Kepentingan Vitamin Sebagaimana yang Diulas oleh Dr Rajban

 

kepentingan vitamin {focus_keyword} Kepentingan Vitamin Sebagaimana yang Diulas oleh Dr Rajban Sebab Mengambil Vitamin

Setiap hari saya akan memasang radio LiteFM – Famous For The ’80s (walaupun saya adalah generasi X – iaitu lahir tahun 80 an). So, banyak sebenarnya lagu-lagu 80 an ni saya tak dengar. Saya dengar lagu 90 an sahaja. Hehe. Anyway, setiap hari Rabu on the way pergi  ke kerja, slot yang saya gemari ialah Health by Dr Rajbans. Memang seronok dengar bila Dr Rajbans cerita pasal kesihatan dan tips-tips berkaitan. Kali ini, Dr Rajbans membawakan pula slot kesihatannya dalam Suratkhabar Utusan seperti di bawah. Layan~!!

Kepentingan vitamin

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com

MENJELANG 2020, dianggarkan 10 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 900,000 pada tahun 2000.

Faktor khidmat perubatan yang lebih baik dikatakan antara penyumbang utama kepada pertambahan jangka hayat penduduk.

Namun bertambahnya umur tidak menjanjikan kebahagiaan andai terpaksa menderita dibebani penyakit di hujung usia.

“Penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan banyak perkara, antaranya gaya hidup yang sentiasa sibuk, tabiat pemakanan yang gemar kepada makanan segera dan tidak bersenam,” kata Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh pada pelancaran Wyeth Centrum Silver For Adults 50++ baru-baru ini.

Jelasnya, semua orang tahu bahawa pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan. Namun dalam kesibukan urusan seharian, sukar untuk kita pastikan mengambil makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kesudahannya kata beliau, kita terpaksa memilih makanan segera yang kononnya ‘nilai untuk wang anda’ tanpa menyedari ia sebenarnya punca kepada kebanyakan penyakit.

“Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini, badan kita tidak berupaya mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya,” katanya.

Kerana itu Dr. Rajbans berkata, bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen berbentuk multi vitamin.

Jelas beliau lagi, pada usia melebihi 50 tahun pengambilan nutrisi perlu berubah selaras dengan proses penuaan dan gaya hidup yang berlainan.

“Masalah fizikal, sosial dan emosi akan mengganggu selera atau mungkin menjejaskan keupayaan membeli dan menyediakan makanan seimbang seperti ketika muda,” katanya.

Masalah psikologi turut menjadi penumbang kepada kurangnya penyerapan vitamin. Manakala masalah dental menyebabkan individu pada usia ini mula beralih kepada makanan lembut yang mungkin tidak mengandungi vitamin dan mineral secukupnya bagi memastikan kesihatan yang optimum.

Dengan pengambilan multi vitamin yang lengkap katanya, individu berusia boleh menjalani pertambahan usia dengan lebih yakin. Tambahan pula katanya, kini lebih ramai individu semakin aktif di sebalik peningkatan usia seperti mula terlibat dengan perniagaan selepas bersara.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz2C2FvFhg3

© Utusan Melayu (M) Bhd ARKIB : 30/05/2010

So, ini Dr yang bercakap, bukanlah kami yang jual vitamin ni cakap. Tak perlu kot kita pong pang kata kita buat kajian dah cukup. Sebab berapa banyak paper kita kaji compare dengar mereka? Berapa banyak journals kita teliti, compare dengan mereka? Berapa banyak health conference dan data ekperimen kita ada compare dengan mereka? Akuilah, sekarang ni kepentingan vitamin sudah pun menjadi Necessity bukan lagi Necessary.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee {focus_keyword} Kepentingan Vitamin Sebagaimana yang Diulas oleh Dr Rajban Daftar ahli Shaklee

>

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: