Fakta Mengejutkan Tentang Durian

Tak terpikir pon durian ni macam-macam ada. Orang tak suka durian pon akan nak makan jadinya lepas tahu ni. Musim-musim durian ni masih belum habis. Ade gerai-gerai yang siap sediakan tempat duduk untuk makan kat situ lagi. So tak dehal lah untuk penggemar durian (especially yang pasangannya tak suka durian) untuk makan Raja Buah ni.

 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian 533968796 7bf8c109ce

<
1. Durian Sebagai Pelawas

Durian ni kaya dengan serat (fiber). Serat bagus sangat dalam meningkatkan pergerakan usus untuk najis bergerak. Makan durian, takkan jadikan perut kembong, pedih ulu hati dan senak perut. Ada ke yang senak perut makan durian banyak-banyak? Siapa yang sembelit tu, memang sangatlah disarankan makan durian ni. Esok insyaAllah smooothh sangat ke toilet (hanya perlu tekap hidung sahaja). Haha. Jangan risau, makan durian insyaAllah takkan cirit birit.

2. Durian Bagus Untuk Tekanan Darah Dan Kesihatan Kardiovaskular

Sebabnya, durian ni kaya dengan potassium. Tapi bukanlah ubat sakit jantung. Cuma kalau kita ni cukup potassium dalam badan, insyaAllah salur darah kita rileks dan takdelah tekanan darah tinggi jadi. Banyak juga buah lain yag kaya dengan potassium. Durian ni salah satu darinya.

3. Durian Anti Penuaan!?

Makan durian banyak-banyak akan jadi awet muda! Hehe. Sebabnya terlalu banyak vitamin dan antioksidan dalam durian ni. Bila banyak antioksidan, memang sangat membantu membuang banyak sel radikal bebas yang berbahaya dalam badan. Bila banyak antioksidan dalam bdan, kuranglah chance nak tua cepat, berkdut cepat, gugur rambut cepat, dan sebagainya. Haaaa more reasons untuk makan durian kan?

4. Makan Durian Sure Tidur Lena!

Durian ni ada bahan yang dinamakan sebagai tryptophan. Tryptophan ni kalau masuk dalam sel otak kita, akan bertukar kepada serotonin, iaitu perasaan yang membuatkan kita rasa relax dan happy. Bila serotonin ni banyak dalam darah, akan pulak merembeskan melatonin dalam darah, membuatkan badan rasa penat dan tertidur. Seronok kan, makan durian pastu tertidur. Haha. Pernah dengar orang makan durian lepas tu marah-marah? Takde kaaaa? Takde orang stress lepas makan durian – kecuali yang anti durian sbb benci bau durian. Haha. Pemakan duriaan semuanya kenduri durian happy2 je. So kalau stress, makanlah durian!

5. Durian Meningkatkan Daya Seksual?!

Durian bertindal sebagai aphrodisiac, iaitu bahan yang boleh meningkatkan daya dan keinginan seksual. Aphrodisiac ni juga boleh meningkatkan motility sperma danmeningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan. Tak yah cakap lebih, amik jek durian dan….

6. Durian Boleh Mencegah Kanser??

Dah cakap tadi durian ni kaya dengan antioksidan. Bila dah namanya antioksidan, tentulah dapat membantu mengelakkan kanser. Sebab radikal bebas yang merosakkan sel DNA kita ni dihalang oleh antioksidan tadi tu. Durian, memang kaya sangat dengan antioksidan ni termasuklah Vitamin C, Vitamin B, Vitamin E dan phytonutrients lain yang boleh layan sel kanser. So jangan rasa serba salah makan durian. Bau tu apa hal sangat compare dengan benefit makan durian ni kaan.

7. Durian Boleh Tingkatkan Immune Sistem?!

Dah namanya tadi kaya dengan antioksidan, dan ada Vitamin C pula, tentulah sekali boleh lawan virus. Sebab tu kalau makan durian (dan buah-buah lain), insyaAllah tak selsema dan batuk. Kalau nak demam tu demam jugak. Tapi kalau kandungan Vitamin C dalam badan mencukupi, insyaAllah kurang sikit jatuh sakit tu. Sama macam buah lain, Durian ni kaya dengan Vitamin C.

8. Durian Boleh Kuatkan Gigi Dan Tulang?!

Durian pon kaya dengan kalsium, magnesium, potassium, mangan, dan copper. Kalsium ada sikit je dalam durian tp potassium ada sampai 9% nutrisi harian yang diperlukan badan kita. Semua mineral ni penting sangat untuk kekuatan tulang. So makan durian setiap kali musim durian, insyaAllah bantu sikit-sikit supaya tak cepat kena osteoporosis masa tua nanti.

9. Durian Kaya Dengan Asid Folik!

Asid folik @folate sangat penting dalam penghasilan sel darah merah. Durian juga ada zat besi dan copper (meskipon tak banyak) tapi juga sangat penting untuk sel darah merah. Siapa yang selalu Hb low tu, bawak-bawaklah makan durian. Alternatif untuk naikkan Hb. Hehe.

<
BAHAYA MAKAN DURIAN

1. Makan Durian Boleh Menggemokkan?!

Meskipon banyak faedah makan durian, ada juga yang bahaya tentang durian ni. Iaitu jika makan banyak. Sebabnya durian ni kaya dengan lemak. Lemak durian ni 3 kali lebih banyak dari lemak yang ada dalam buah-buah lain. Walaupon tak sebahaya lemak haiwan, perlu berjaga-jaga juga. Dalam erti kata lain, makan durian banyak-banyak boleh membuatkan kita jadi gemok.

2. Makan Durian Boleh Sebabkan Diebetes?!

Durian juga meskipon macam pahit (ada setengah orang kata durian ni pahit tapi sedap), ia banyak sangat gula. Makan durian masa mengandung tak berapa elok sebab kandungan gulanya. So janganlah sampai craving nak makan durian banya sangat. Mahu diebetes kang.

3. Durian Durian Boleh Naikkan Suhu Badan

Memang terkenal sangat durian ni dapat tingkatkan suhu badan. Sebab tu rasa panas bila makan durian. Kalau makan sikit takde masalah, tapi ada ke orang makan sikit? Biasanya penggemar durian memang akan banyak (sebab ikut musim la kan). Bila makan banyak tu yang akan rasa panas, loya dan sebagainya.
<
Selain 3 bahaya makan durian ni, makanlah bersederhana. Sedap, busuk, tapi menggiurkan!

>

FAKTA TENTANG DURIAN

durian1 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian durian1durian2 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian durian2durian3 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian durian3

http://nutritiondata.self.com/facts/fruits-and-fruit-juices/2088/2
https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-durian.html
http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/healthy-eating/the-nutrition-of-durian.html#b

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: