Ketagihan Kopi dikurangkan dengan Shaklee!

{focus_keyword} Ketagihan Kopi dikurangkan dengan Shaklee! coffee addiction

“SEKEJAP aku hendak bancuh kopi, biar segar sikit mata ini.” Itulah kata-kata yang pernah penulis dengar tatkala kerja lewat malam bersama beberapa teman. Penulis sekali lagi kebingungan apabila teman yang sama membancuhnya sekali lagi, lagi dan lagi. Ternyata dia sudah ketagih dengan minuman berkafein itu, detik hati penulis.

Pernahkah anda mempunyai teman yang begitu ‘ketagih’ dengan minuman berkafein? Atau mungkin anda sendiri sedang mengalami ketagihan kopi ini? Secara asasnya, kandungan kafein boleh didapati pada biji kopi yang kemudiannya diproses menjadi serbuk dan dibancuh menjadi minuman. Ada di antara kita yang menjadikan kopi sebagai minuman wajib di pagi hari dan ada juga yang mendapatkannya apabila mahu menahan diri daripada mengantuk.

Ramai yang menyedari akan kesan negatif yang disebabkan oleh pengambilan kafein dan juga ketagihan kopi. Bagaimana pun dalam masa yang sama, ia turut mempunyai kebaikannya. Itu pun jika jumlah pengambilannya terkawal dan tidak melangkaui keperluan tubuh. Pada sudut kesihatan, ada kajian dilakukan dan hasilnya menunjukkan pengambilan kafein mampu mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Begitu juga dengan kanser usus, batu karang dan sirosis hati. Namun begitu, jumlah peratusan pengurangan risikonya adalah berbeza-beza.

Keletihan sering kali dijadikan alasan untuk mengambil minuman berkafein dengan lebih kerap. Ia mungkin juga ada benarnya kerana kafein dikatakan dapat membantu merangsang otak dan sistem saraf. Ramai di antara kita yang mendapat tindak balas yang seakan-akan tidak peduli akan keletihan sekali gus dapat meneruskan kerja yang sedang dilakukan. Otot turut merasa kesannya dengan mengecut dengan lebih kuat dan menjadikan seseorang kembali bertenaga.

Dalam pada itu, penggemar yang ketagihan kopi harus berjaga-jaga kerana ia boleh mengakibatkan banyak kesan negatif terhadap kesihatan. Tidak salah menjadikan kopi sebagai minuman kegemaran namun pastikan jumlahnya tidak berlebihan. Mungkin ramai tidak mengetahui kafein boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak menentu. Ia bukanlah penyebab sakit jantung namun pesakit disaran agar tidak mengambil minuman berkafein sama sekali.

Bagi mereka yang mempunyai ulser, pengambilan minuman berkafein bukanlah langkah yang bagus. Ini kerana kafein mempunyai bahan yang merangsang penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Jadi usah hairan jika tiba-tiba perut sakit dan rasa tidak selesa. Semuanya gara-gara jumlah pengambilan minuman berkafein yang lebi daripada yang sepatutnya.

Pelik tetapi benar. Bagi mereka yang sudah terbiasa mengambil minuman berkafein dalam rutin harian, berhenti daripada melakukannya bagaikan satu ‘penyeksaan’. Mereka yang Ketagihan Kopi pasti akan mengalami withdrawal symptoms seperti sakit kepala. Ia mungkin hilang dalam jangka masa sehari atau ada yang memerlukan sehingga lima hari. Ada juga yang perlu menyambung semula pengambilan kafein bagi menghilangkan sakit kepala.

Buat mereka yang ketagihan kopi, bukanlah perkara mudah untuk menghentikan tabiat ini. Pada awalnya ia mungkin akan menyebabkan rasa gementar, sakit-sakit badan, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk serta lesu.

Kesimpulannya, pengambilan minuman berkafein biarlah ada hadnya dan jangan dibiarkan sehingga menyebabkan ketagihan. Ambil dalam kuantiti sederhana dan jika boleh kurangkan pengambilannya hari demi hari. Mungkin bermula hari ini anda boleh meninggalkan kafein dan mengamalkan meminum air kosong atau jus buah-buahan yang ternyata lebih berkhasiat.

Petikan Majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April 2012

{focus_keyword} Ketagihan Kopi dikurangkan dengan Shaklee! coffee

>

Untuk hilangkan ketagihan kopi ni bukan mudah. Sama jek macam ketagihan rokok. Mahunya pening lah, migrain lah, nak pitam lah, gastrik lah. Macam2 lagi. So, biasanya kalau nak hilangkan ketagihan ialah dengan mengurangkan dosage sedikit demi sedikit. Usah terlalu mendadak. Dalam masa yang sama juga, supplement boleh membantu.

{focus_keyword} Ketagihan Kopi dikurangkan dengan Shaklee! coffee addict

B Complex
B complex boleh memberikan rasa ketenangan kepada saraf-saraf supaya saraf menjadi lebih sihat. Ini sekaligus membantu kadar metabolisme saraf.

Ostematrix
Ostematrix membantu otot menjadi tenang dan juga membekalkan kalsium yang cukup untuk tubuh. Dengan itu, tiadalah terjadinya ketegangan apabila berlakunya menguncupan dan pengenduran otot. Otot yang dimaksudkan ni bukanlah otot body-builder tu, tapi otot seluruh tubuh kita ni haa.

Garlic
Dari segi saluran darah pula, Garlic boleh membantu menurunkan tekanan darah, sekaligus menjadi alternatif rawatan kepada migrain. So, untuk tenangkan otot, tekanan darah juga mesti terkawal, untuk tenangkan saraf, tekanan darah juga mesti terkawal.

Mahuka pengganti Coffee dan Caffeine yang lebih selamat ? >> TEH HIJAU ANTIOKSIDAN YANG KAYA KHASIAT

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi dan untuk menghilangkan ketagihan kopi anda, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA RUNCIT (RETAIL) SHAKLEE

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas
Emel: ibucergas@gmail.com
Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: