Kenapa Orang Sering Menggigit Kuku?

Salah satu kebiasaan yang dilakukan tanpa kita sedar adaah tabiat menggigit kuku. Dalam bahasa medical, ia dipanggil sebagai Onikopagia (onychophagia) dan biasanya ia dilalku semasa sedang bosan, stress, tegang, takut, cemas, dan sebagainya. Kite boleh tengok mereka ni kadang-kala masa tengah meeting, tengok tv, tonton perlawanan bola dan ada yang masa nak interview kerja pon ada!

1. Beberapa fakta menarik tentang tabiat menggigit kuku:

  1. Kebiasaan paling jelas kita nampak orang gigit kuku adalah masa tengah tegang. Tapi jangan tak tau, tengah kelam kabut cemas pon ade orang masih sempat gigit kuku.
  2. Biasanya tabiat ni mula nampak masa kecik dalam umur 3 – 7 tahun, tetapi tak mustahil juga ia kekal sampai dewasa. Hampir 60% kanak-kanak dan 45% remaja ada tabiat gigit kuku ini.
  3. Biasanya tabiat ini dibuat tanpa sedar, dan hanya sedar bila ditegur orang atau pon bila kuku mula sakit dan berdarah.
Kuku yang rosak teruk akibat digigit

>

2. Kenapa Orang Boleh Jadikan Gigit Kuku ni Tabiat?

Secara umumnya, orang menggigit kuku disebabkan berasa bosan, stress, dan tegang. So sedar tak sedar, automatik ia macam cara mengalihkan kegelisahan yang dialami tu. Walaubagaimanapun, tabiat ni juga ada kaitan dengan gejala gangguan psikologi tertentu macam obsessive-compulsive disorder (OCD) iaitu gangguan psikologi berbentuk rasa cemas dangelisah berlebihan, ketakutan dan juga risau yang berlebihan.

Biasanya orang yang menggigit kuku ni tak gigit kuku sahaja. Kulit-kulit sekitar kuku juga dihentam gigit. Lebih teruk, ada yang sampai korek dan gigit kulit dan kuku sampai berdarah-darah. Jika serious, ia memang seakan-seakan mencederakan diri sendiri. Kuku dan kulit kuku akan jadi kemerah-merahan dan mudah terdedah kepada jangkitan. Menggigit kuku juga menunjukkan keperibadian yang kelihatan kurang berkeyakinan.

3. Bagaimana cara menghentikan kebiasaan menggigit kuku?

  • Letakkan benda pahit pada kuku seperti inai yang kuat atau bauan yang kuat.
  • Jangan biarkan kuku panjang. Bila kuku panjang, tabiat mengigit kuku akan menjadi makin galak.
  • Untuk perempuan, boleh lah cuba rawatan manicure. Maklumlah bila keluarkan duit untuk cantikkan kuku, sure rasa sayang dan kasih pada kuku tu (sebab nampak canyik) dan sayang pada duit (sebab kene keluarkan duit untuk buat manicure). Haha.
  • Perhatikan diri ketika sedang menggigit kuku. Dengan duduk di depan kaca dan memperhatikan diri sendiri yang tengah gigit kuku tu. Sure akan nampak betapa buruk diri sendiri dengan tabiat itu. Silap-silap haribulan, prospek bisnes pon lari, bakal bini pon cabut lari. Ini akan membantu mengurangi kebiasaan Anda.
{focus_keyword} Kenapa Orang Sering Menggigit Kuku? stop nail biting
Manicure boleh sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa ingin mengigit kuku sebab nampak cantik

<

Andai katakan tak berjaya jugak, terutama pada kanak-kanak dan memang membawa kesan buruk terhadap diri, bawak-bawak la jumpa doktor psikologi. Dikhuatiri ia ada kene mengena dengan masalah diri kita sehinggakan tabiat menggigit kuku ini tak terkawal.

6 comments

    1. Boleh jadi cantik balik. Asalkan die berhenti. Cume mmg take time sangat2. Dulu saya nak berhenti pon pelan2 dan lamaaaa.

      Bila org kata “nanti kawen nak letak cincin , tgk kuku buruk. Terus x jadi kawen macam mana”

      Psiko betul. Wakakakakakaa

    1. Saya pon bekas pengidap. Hahahaha. Kuku skrg dah cantik, tp x kan jadi kuku gelas dah. Bentuk kuku cawan jek sbb dah tak boleh kembali kepada panjang asalnkuku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: