Kenapa Kita Sangat Disuruh Kurangkan Gula Dalam Diet

Dalam artikel ni, saya juga akan cerita makanan-makanan yang boleh bantu kurangkan gula dalam darah.

Ramai kita ambil makanan-makanan yang banyak gula. Tapi tak ramai yang perasan. Kadang kita ingat makanan yang kita makan ni sihat, tanpa sedar pon yang terlalu  banyak makan makanan jenis ni akan jadikan sel badan kita bengkak, salur darah bengkak dan organ dalam badan kita pun bengkak.

Sosej, donut, segala jenis roti dan kek, kebanyakan jenis makanan proses, dan juga mana-mana air manis yang dalam botol ke, dalam kotak ke, semua ni sebenarnya terlalu banyak gula. Kadang memang die terang-terang tulis banyak gula. Kadang pulak dia tukar nama yang lain nak kelirukan kita, tapi sebenarnya tetap gula (ini yang dikatakan gula tersembunyi).

Paling ngeri, ia menyumbang pada diabetes, sakit jantung, obesiti dan banyak lagi penyakit lain.  (123).

Gula ringkas dan HFCS (High Fructose Corn Syrup)

Kalau diikutkan, bahan gula ni dan HFCS ni memang ada banyak ditambah dalam makanan proses kita. Banyak tau. Kalau baca ingredient belakang makanan, memang kebanyak processed food ade bahan ni. Kalau gula, ia mengandungi 50% glucose dan 50% fructose. Tapi HFCS pulak mengandungi 45% glucose dan 55% fructose (kandungan fructose lebih tinggi).

Kalau ikutkan kajian, memang terlalu banyak pernyakit yang dikaitkan dengan gula kerana ia membuat sel badan kita bengkak. (45678).

Ada satu kajian atas tikus yang diberi makan banyak makanan yang ada banyak kandungan gula, tikus-tikus makmal ni akhirnya terkena kanser payudara, dan kemudian merebak ke paru-paru (6).

Seekor tikus lagi, juga diberi makan makanan yang tinggi gula, tapi pada masa yang sama diberi juga asid lemak Omega-3 (7). Dan tikus ini tidak mengalami simptom yang ada pada tikus pertama.

Kalau gula adalah makanan yang induce inflammation (menggalakkan radang dan bengkak), lawan kepada gula adalah dipanggil sebagai anti-inflammatory. Contoh makanan yang anti radang yang kaya Asid Lemak Omega-3 adalah minyak ikan, dan chia seed.

Siapa yang selalu sangat ambil gula, akan jadikan kita ni insulin resistance (8). Gula dalam buah tak ada masalah sangat sebab kandungan fruktosenya taklah sebanyak dalam gula yang sengaja ditambah dalam makanan.

Bagaimana Insulin Berfungsi >> KLIK

Tanda-tanda Awal Kencing Manis >> KLIK

Makin banyak kita makan fructose, makin tinggi risiko obesity, insulin resistance, diabetes, pembengkakan hati, kanser dan juga sakit buah pinggang (8, 9101112131415).

Malah, kajian atas manusia pulak, memang terbukti yang fructose juga menyebabkan bengkakn sel endothelial dalam darah kita (16).

Terlalu banyaknya kajian, sampaikan fructose bukan je buruk untuk tikus, tapi terlalu buruk utuk manusia juga (101718131920).

Apa Nak Buat? Buang Semua Gula?

Paling terbaik, YA. Buang semua gula. Sedangkan buah dan nasi juga akan menyumbang kepada gula dalam badan, jadinya kita sebenarnya tak perlu pon tambahan gula melampau-lampau dalam makanan kita.

Cara Nak Kawal Gula Dalam Darah?

Makanan-makanan di bawah ini boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah (andai kata termakan gula). Tapi dah tentu lebih baik kita control dulu apa yang masuk dalam badan. Bukan dah gula tinggi baru nak kontrol ya.

Saya berikan 3 contoh makanan yang boleh turunkan kandungan gula dalam darah. Makanan tersebut adalah:

  1. Avocado –

    • kaya dengan monounsaturated fats (60% of total fat) dan kaya dengan soluble fiber yang boleh meningkatkan insulin sensitivity serta mengelakkan insulin resistance. Avocado juga kaya dengan protein, magnesium,phosphorous, iron, copper, folic acid, thiamin, riboflavin, niacin and vitamins A, B1, B2, B3, C, E.
    • Menariknya, makin tua buah avocado, makin kurang kandungan gula dalam buahnya. Terbalik dengan kebanyakan buah yang makin tua makin manis.
    • Sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan bila makan avocado waktu pagi, ia akan bantus eimbangkan gula dalam darah sepanjang hari.
  1. Cinnamon

    • Cinnamon kaya dengan fiber dan magnesium. Cinnamon juga seolah2 mimik (tiru) effect yang ada pada insulin untuk kurangkan gula dalam darah. Bukan tu je, cinnamon pon boleh kurangkan kolestrol.
    • Setengah sudu kecik cinnamon sehari, dah cukup sangat untuk kurangkan gula sebanyak 20% banyaknya. Kesan boleh ditengok seawal 20 hari.
    • Kalau terlalu ambil banyak sangat cinnamon pulak, kita boleh diserang hypoglycemia (gula dalam darah yang terlalu rendah)
  1. Lemon

 

Itu baru tiga jenis. Makanan lain boleh rujuk gambar di bawah ni.

{focus_keyword} Kenapa Kita Sangat Disuruh Kurangkan Gula Dalam Diet sugar lowering foods1

Jadi, boleh lah lepas ni kita tambah menu-menu makanan kat atas ni untuk bantu kita kawal gula dalam darah. Kita pon tau kita susah nak tolak makanan bergula. Kemudian ada pulak makanan yang ada gula tersembunyi. Jadi, selagi mampu dan masih sihat ni, amalkan juga makanan-makanan yang boleh bantu turunkan gula dalam darah kita.

Kalau tak, kesian kat pankreas kite kena hasilkan banyak insulin. Kesian kat sel-sel badan kita bengkak sana sini.

Selamat beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: