3 Makanan Untuk Detox Hati Yang Bagus

Memang ada ke makanan untuk detox sebenarnya?

Disebabkan detox yang dimaksudkan adalah mengoptimumkan fungsi hati, maka artikel ini berkisar tentang makanan untuk detox yang bagus untuk hati.

Hati adalah organ penting asas kepada semua sel dalam badan kita ni termasuklah menghasilkan protein, sintesiskan kolestrol, hempedu untuk simpan vitamin dan mineral dan juga karbohidrat. Hati jugaklah yang pecahkan toksin, alkohol, ubat-ubat dan sebagainya. Jadi, hati ni penting sangat-sangat. Jaga hati, maka sihatlah badan. Inilah detox sebenar.

>> 9 Tanda Badan Anda Perlu Detox<<

Jadi, apa makanan yang bagus untuk hati sebenarnya.

1. Coffee / Kopi

Sedap kan kopi? Minumlah kopi untuk kebaikan hati anda. Tapi tanpa gula ya. Gula penyebab kencing manis ok? Hehe. Kopi mengurangkan risiko cirrhosis hati atau kerosakan hati dan memang ada kajian tentang ini >> di sini (123). Kopi juga mengurangkan risiko untuk menghidap kanser hati dan minum kopi memang ada kesan yang baik terhadap hati dan mengurangkan pembengkakan (123). Dalam kajian, kalau seseorang tu minum sampai 3 cawan kopi sehari (tanpa gula la), memang ada kesan yang sangat baik (4). Kopi juga mengurangkan pembengkakan atau radang (inflammation) dan meningkatkan paras antioksidan glutathione. Antioksidan dalam kopi memang bagus untuk melawan sel radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel (2).

makanan untuk detox makanan untuk detox 3 Makanan Untuk Detox Hati Yang Bagus 911d1ea21405d2c82366ecf11af78982 liver cancer liver disease

2. Minyak Ikan

Minyak ikan kaya dengan asid lemak omega-3, iaitu lemak baik yang bagus untuk mengurangkan pembengkakan, dan mengurangkan risiko sakit jantung (6). Jadi minyak ikan juga sangatlah baik untuk hati. Malah, memang ada kajian yang menyatakan ia membantu menghalang pembentukan hati berlemak dan memantu mengekalkan paras enzim yang sihat dalam hati. Minyak ikan juga membantu mengurangkan rintangan insulin (menjadikan insulin lebih berkesan) (6).

3. Anggur

Anggur terutamanya yang berwarna merah, dan juga ungu kaya dengan bahan semulajadi yang dipanggil sebagai resveratrol. Banyak sangat faedah resveratrol ni. Antara faedah resveratrol adalah; mengurangkan inflammation dan meningkatkan paras antioksidan dalam badan (152021). Malah memang ada kajian yang menyatakan ia mampu meningkatkan fungsi hati (22). Memang perlukan banyak lagi kajian pasal kebaikan anggur. Tapi ia tetap buah yang bagus, sedap dan banyak khasiat  kan?

Antara makanan lain yang bagus untuk hati adalah grapefruit, ubi beet, lobak, teh hijau, epal, brokoli, lemon, kobis, kacang walnut, kobis bunga, avocado, sawi, bawang putih dan juga kunyit.

makanan untuk detox 3 Makanan Untuk Detox Hati Yang Bagus 8db3d8bb34e5d4cbfa61fd132ff89243 fatty liver treatment fatty liver diet

Kesimpulan:

Banyak lagi makanan yang baik untuk sel hati. Pokok pangkalnya ialah bersederhana. Jagalah hati dengan makan makanan yang berkhasiat. Gunakan produk yang semulajadi supaya tidak membebankan fungsi hati. Hati yang sihat adalah penanda aras kesihatan tubuh yang menyeluruh.

Set detok shaklee bersihkan darah kotor dengan shaklee 2 makanan untuk detox 3 Makanan Untuk Detox Hati Yang Bagus Set detok shaklee bersihkan darah kotor dengan shaklee 2

logo-whatsapp_600x184 makanan untuk detox 3 Makanan Untuk Detox Hati Yang Bagus logo whatsapp

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: