. Voucher tak dipos. Voucher tu berbentuk elektronik, maka ia akan berada dalam sistem Shaklee Online masing-masing. Klik “Confirm Order” untuk confirmkan pembelian Subscription ni.

screenshot-2016-10-03-13-27-27 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Maka ada keluar lah popup dari bank masing-masing meminta MSOS code dari debit card @ credit card masing-masing. Ala, sama macam kalau kita buat transaksi online, akan dapat TAC number masuk SMS kan? Haaa MSOS tu pon code macam tu la jugak. Klik “OK”.

screenshot-2016-10-03-13-27-37 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Siap!! Membership dah diaktifkan selama setahun. Klik “OK” dan anda boleh shopping online macam biasa. E-voucher pon dah boleh guna dah. Terus boleh ke tab “Shopping” dan beli barang Shaklee.

screenshot-2016-10-03-13-27-56 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

So bila nak buat pembayaran untuk produk Shaklee, ada dah 2 option. Satu ialah E-Voucher, satu lagi adalah debit @ credit card. Sebagai contoh, ESP bernilai lebih RM100, maka, RM10 boleh diambil dari E-Voucher, dan balancenya perlu dibayar menggunakan debit card @ credit card.

Kalau vivix, harganya lebih RM400, maka, boleh terus letak RM30 dalam E-Voucher tu RM30, guna semua sekaligus. Kemudian, barulah klik “Confirm Your Payment Method”.

Kemudian akan dapat lah popup bank mintak MSOS code macam tadi jugak. Dont worry, memang akan potong nilai E-Voucher tu. Kalau tak percaya, tengok kat nilai MSOS code tu, memang nilainya dah tolak nilai E-Voucher yang kita letak masa buat pembayaran tadi.

screenshot-2016-10-03-13-29-04 {focus_keyword} Pengaktifan Database Keahlian Shaklee Screenshot 2016 10 03 13

Selamat mencuba ya, dan kalau tak paham apa-apa, jangan segan hubungi saya.

Boleh tanya saya untuk keterangan lanjut ya.

Farha 013-3355598

 

FAQ Rasmi dari Shaklee ada dalam PDF di bawah ini untuk rujukan

Download (PDF, Unknown)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: