Panduan Guna Minyak Masak Yang Betul

Bahaya Menggunakan Minyak Masak Berulangkali

Ketahui cara memasak yang sihat dengan menggunakan minyak masak. Bahaya jika salah guna. Kita biasanya menggunakan minyak masak kelapa sawit. Minyak ni lah yang jadi medium perpindahan haba kepada makanan semasa proses menggoreng. Minyak masak yang berkualiti akan hasilkan makanan yang bukan saja cantik, tapi menarik, rangup dan sedap rasanya.

Selain digunakan untuk menggoreng makanan, minyak masak juga digunakan untuk menumis makanan bagi memberikan rasa yang lebih sedap pada makanan. Warna minyak masak berbeza mengikut sumber minyak di mana :

  • warna minyak sawit adalah daripada kuning kepada kemerah-merahan,
  • warna minyak zaitun adalah daripada kuning kepada hijau lembut,
  • warna minyak matahari adalah kuning jernih.

Tapi biasanya memang minyak berubah warna, disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  • Goreng makanan berasakan haiwan macam goreng ayam dan ikan akan sebabkan warna minyak lebih cepat berubah berbanding goreng makanan yang berasaskan tumbuhan macam sayur.
  • Kandungan air dalam makanan yang digoreng akan jadikan warna minyak berubah.
  • Kekerapan penggorengan, lebih kerap menggoreng, lebih cepat warna minyak berubah.
  • Suhu menggoreng makanan di mana suhu yang tinggi akan mempercepat proses minyak masak menjadi tengik.
  • Salutan yang digunakan bagi menggoreng makanan seperti rempah akan menurunkan kualiti minyak masak dengan cepat.

Perubahan yang berlaku dalam minyak masak semasa proses menggoreng makanan adalah seperti pengoksidaan, polimerisasi, atau hidrolisis akan menghasilkan warna minyak masak menjadi perang pekat, minyak masak menjadi semakin pekat atau likat, serta mempunyai bau yang tengik.

>{focus_keyword} Panduan Guna Minyak Masak Yang Betul 2

Cara Menggunakan Minyak Masak Yang Betul

  1. Guna alat menggoreng yang mudah dibersih dan diselenggara. * Alat, bakul dan peralatan seperti penapis minyak, senduk atau alat kacau sebaik-baiknya diperbuat daripada stainless steel
  2. Bersihkan alat menggoreng dan alat penapis minyak secara teratur.
  3. Minyak masak perlu disejukkan sebelum ditapis.
  4. Guna alat tapis untuk menapis minyak masak seperti Kain jarang seperti cheese cloth (bagi sisa halus), atau Alat penapis stainless steel bagi sisa makanan yang terapung di dalam minyak.
  5. Guna minyak masak yang jernih bagi menggoreng makanan.
  6. Elak memasukkan bahan perasa dalam minyak masak untuk menggoreng.
  7. Elak mendedahkan minyak masak kepada sinar cahaya matahari.
  8. Elak daripada menambah minyak masak yang baharu ke dalam minyak masak yang telah lama digunakan.
  9. Pastikan suhu minyak masak tidak melebihi 180°C (jika ada alat kawalan suhu) atau minyak masak tidak berasap.
  10. Pastikan kandungan makanan dalam minyak menggoreng tidak melebihi 1/6 daripada kandungan minyak.

<

Bila Masanya Minyak Perlu Dibuang?

Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baharu jika berlaku perkara berikut :

  1. Warna minyak masak menjadi perang pekat.
  2. Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.
  3. Minyak masak berbau tengik.
  4. Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.
  5. Warna makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan tidak menarik.
  6. Rasa makanan yang digoreng menjadi tidak sedap disebabkan oleh sisa makanan dalam minyak masak.

<{focus_keyword} Panduan Guna Minyak Masak Yang Betul 6

Pembuangan Minyak Masak

  1. Buang minyak masak yang telah dikenal pasti rosak atau tidak sesuai digunakan lagi.
  2. Pastikan minyak masak yang telah diguna berulang kali disejukkan sebelum dibuang.
  3. Minyak masak yang akan dibuang hendaklah dikumpul dalam bekas yang tertutup bagi pembuangan melalui sistem sampah atau sistem pengutipan minyak masak.
  4. ELAK pembuangan minyak masak ke dalam sinki dan longkang kerana ia akan menjejaskan sistem paip, longkang dan sisitem pengaliran air.

<

Rujukan :

  1. tanyadietitian.blogspot.com – frying
  2. ubatpensil.blogspot.com – which_oil_is_healthy
  3. http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/panduan-penggunaan-minyak-masak-berulang-kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: