Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters?

Disclaimer: Perkongsian ini adalah copy paste dari Page iReach seperti mana di link berikut. “https://www.facebook.com/ireach.my/posts/1430829723630442”. Sekadar untuk simpanan, supaya jika ia terdelete, maka ada salinan di blog ini.

Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters?Admin pun berpendapat sebegitu dulu. Kalau dah terbukti bagus, kenapa…

Dikirim oleh iReach pada 7 Juni 2017

Admin pun berpendapat sebegitu dulu. Kalau dah terbukti bagus, kenapa ada haters lagi? Hingga admin faham beza kritikan membina dengan haters (rujuk https://goo.gl/dvSIUP).

Ada feedback negatif yang sememangnya benar. Sebagi peniaga, kita wajar ambil pengajaran untuk improvement.

Namun, ada feedback negatif yang salah. Dan mereka tetap yakin ianya benar walaupun sudah dibuktikan salah berkali-kali.

Untuk yang #2, sewajarnya kita abaikan saja. Sejajar dengan pesanan Imam Syafie:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Tapi, admin nak abadikan kenangan sebelum melepaskan jawatan. Kenangan cerita, disebalik tuduhan haters. Agar kita lebih yakin, dengan apa yang diperjuangkan.

Klik pada setiap gambar & baca kisah sebenar.

SHARE to CARE

{focus_keyword} Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters? 18951283 1430829723630442 2476183486752302569 n

Ada satu hari, admin duduk semeja dengan#iReachFounders. Luahkan sedikit perasaan tentang Shaklee haters. Sambil bagi laporan apa yang mereka dah buat & sedikit prediction tentang langkah mereka seterusnya.

Kemudian, admin tanya, “OK ke, Shaklee ada haters macam ni?”.

Mereka jawab, “we should thanks them for the free marketing”. Sambil tersenyum, dengan matanya melirik tepat ke mata admin.

Lagipun, apa yang nak dirisaukan. Shaklee memang legal & transparent dalam berurusan.

Tapi, admin cuba provoke, “habis tu, takkan kita nak biarkan mereka macam tu saja? Seolah-olah kita mengiyakan setiap tuduhan yang mereka lontarkan!”.

Mereka jawab selamba, “Feedback yang betul, kita ambil. Yang salah, the truth will prevail”.

Kemudian, mereka sambung lagi, “Tak payah buat apa-apa pun. Not worth the time. Tapi kalau rasa ada masa lapang & memang dah gatal tangan, go ahead.”

Maka lahirlah sharing kali ini tentang haters Shaklee. Sambil nak buktikan yang admin buat kerja bagus (sampai layak di sambung kontrak {focus_keyword} Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters? 1f602😂), admin nak ambil kesempatan ini untuk tunjukkan pada dunia apa kisah disebaliknya.

Kisah betapa pengedar Shaklee banyak bersabar selama ini.

Tapi dah sampai masanya, expose siapa sebenarnya balachi.

{focus_keyword} Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters? 18922051 1430829720297109 4296452327745847361 n

#1 Salah Faham Vitamin

Mudah untuk kita membenci, bila kita dah salah faham dan pilih untuk tidak mahu faham. Itulah asal usul Islamophobia. Itulah juga nasib yang menimpa industry pemakanan tambahan.

Lebih-lebih lagi pemakanan tambahan yang menggunakan konsep MLM.

Salah faham kuasa dua sebegini, buat sesiapa yang malas berfikir, lebih selesa untuk berpegang pada persepsi, berbanding fakta hakiki. Jadi, suka admin nak jelaskan, beberapa salah faham tentang pemakanan tambahan.

(1) MAKAN VITAMIN DAH TAK MAKAN NASI

Dalam banyak-banyak, ini memang yang paling kelakar.

Bila kawan-kawan tahu kita jual vitamin, dan kita ajak dia keluar makan, boleh dia cakap “eh, kau pun makan nasi?”.

Mula-mula tu ingat, dia saja nak perli, “kau ni…”. Sekali, memang “eh, betul ni. Aku ingat orang yang dah makan vitamin dah tak makan nasi”.

Tak tahu lah mana orang dapat salah faham ni. Sesiapa yang makan vitamin, sama saja makan apa yang kita makan.

(2) MAKAN VITAMIN NAK ELAK MAKANAN SEIMBANG & SENAMAN

Kalau tadi paling kelakar, ini pula salah faham yang paling popular.

Mungkin selalu dengar “dah lah selalu makan fastfood, bersenam pun malas…”, buat mereka salah tafsir “kalau dah makan vitamin, tak perlu jaga makan & boleh elak bersenam”.

Hakikatnya, vitamin tidak sesekali menggantikan makanan seimbang & senaman. Vitamin adalah pelengkap nutirisi. Nama pun pemakanan tambahan.

Salah faham ini juga yang buat sesetengah dietition tidak setuju dengan vitamin. Mereka tidak mahu orang gunakan alasan “sudah makan vitamin” untuk tidak lagi bersenam & makan makanan seimbang.

(3) DAH SAKIT BARU CARI VITAMIN

Banyak yang lupa ‘sihat itu nikmat’. Lebih-lebih lagi semasa muda. Kesihatan adalah priority terakhir mereka. Toyota Vios & Honda City priority pertama. Kalau ada duit lebih sikit, iPhone 8 & Samsung Galaxy 9 lebih utama.

Masa ada duit, sibuk makan luar & minum air manis. Bila ada masalah kewangan, mula makan maggy. Tapi bila dah sakit, baru terkial-kial nak cari vitamin. Apabila dicadang vitamin apa yang diperlukan, pandai pula dia jawab “ye ke bagus vitamin ni?”.

Air manis bergula kau togok, rokok haram kau hisap, hari-hari pula tu. Tapi bila sampai vitamin, tiba-tiba je cerdik “ye ke bagus ni”? Kan elok kalau cerdik sebelum tu lagi?

(4) HENTIKAN VITAMIN SEBAB DAH PULIH

Orang yang mula makan vitamin bila dah sakit, suka berhenti bila dah kembali sihat. Bagi mereka, vitamin ni ubat. Hanya sebab, rupa tablet & kapsul vitamin seakan sama dengan ubat yang dia pernah dapat.

Apa yang terjadi, sakitnya itu datang kembali. Lenguh-lenguh badan datang semula. Kandungan gula dalam darah kembali melonjak. Paras kolestrol juga kembali mencanak. Bila dimarah doktor, baru nak sambung vitaminnya semula.

Puncanya adalah salah faham seterusnya…

(5) TIDAK MAHU BERGANTUNG PADA VITAMIN

Hakikat makanan yang kita makan hari ini, makin kurang nutrisi. Nanti admin explain panjang lebar dalam point terakhir #7 tentang topik ini. Sebab itu fungsi badan mudah tergendala hingga mengakibatkan paras kolestrol & gula tinggi.

Pengambilan vitamin yang konsisten, buat tubuh kita dibekalkan dengan nutrisi yang cukup. Ini buat badan berfungsi dengan lebih efektif. Kesannya, paras gula & kolestrol kembali ke paras normal.

Tapi, kalau berhenti makan vitamin, badan kita kembali kurang nutrisi. Akibatnya, fungsi badan kembali kurang efektif. Itu yang buat paras gula & kolestrol kembali naik. Bukan sebab vitamin tu ada steroid ke apa. Bukan!

Inilah beza cara ubat & vitamin bekerja. Ubat merawat simptom penyakit. Tapi vitamin, kembalikan fungsi badan agar tubuh kita cukup kuat untuk melawan penyakit.

Sebab itu penting untuk konsisten makan vitamin. Supaya badan kita sentiasa cukup nutrisi. Buat setiap organ dalam badan kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Lagipun, vitamin bukan ubat yang mungkin ada side effect. Sebaliknya, Shaklee dijamin 100% selamat tanpa kesan mudarat. Jadi, memang tiada sebab nak berhenti ambil vitamin. Lebih-lebih lagi vitamin Shaklee.

(6) VITAMIN MENYEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK

Ini paling popular dikalangan Doktor perubatan. Sebab, banyak kes buah pinggang pesakit bertambah teruk selepas ambil macam-macam benda pelik. Dah, siapa suruh ambil produk kesihatan hanya sebab murah atau label makanan sunnah?

Landmark Study Shaklee membuktikan, pengguna vitamin jenama lain punya incident kencing manis paling tinggi (11%) berbanding pengguna Shaklee (3%) & yang tak makan apa-apa vitamin (8.5%).

Kenapa pula pengguna vitamin jenama lain lebih tinggi incident kencing manis berbanding yang tak makan apa-apa vitamin?

Kebanyakan vitamin jenama lain tidak pure & ada banyak gula. Sebab itu, paras gula pesakit yang guna produk kesihatan sebegini (alternatif berubat kononnya) naik mendadak selepas menggunakannya.

Inilah punca sebenar, doktor perubatan geram betul dengan produk-produk kesihatan yang cuma popular di TV tapi memudaratkan pengguna in reality.

Jadi, kalau nak makan vitamin tapi masih bencikan Shaklee, lebih baik tak makan apa-apa vitamin langsung. Sebab dah terbukti membazir kalau guna produk kesihatan lain.

Lebih-lebih lagi produk kesihatan bancuhan belakang rumah tapi label makanan sunnah.

(7) MASIH SIHAT TAK PERLUKAN VITAMIN

Hakikat hidup zaman sekarang, semua orang pun perlukan vitamin. Duduk di bandar mahupun desa. Walaupun dah makan makanan seimbang mahupun terlebih cukup bersenam.

Masih sihat & apetah lagi kalau dah sakit. Semua orang perlukan vitamin. Nak tahu kenapa?

– Dalam satu jurnal terbitan Journal of the American College of Nutrition, Prof Donald Davis dari University of Texas (university #1 di Texas), membandingkan kandungan vitamin dalam 43 jenis tanaman yang ditanam antara tahun 1950-1999. Kajiannya membuktikan, kehilangan vitamin yang sangat banyak saban tahun.

– Study oleh British Food Journal pula menunjukkan kalau datuk nenek kita makan sebiji oren, kita perlukan 8 biji untuk dapatkan jumlah vitamin yang sama. Dan itu pada tahun 1997, 20 tahun lepas!

Ini berpunca daripada cara penanaman sekarang yang mementingkan tanaman cepat besar, dijauhi makhluk perosak, saiz lebih besar & bentuk lebih cantik, tanpa ambil peduli kandungan nutrisi di dalamnya.

Datuk Dr Rajbans Singh; Doktor di Hospital Pantai KL, Presiden Malaysian Wellness Society dan speaker jemputan untuk topik kesihatan di Lite FM, pun kata,

“industri makanan zaman sekarang umpama peragut, yang memulangkan sebahagian duit yang dia ragut, kepada mangsa yang dia dah ragut. Mereka dah rompak semua zat dalam makanan, kemudian memulangkan hanya sebahagian daripadanya. Tapi gebang macam banyak betul nutrisi dalam makanan tersebut.”

Contohnya, telur ada banyak zat. Selepas mereka ragut semua zat, mereka pulangkan ‘DHA Omega-3’ saja. Padahal, ianya masih rendah dari jumlah zat yang sepatutnya. Tapi yang kita nampak, cuma ‘bagusnya telur ni ada DHA’. Sebab marketing gimmick pada bungkusan & iklan mereka.

Tapi, ada juga segelintir pihak yang cuba menidakkan fakta. Katanya “aku tak makan vitamin selama ini, OK je”. Atau “aku pun menyusu juga, tiada masalah pun”.

Pertama, maksud “OK je” yang mereka sebutkan bukan berdasarkan medical check-up pun. Sendiri rasa, sendiri agak saja. Dalam istilah medic, “placebo effect”. Tapi bukan placebo effect lepas guna sesuatu, tapi placebo effect untuk menidakkan sesuatu.

Kedua, orang yang suka sakit untuk dapatkan MC setiap bulan, takkan tahu betapa seronok jika sihat sampai tak perlu MC sepanjang tahun. Umpama, orang yang cuma pernah naik Myvi sepanjang hidupnya, pasti takkan tahu betapa bestnya BMW.

Kesimpulannya,

Hanya yang salah faham, akan bencikan vitamin. Dan haters, memang sengaja tidak mahu faham.

{focus_keyword} Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters? 18951085 1430829716963776 4621983312368300024 n

#2 Tuduhan Overclaim

Bila dah habis hujah nak kutuk apa, memang ini lah modal haters. Semua benda pun overclaim bagi mereka, walaupun ianya benar belaka. Sama ada dibuktikan dengan jurnal sains, mahupun disahkan benar oleh tuan punya badan.

Sebelum itu, tuduhan overclaim ni ada dua,

– Pertama, kesan vitamin yang dianggap terlalu hebat
– Kedua, 20 penyakit kritikal Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956

(1) KESAN VITAMIN YG DIANGGAP TERLALU HEBAT

Admin faham, zaman sekarang memang banyak penipu. Lagi-lagi, penipu-penipu ini suka berselindung disebalik imej agama. Sama ada menggunakan nama arab, label makanan sunnah atau imej purdah.

Kami di iReach pun ada pengalaman sebegini. Feb 2016, testimoni salah seorang #iReachLeaders, diciplak bulat-bulat, tapi tukar nama produk Shaklee dengan nama produk mereka; ARABIC GUM namanya. Boleh baca kisah lanjut dihttp://bit.ly/2qMFRzC

Paling tak tahan, bila kisah penipuan mereka diviralkan, kami diarahkan untuk delete begitu saja. Mereka tidak rasa bersalah langsung menipu testimoni sebegitu. Bagi mereka, ia bukan satu kesalahan. Tetapi, satu teknik marketing yang tok guru mereka ajarkan.

Sudah lah penipu, bodoh pula tu.
Memalukan agama sungguh!

Tapi kami di iReach; rasanya sama semua pengedar Shaklee pun, memang tak pernah diajar sebegitu. Berkali-kali mentor-mentor kami pesan “mesti jujur dalam berniaga” & “jangan sesekali menipu kerana sales semata-mata”. Bagi kami, tidak berbaloi langsung nak kejar dunia sampai menidakkan akhirat sana.

Namun masalahnya, orang kita cuma nak ambil vitamin bila dah sakit saja. Vitamin Shaklee dijamin berkesan membekalkan nutrisi, bukan sebagai ubat. Justeru, memang tujuannya bukan untuk menyembuhkan apa-apa penyakit sekalipun.

Namun begitu, badan kita akan berfungsi dengan lebih baik sekiranya dibekalkan dengan nutrisi yang cukup. Hanya bila badan kita berfungsi dengan baik, baru boleh lawan macam-macam penyakit. Kalau ditakdirkan sudah berpenyakit sekalipun, fungsi badan yang tip top akan mempercepatkan proses pemulihan.

Itulah kejadian sebenar disebalik macam-macam testimoni Shaklee. Ada yang berjaya sembuh bell palsy, psoriasis makin kurang gatal, buasir makin sembuh dan macam-macam lagi lah. Vitamin Shaklee bukan ubat yang menyembuhkan, tapi vitamin yang mengembalikan fungsi badan.

Walaupun ada macam-macam testimoni kesihatan kembali pulih, kami tetap ingatkan pengguna yang “vitamin bukan ubat”. Tak pernah lagi kami diajar “kalau orang sakit nak beli, cakap saja ‘makan ubat Shaklee’”.

Memang hakikatnya, Shaklee bukan ubat. Tapi vitamin yang disahkan selamat oleh KKM.

(2) CERITA 20 PENYAKIT KRITIKAL

Saat paling meruntun jiwa kami; selaku pengedar Shaklee, bila dapat panggilan “Suami saya disahkan kanser stage 4. Saya dengar, vitamin Shaklee paling bagus. Ada tak apa-apa untuk suami saya”.

Perasaan sayu, hanya Tuhan saja yang tahu.

Tapi kami terpaksa jawab “Ya, kak. Memang betul Shaklee ni vitamin paling bagus. Tapi Shaklee ni vitamin, bukan ubat kak”. Rasa tak mampu nak teruskan perbualan. Tapi, bila dah terdesak sebegini, pemanggil akan luahkan rasa hati betapa sedihnya dia bila tahu suaminya disahkan kanser.

Bukan setakat kanser, malah luahan hati hampir semua 20 penyakit kritikal yang termaktub dalam Akta Ubat (Iklan) 1956 pun kami pernah terima.

Inilah dilema kami dalam industri vitamin.

Bila kami cadangkan vitamin ini penting & wajar diambil semasa sihat, ada segelintir ‘pakar’ yang menidakkannya. Skrip biasa yang mereka guna “asalkan jaga makan & bersenam, vitamin tak perlu”. Akibatnya, orang awam ambil fatwa tersebut untuk label semua penjual vitamin “cuma nak untung saja”.

Tapi, bila muda-muda dah diserang penyakit kritikal, dan disahkan ‘tiada harapan’ atau ‘harapan tipis’ oleh hospital, pandai pula nak “ikhtiar dengan vitamin”. Agak terlambat nak jilat semula ludah sendiri waktu ini.

Nak beli & makan vitamin tu memang boleh. Tapi kena ingat,

Vitamin ni bukan ubat.
Patut makan masa sihat.

Ada 20 penyakit kritikal yang tertakluk dalam Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Namun, ia tidak semudah “tak boleh sebut 20 penyakit kritikal” saja. Antara sebabnya, 60 tahun lepas Akta Ubat termaktub, makin banyak jurnal saintifik yang membuktikan unsur-unsur tertentu boleh membantu.

Contoh mudah Landmark Study (Usage patterns, health, and nutritional status of long-term multiple dietary supplement users: a cross-sectional study) membuktikan pengguna vitamin Shaklee punya risiko kencing manis, stroke & sakit jantung paling rendah berbanding pengguna vitamin jenama lain & yang tak makan apa-apa vitamin.

*Landmark Study ni guna blood sample, double blind, peer reviewed & publish di high impact journal. Kalau dah tak tahu baca jurnal, jangan lah tuduh ia cuma soal selidik, ala-ala personality test atau macam main kuiz di Facebook. Staff KKM & lain-lain Health Profesional pun malu nak mengaku geng nanti.

Yang buat jadi sedikit complicated bila ada yang makin sihat dari 20 penyakit kritikal ini selepas menggunakan Shaklee. Antaranya, masalah buah pinggang bocor. Bila mereka kongsikan kisah peribadi, ada pula yang menuduh “tak boleh cakap macam tu, itu overclaim dahtu”. Dah, ini cerita dia ke cerita kau?

Kecil hati tuan punya badan dituduh sebegitu, sewenang-wenangnya.

Akta Ubat 1956 termaktub zaman ‘3rd party publisher’, supaya tiada sesiapa yang menipu di sebalik success story orang lain. Tapi zaman sekarang, ada macam-macam ‘self publishing tool’. Sesiapa pun bebas kongsi kisah & pengalaman peribadi di Facebook.

Yang jadi lebih complicated, mereka yang makin sihat dari penyakit-penyakit ini juga pengedar Shaklee yang aktif. Nak buat macam mana, hampir semua pengedar Shaklee memang pengguna tegar pun.

Ini membuatkan sesiapa yang tidak mengenali mereka & tidak tahu apa-apa, mudah untuk menghukum “testimoni mereka adalah rekaan semata-mata demi melariskan jualan”. Walhal, ianya memang kisah benar.

Cuma, maklumat kesihatan customer adalah data sensitif & sangat peribadi. Tak boleh nak minta & bagi sesuka hati. Lagipun, ada Akta Privacy yang perlu dipatuhi. Cara paling efektif & mudah untuk mengimbangi kedua-dua keperluan akta ini ialah, susun semula penggunaan ayat & perkataan dalam iklan saja.

Kalau nak tahu lanjut, memang kena hubungi tuan punya badan tu sendiri. Ini realistik di Shaklee sebab testimoni-testimoni itu memang kisah benar. Lagipun, Shaklee dijamin selamat.

Berbeza dengan macam-macam produk tempatan haram jadah. Nama produk saja sudah “teh kencing manis” atau “kopi kanser”. Siap iklan terang-terangan di Facebook Ads lagi. Lebih jahanam, semua ini dijamin tiada kajian sains, apetah lagi clinical study. Testimoni pula, banyak rekaan semata-mata.

Pun begitu, kami tak pernah sesekali diajar untuk “dah makan vitamin, boleh tinggalkan ubat”. Malah kami sentiasa diingatkan untuk “apa-apa hal pun consult doktor dulu”.

Cuma, admin nak tahu juga.

Doktor perubatan yang keluarkan statement “vitamin buat buah pinggang rosak” tanpa bukti saintifik tu, boleh dituduh overclaim tak?

{focus_keyword} Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters? 18952718 1430829760297105 253060212036640237 n

#3 Ego Acah2 Pakar

Dalam banyak-banyak, slide #3 ni yang paling menghiburkan. Menghiburkan kerana, tatkala mereka rasa diri tu tere (hebat), mereka tak sedar, apa yang mereka buat hanya memalukan diri sendiri saja.

Nak buat macam mana? Lain orang lain tahap kecerdikannya.

Sebelum itu, ada empat golongan yang akan admin cuba jelaskan,

(1) Geng Asal Bukan Shaklee (ABS)
(2) Doktor Perubatan vs Nutritionist
(3) Dongeng Popular “Ex-Shaklee”
(4) Keyboard Warrior Yg Ketagih Popular

Baru baca sub-topik pun dah rasa terhibur kan? Usah buang masa, mari kita buat senaman muka. Senyum ke telinga sambil membaca.

(1) GENG ASAL BUKAN SHAKLEE (ABS)

5-7 tahun lepas, semasa kebanyakan Masters Coordinators hari ini baru mula berniaga Shaklee, mereka teruk dihentam tentang hal ehwal penyusuan oleh sekumpulan “pakar menyusu” masa tu.

Propaganda utama mereka “lumrah menyusu adalah semulajadi. So, ibu menyusu tak perlukan pemakanan tambahan. Lebih-lebih lagi pemakanan tambahan Shaklee”.

Padahal, apa yang tidak semulajadinya Shaklee ni? Kan dah dijamin 100% semulajadi.

Ironi, orang yang mengeluarkan propaganda tersebut, menjual milk booster di kedai-kedai mereka. Pemakanan tambahan Shaklee tak boleh. Tapi pemakanan tambahan milk booster mereka tidak mengapa. Inilah double standard mereka.

Walaupun milk booster yang dijual semestinya tiada clinical study, siap ada yang made in China lagi, mereka boleh suruh ibu menyusu untuk ambil milk booster tersebut untuk tingkatkan jumlah susu.

Asalkan, Bukan Shaklee.

Contoh lain,

– peniaga Shaklee selalu dituduh “jangan menjual dengan testimoni saja”. Tapi dia punya wall penuh dengan “ha, tengok customer produk saya. Sejak guna telekung ABC solat lebih khusyuk” itu tidak mengapa.

Asalkan, Bukan Shaklee.

– peniaga Shaklee selalu diperli “nak beribadah jangan sebab jualan”. Tapi dia share di wall “mulakan urusan dengan dhuha. Baru rezeki mudah datang” tiada apa yang salah dengannya.

Asalkan, Bukan Shaklee.

Admin pun tak faham, kenapa nak racist sangat dengan Shaklee? Kalau cemburukan bonus kami yang besar, kan lebih bijak kalau sertai kami saja. Betul-betul tak faham dengan geng ABS macam ni.

(2) DOKTOR PERUBATAN vs NUTRITIONIST

Doktor perubatan pakar & berpengalaman memang terbuka untuk menerima vitamin. Malah, memang mereka amalkan vitamin pun setiap hari. Contohnya doktor ini, http://bit.ly/2s87mHX & doktor ini http://bit.ly/2sxnL6d. Yang tak berapa pakar ni yang suka melebih-lebih.

Punyalah nak tunjuk tere, dah diberikan bukti saintifik pun masih mampu nak keraskan kepala menidakkannya. Kalau rasa pendapatnya betul, kenapa tidak buktikan dalam bentuk jurnal? Transparent & Pro.

Ini tidak. Satu habuk jurnal pun tak pernah publish. Tapi berlagak macam “seluruh jurnal di dunia & akhirat, ana yang punya”.

Ada banyaklah cerita bagaimana mereka ambil kesempatan atas popularity Shaklee untuk tumpang glamour.

Enam tahun lepas, ada satu Doktor N explain panjang lebar “kenapa ibu menyusu tak perlukan vitamin”. Pengedar Shaklee pun bidas setiap satu hujah yang dilontarkan kenapa explanation beliau salah. Nak tahu apa jadi? 2017 ni masuk tahun ke-6 semua pengedar Shaklee tunggu respon beliau.

Enam tahun senyap begitu saja.

Contoh lain, ada pesakit yang dimasukkan ke hospital. Pesakit tersebut kemudiannya disoal apa yang dimakan sepanjang 24 jam lepas. Kebetulan, salah satunya ialah vitamin Shaklee.

Bila ada saja perkataan “Shaklee” di situ, terus mereka fitnah Shaklee di Facebook “Shaklee ni tak bagus”, “Shaklee ni sekadar testimoni”, “aku dah cakap vitamin tak perlu”, dsb. Nasi goreng, kari ayam, kuih bangkit & milo ais yang pesakit tu telan sepanjang 24-jam tu, tidak pula diviralkan?

Vitamin Shaklee yang dia makan pun dibawa ke makmal. Nak sahkan jika benar ada bahan yang menyebabkan penyakit. Selesai kajian makmal, vitamin Shaklee disahkan bukan punca penyakit pesakit tersebut. Tiba-tiba, semua doktor tu menyepi.

Tiada satu pun yang say “sorry”.

Bukan sekali, tapi berkali-kali. Kadang-kadang tu, doktor sama yang lemparkan tuduhan sebelum ini, pun nak fitnah semula. Pantang nampak “shaklee” di fail pesakit, terus viralkan di Facebook. Sudah lah langgar Akta Privacy, bila dah dibuktikan makmal yang ianya selamat, sama juga tiada “sorry”.

Tidak beretika langsung.

Contoh terkini, viral kes Doktor H yang keluarkan statement “supplement buat buah pinggang rosak” dengan menggambarkan ‘Shaklee lah supplement itu’. Bila pengguna Shaklee buktikan result buah pinggang normal, walaupun menggunakannya setiap hari sejak 4 tahun lepas, http://bit.ly/2qUVfhy, macam biasa,

…Doktor tu membisu tanpa “saya sorry ya”.

Nak delete post, orang dah viralkan.

Mana nak sorok maruah kemaluan?

Bukan tujuan admin nak merendah-rendahkan kerjaya doktor perubatan. Dr Forrest Shaklee pun pernah cakap “I never belittle the medical profession but we are in two separate fields of endeavor. They are trained to treat disease and I’m interested in building health”.

Malah, doktor perubatan lah yang memiliki status sosial paling tinggi dalam masyarakat. By default, orang awam lebih mudah memenangkan mereka berbanding profession lain kalau ada apa-apa.

Cuma, kalau nak cakap apa-apa atas capacity seorang doktor, lebih-lebih lagi di media sosial, biarlah dibuktikan secara clinical dulu. Bukan ‘clinical observation’ tau, tapi clinical study. Melainkan, memang sengaja nak malukan diri sendiri.

Contohnya Doktor R ni pula. Boleh dia cakap atas capacity seorang doktor perubatan yang “lulus KKM tidak bermaksud tiada masalah”. Habis tu, vitamin yang Klinik Kesihatan bagi tu membahayakan ke? Dan ubat yang hospital bagi tu buat rosak buah pinggang?

Bayangkan, kalau ada pesakit yang gunakan print screen sebegini untuk elak rawatan hospital. Dan, memang dah ada pun yang buat. Siapa yang nak bertanggungjawab? Jangan nak tuduh penjual vitamin yang suruh “jangan jumpa doktor” pula.

Begitu bahaya bila doktor perubatan lemparkan pendapat peribadi tanpa bukti saintifik yang mengundang salah faham public.

Untuk kes salah laku & salah guna kuasa macam ni, KKM memang pejam mata saja ke? Atau, perlu ada ‘homework ramadhan’ report kes salah laku baru KKM nak pecat & gantung lesen perubatan mereka sampai bila-bila?

Lagi satu penyakit golongan ini, tak mahu dengar apa pun penjelasan Nutritionist. Kata mereka, “tak boleh pakai sebab bias jual vitamin”.

Susah sangat ke nak hormat kerjaya lain sebagaimana mereka hormat profession doktor dengan tidak menuduh “doktor memang penipu sebab sengaja nak orang sakit. Kalau semua sihat, doktor tiada duit”?

Tak boleh ke nak hadam dulu apa hujahnya? Lepas tu kalau tak setuju, bagitahu secara terperinci, bukti saintifik mana satu yang nak dibangkang sebenarnya? Bukan main blanket “vitamin tak guna”.

Nak ego mengalahkan syaitan tu kenapa?

(3) DONGENG POPULAR “EX-SHAKLEE”

Ini memang cerita sensasi. Sebab, lumrah manusia sukakan “cerita dalam kelambu”.

Dalam semua organisasi, pasti ada “bottom 10%”; sama ada staff yang paling tak perform atau dah perform tapi ada masalah attitude/disiplin yang langgar peraturan. Di sesetengah organisasi, bottom 10% ni memang akan dibuang kerja. Selain membazir gaji, buat pening kepala je kalau peram lama-lama.

Begitu juga pengedar di Shaklee. Ada “bottom 10%” yang terdiri daripada yang suka langgar peraturan & ada juga yang memang tak perform pun. Akibatnya, yang langgar peraturan, ditamatkan keahlian. Yang tak perform pula, mula rasa terpinggir & salahkan bisnes Shaklee sebagai punca.

Pengedar lain, OK je.

Malangnya, cerita orang “bottom 10%” ini lebih mudah tersebar berbanding cerita pengedar “top 10%”. Biasalah, orang memang suka cerita negatif. Lebih ada perisa bila ada faktor emosi (contohnya dituduh “tak mengenang jasa” lah) & diselitkan unsur agama (contohnya “nama je solat dhuha”).

Apa yang dia sorokkan dalam perkongsiannya, dan semestinya dirahsiakan sampai bila-bila, bagaimana dia membelakangkan ahli kumpulan dalam membuat keputusan, bagaimana dia mengaibkan ahlinya sendiri depan ahli yang lain & bagaimana dia lontarkan macam-macam fitnah tanpa usul periksa.

Terang tang tang itu hasutan pihak ketiga.

Maaf, tak tergamak nak meneruskannya.

Cuma admin nak jelaskan,

– Shaklee tak pernah menjual, menghadiahkan atau sponsor produk expired. Kalau ada yang dapat produk expired, boleh laporkan ke pengurusan Shaklee. Supaya siasatan & tindakan tegas boleh diambil.

– Vitalea memang mengandungi beberapa vitamin & minerals. Tapi ada kalanya badan kita memerlukan lebih dari itu. Sebab tu disediakan macam-macam set (gabungan beberapa vitamin) untuk memudahkan pelanggan buat keputusan. Kalau pengedar tu rajin ke kelas Shaklee, pasti tahu.

– Setiap dose yang dicadangkan memang tertulis pada botol & atas nasihat nutritionist. Tapi ada pengedar yang malas ke kelas, malas membaca & malas nak libatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Di situlah lahirnya pengeder blur yang suka viralkan salah faham Shaklee tu.

Cukuplah anda tahu bahawasanya, mereka yang tak mahu bertanya kalau tak tahu & takut laporkan ke pungurusan Shaklee kalau terdapat salah laku saja yang suka viralkan kisah Shaklee ke luar. Bagi feedback berdepan pengecut, cerita ke luar bukan main.

Apa lagi kalau bukan untuk menagih simpati & mencari popularity?

Do what is right, not what is popular

(4) KEYBOARD WARRIOR YG KETAGIH POPULAR

Cara keyboard warrior bekerja ni semudah, google apa-apa maklumat, baca dalam 10-20 artikel setiap topik, dan terus buat kesimpulan sendiri. Contohnya, artikel “detox hanya hype & membahayakan”.

Apa yang mereka tak tahu ialah, hasil carian yang mereka jumpa tu cuma yang paling popular, bukan yang paling betul pun sebenarnya. Buktinya, Shaklee memang ada clinical study (Safety, tolerability and efficacy of a 7-day cleanse program) yang membuktikan Detox (cara Shaklee) selamat & menyihatkan.

Google cuma bagi raw data. Perlukan akal yang bijak untuk memprosesnya.

Pernah dengar Saintis Nobel Prize Winner cakap “saya research di Google saja”? Sebab itu, Saintis keyboard warrior takkan mampu hasilkan apa-apa.

Itu keyboard warrior yang solehah.

Kalau jenis maki hamun, lain pula.

Jenis maki hamun akan korek random post mana-mana status, kemudian suka hati label “scam”. Admin boleh bayangkan, riak wajah yang konon-konon berjaya “expose”. Sure tengah kembang hidung kebanggaan “yes, aku berjaya buat expose yang orang lain tak berani/pernah buat”.

After all, itu lah motivasi keyboard warrior.

Apa yang admin tak dapat bayangkan ialah, wajah orang yang sama bila setiap hujah yang dilontarkannya sebelum ini, dipatahkan setiap satu. Hingga akhirnya, terbukti, mereka sebenarnya yang salah. Habis merah, blushing, kemaluan seorang diri masa tu.

Mereka nak minta maaf? Jangan harap!

They are so proud of being stupid.
And honoured the world know about it.

Bila dah kalah, mula lah attack peribadi.

– dah tak tahu nak kutuk produk Shaklee, mula lari menyerang pengedar. Siap PM dengan mencarut macam-macam sambil disertakan gambar lucah.

– bila diberi penjelasan ‘rujuk doktor kalau sakit’, mereka tuduh “damage control” & “sebagai lifeline” saja. Padahal, dari dulu memang sudah dinasihatkan sebegitu.

– bila tak bersetuju dengan penjelasan doktor, mula fitnah “doktor tu tidur dalam kelas, tu yang tak belajar nutrition”. Padahal, doktor memang tak belajar subjek nutrisi extensive macam graduan nutrition pun.

Admin tengah tunggu mereka nak cakap “Saintis PhD Nobel Prize Winner ni tak boleh pakai sebab tak pakai tudung”. Tak sabar nak simpan print screen tu buat kenang-kenangan & frame di wall of shame. Bukti pejuang sains kononnya tapi kalah berdebat secara ilmiah akhirnya.

Inilah standard keyboard warriors yang dianggap memperjuangkan sains. Sains dapat D masa sekolah agaknya. Dalam pada tu, ada juga hardcore follower yang naif menyokong mereka. Admin jangka, Matematik follower dia tu E.

Tu yang kurang cerdik nak bezakan fakta dengan propaganda {focus_keyword} Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters? 1f61c😜.

Admin cuma simpati pada orang umum. Mereka sangat innocent & sangat lemah untuk membezakan, mana satu viral penipu dengan mana satu yang proven science. Kebanyakkannya hanya berkiblatkan jumlah likers untuk buat keputusan.

Tapi apa nak buat, inilah kesan sampingan Internet.
Yang salah dianggap benar, hanya sebab popular.

Dalam banyak-banyak, keyboard warrior ni yang paling suka putar belit fakta demi memanipulasi persepsi orang ramai. Tanpa sebarang responsibility & accountability, mereka manipulasi kisah geng Asal Bukan Shaklee, kisah doktor & kisah ex-Shaklee untuk sebarkan propaganda mereka.

Admin juga simpati pada followers yang terjerat dalam perangkap mereka. Mulanya bangga tolong tokok tambah, sampai akhirnya terjebak dalam macam-macam fitnah. Bila dah jadi kes polis, baru sedar “alamak, aku dah silap share sebenarnya”.

Apa yang keyboard warrior ni buat masa tu?

Agak-agak, mereka nak tolong jelaskan pada anggota polis ke? Kalau dah dipecat nanti, agak-agak keyboard warrior ni nak tolong defend depan pengarah KKM ke? Nak tahu exactly apa yang keyboard warrior ni cakap?

“dengan si penakut boleh lah”

Tiada semangat sisterhood langsung.

Masa diberi info, bukan main diangkat sebagai hero “doktor ini boleh percaya. lain-lain doktor mangkuk ayun saja”. Tapi bila melarat jadi apa-apa, terus dituduh “penakut”. Betul-betul “habis madu sepah dibuang”.

Janganlah terperdaya dengan komen atau jumlah share/likers. Sebab itu semua dari fake account yang mereka sendiri cipta. Sengaja buat fake account supaya post mereka nampak meriah.

Apapun, Shaklee cuma berminat dengan hujah sains.

We dont hit hard, we educate with facts.

Always

 {focus_keyword} Kata Shaklee The Best. Tapi, Kenapa Ada Haters? 18893410 1430829780297103 6179013400364046571 n

Kalau nak jadi haters Shaklee pun, biar lah dengan proven sains. Sebab kami pun nak juga tahu, apa lagi improvement yang perlu.

Tapi jangan sesekali guna pangkat & kedudukan untuk jadi haters Shaklee. Cukup-cukuplah sekadar menjatuhkan maruah sendiri. Usah memalukan profession & organisasi sekali. Silap haribulan, boleh dibuang kerja nanti.

Kami takkan pernah gerun atau tergugat, kalau setakat dimaki hamun. Sama ada ia datang dari entah siapa-siapa, mahupun dari yang terlebih popular. Popular atau tidak, kebenaran itulah hakikat.

Popularity is nothing, principles are forever.

The truth is not for everyone, but only for those who seek it.

LIKE & Follow IREACH untuk lagi EXPOSE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: