Macam Mana Produk Putihkan Kulit Boleh Cepat Cerahkan Kulit?

Terlalu banyak produk putihkan kulit di pasaran yang menjanjikan “Kulit Cerah secepat Mungkin”, “Jerawat Bersih Berguguran”, dan “Liang Roma Besar Kecut Seawal 3 saat”.

Maka, beribu-ribu yang LIKE, beratus orang SHARE dan beribu orang suruh PM.

Pergh laku sungguh. Lagi-lagi pada anak-anak dara student yang sedang up cuba mencari pasangan dan teman hidup. Lelaki remaja pon sekarang ramai carik ok! Tapi tak terpikir ke kenapa begitu cepat effectnya produk-produk ni.

Apa Sebenarnya Yang Memberi Warna Pada Kulit Kita?

Warna kulit adalah ditentukan oleh jumlah melanin pada kulit. Melanin ni dihasilkan oleh sel yang dinamakan sebagai melanoctyes. Lagi banyak melanin, maka lagi gelap lah warna kulit seseorang itu. Sikit melanin, lagi cerah lah seseorang itu. Produk-produk pemutihan kulit ni selalunya bertindak dengan mengurangkan penghasilan melanin yang ada secara semulajadi pada kulit.

Apa itu Pemutihan Kulit?

Pemutihan kulit atau dinamakan sebagai “Skin Bleaching” adalah kaedah yang biasanya digunakan untuk memutihkan warna kulit. Ada banyak sangat produk yang dijual untuk memutihkan kulit ni, dan kebanyakannya memang dijual beserta dengan risiko sekali.

Ini kerana, kebanyakan produk pemutihan kulit mengandungi merkuri yang boleh menyebabkan keracunan merkuri. Merkuri adalah sangat bertoksik bukan sahaja boleh menyebabkan masalah psychiatric yang serius, malah boleh menyebabkan masalah neurological (saraf) dan buah pinggang yang serius.

Lebih menakutkan, ibu mengandung yang pakai produk pemutihan kulit yang mengandungi merkuri boleh pass kandungan merkuri tu pada bayi yang dikandungnya.

Selain merkuri, bahan lain yang sangat banyak digunakan dalam produk pemutih kulit adalah hydroquinone.

Kesan Buruk Penggunaan Bahan Yang Mengandungi Merkuri dan Hydroquinone

  1. Premature aging of the skin bermaksud, kulit menjadi tua sebelum masanya. Sebab bila kulit dipaksa bersalin kulit baru, maka secara naturally kulit kita akan bersalin ganti dengan lebih cepat berbanding secara semulajadi. Sebab tu lah nampak putih berseri dan flawless macam kulit baru. Logik kan?
  2. Meningkatkan risiko kanser kulit disebabkan lebih mudah terdedah kepada cahaya matahari. Melanin yang banyak mengurangkan risiko kanser kulit. Orang berkulit gelap lebih terlindung dari sinar UV matahari.
  3. Steroid dalam sebahagian besar produk pemutih kulit boleh menyebabkan risiko jangkitan kulit, penipisan paisan kulit, jerawat dan luka kulit yang lambat sembuh.
  4. Hydroquinone ni bila digunakan lama-lama akan menyebabkan kulit bercapuk-capuk (tidak sekata) atau dipanggil sebagai ochronosis.
  5. Kulit menjadi hypersensitive dan mudah allergik.
  6. Paling teruk, kegagalan buah pinggang seawal usia yang amat-amat muda lagi.

Tahu Tak Kenapa Produk Ni Menjadikan Kulit Flawless dan Jerawat Langsung Tak Naik? 

Kulit kita ini terdiri dari lapisan epidermis, dermis dan hypodermis. Kulit kita yang berwarna adalah bahagian epidermis. Bahagian epidermis ni ada sejenis kuman namanya “Propionibacterium acnes” atau “P. Acnes” yang merupakan kuman pada kulit yang dalam keadaan biasa tidak menyebabkan apa-apa jangkitan. Tetapi, pada individu yang cenderung pada jerawat, iaitu di mana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang banyak dan tak terkawal, P. Acnes akan membina koloni-koloni (berkembang dan membiak) di dalam kelenjar minyak yang telah pun tersumbat dan menyebabkan jerawat.

produk putihkan kulit Macam Mana Produk Putihkan Kulit Boleh Cepat Cerahkan Kulit? img 3826

Produk whitening atau peeling ni akan menipiskan lapisan epidermis dan juga menghilangkan kuman ini. So memang tidak akan keluar jerawat dan juga kulit mereka jadi putih cantik, bersih (sama macam kita luka, dalam proses penyembuhan akan keluar kulit warna putih dahulu baru beransur kembali ke warna asal kulit kita).

So bila kita konsisten pakai whitening atau peeling produk kulit mereka mmg akan cantik. Tapi bila mereka stop walaupun sekejap, kulit kita akan pulih ke asal dan jadi sangat-sangat sensatif maka kuman-kuman ini kembali maka mudahlah terjadinya jerawat, dan ironinya, akan jadi jauh lebih teruk!!

kesan ambil produk putihkan kulit produk putihkan kulit Macam Mana Produk Putihkan Kulit Boleh Cepat Cerahkan Kulit? kesan ambil produk pemutih kulit

Apa Perlu Saya Buat? Boleh Pulih Balik Kulit Semulajadi Ke?

Sebenarnya tak ada masalah pun setakat keluar 1 @ 2 jerawat. Itu adalah sangat normal. Dengan menjaga pemakanan yang baik, kulit akan kembali sihat dan parut juga akan cepat hilang.Yang menjadi masalah adalah bila mana kita terlalu taksub dengan pemutihan kulit sehingga pejam mata langsung dengan bahan yang digunakan dalam produk pemutihan kulit tersebut.

Lagi pulak bila berhenti, terus muka jadi teruk dan tiada lagi flawless dan cerah seperti awal yang dicanang-canangkan. Dari nak jadi putih canti cepat, ending up akan lebih mudah menjadi tua, berjeragat dan kulit menjadi bercapuk-capuk. Sebab tu kalau diperhatikan, mereka yang mengamalkan produk pemutihan kulit di waktu muda, sebenarnya akan jadi lebih teruk kulitnya pada waktu tua berbanding mereka yang tidak menggunakan produk pemutihan kulit. Malah, jeragat akan jadi lebih mudah terbentuk.

Itu lah yang dinamakan sebagai premature aging of the skin.

Masalahnya pemulihan selepas berhenti produk pemutihan ni sangat memakan masa. Dan masalah lagi, kita-kita ni nak cepat cantik semula. Sedangkan kalau ke pakar dermatologist sekali pon, memang akan mengambil masa 6-12 bulan minimum tempoh rawatan untuk kembali normal.

Maka, berhati-hatilah memilih produk kulit anda. Pilihlah yang selamat dan free dari bahan pemutih terlarang ni. Jangan jadikan kesilapan kita semasa muda, bayaran kepada kesakitan dan kehodohan semasa tua nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: