Kelebihan Tidur Siang, Berita Baik Untuk Mereka Yang Suka Tidur

Berita baik untuk mereka yang suka tidur. Hahaha.
Kali ni nak cerita pasal kelebihan tidur siang dan kenapa ia penting.
Berbanding dengan minum air kopi untuk segarkan badan pada waktu tengah hari, tisur siang sebenarnya lebih effective. Jom tonton video di bawah.
Tidur siang yang sihat adalah antara jam 1.00 – 3.00 petang yang tidak melebihi 45 minit. Jika berlebihan, ia akan menyebabkan bangun dengan kepala berat dan badan menjadi lesu. Untuk saya pon, memang saya wajib ada tidur siang (Haha). Lebih rela tak makan tengah hari berbanding tak tidur tengah hari. Tidur siang bukanlah sesuatu yang buruk tau. Sebab tidur siang ni memang banyak kelebihannya dan confirm badan rasa segar dan boleh buat tugas kembali, tak kiralah sama ada bekerja sendiri, surirumah ataupun makan gaji.
Sebab itulah dalam Islam, kita sunat untuk tidur siang sebelum azan Zohor. MasyaAllah, memang Nabi Muhammad SAW dah bagitau awal-awal dulu pasal hal ni, sekarang scientifically proven pula.

6 Kelebihan Tidur Siang 

1. MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Satu kajian menyatakan bahawa tidur siang selama 45 minit dapat meningkatkan daya ingatan. Peningkatan daya ingatan ini terjadi dalam fasa slow wave sleep atau tidur gelombang pendek yang terjadi ketika tidur siang
>
2. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI
Tidur siang dapat melindungi otak dari mengolah informasi secara berlebihan dan membantu menyusun semula informasi yang baru diterima. Ia dikesan akan meningkatkan konsentrasi dan lebih produktif di tempat kerja di samping dapat menurunkan tekanan darah. Jadi kepada anda, jika rehat sejam tu, curilah masa sikit dengan tidur yang sekejab yer.
>
3. MENGUBATI INSOMNIA (GANGGUAN TIDUR MALAM)
Kajian mendapati bahawa orang yang tidur siang selama 15 minit akan berasa lebih fokus dan kurang mengantuk walaupun kurang tidur pada waktu malam. Ini kerana 1 minit tidur pada waktu siang bersamaan 45 minit tidur pada waktu malam!
>
4. MENURUNKAN STRESS
Satu kajian di Jerman menemukan bahawa ketika sekumpulan juruterbang yang tidur kurang dari tujuk jam sebelum bertugas, kadar kortisolnya meningkat secara mendadak dan bertahan selama 2 hari. Namunjuruterbang tersebut tidur siang sebentar, kadar kortisol dalam darahnya berkurang separuh.
<
5. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG
Saintis Greece mendapati tidur siang yang pendek selama 20-40 minit boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan stroke. Tidur siang selama 30 minit 3 hari seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit tersebut sebanyak 37%.
<
6. MEMBANTU BANGUN MALAM
Imam Al Ghazali menyatakan ” Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor”. Cubalah yang ini. Sekiranya tidur siang sebentar, InsyaAllah malam senang nak bangun untuk solat malam. InsyaAllah.
 <
So, jom pakat tidur siang. Tapi jangan lama sangat pulak. Bila boss tanya sebab kantoi tidur siang, cakap jek; “Sains cakap ia bagus untuk jadikan saya lebih cemerlang”.
<
Haha.
 <
Jangan tidur lebih-lebih sudahlaah.. over tau.
 <
Rujukan:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: