Decaf Coffee: Baik Atau Buruk?

Siapa je yang tak sukakan kopi? Memang ramai sangat kot yang suka kopi. Siap ketagih lagi. Lagipon kopilah antara minuman yang paling popular seantero dunia.  Ada yang rasa wajib minum kopi, kalau tak memang tak boleh buat keje. Bila minum kopi, tenaga bertambah katanya.

Ada yang memang suka minum saja-saja sebab memang nikmat minum kopi ni. Apa pon alasannya, biasanya tak ada lah orang nak minum bergelen-gelen kopi sehari. Walau macam mana suka pon, ramai yang cuba untuk limitkan pengambilan kopi ni.

Antara alternatif kepada minum kopi ni dek kerana risaukan kesan sampingan, ramai yang cuba beralih kepada decaf coffee, iaitu kopi yang telah dibuang caffeinnya. Decaf coffee sama jek macam coffee biasa, cuma bahagian caffeinnya dibuang.

coffee_beans_cup_decaf_570 {focus_keyword} Decaf Coffee: Baik Atau Buruk? coffee beans cup decaf 570

Macam Mana Decaf Coffee Dibuat?

Decaf adalah singkatan kepada decaffeinated coffee. Ia adalah kopi sebenar tetapi 97% daripada caffeinnya dibuang. Ada banyak cara untuk buang caffein dari biji kopi (coffee beans). Kebanyakannya melalui proses yang melibatkan air, bahan larutan organik atau penggunaan karbon dioksida (1).

Biji kopi ini dibasuh di dalam larutan tertentu sehinggakan extract cafferin dapat diektrak keluar, barulah larutan tadi dibuang. Pembuangan caffein ni dilakukan sebelum biji kopi itu dibakar dan dikisar. Kuantiti dan kualiti bahan nutrisi lain dalam biji kopi sebenar pulak tak ada banyak berbeza dengan kopi biasa yang tak dibuang caffeinnya. Cuma ada sedikit berbeza dari segi rasa, bau dan juga warna kopi tadi, bergantung kepada jenis cara pembuangan caffein (1).

Berapa Banyak Kandungan Caffein Dalam Decaf Coffee?

Decaf coffee bukanlah maksudnya 100% tak ada caffein langsung. Ia masih mempunyai caffein, tapi dalam kuantiti yang amai sedikit iaitu lebih kurang 3% sahaja untuk satu cawan kopi (2). Ada juga decaf coffee yang ada 0-7mg caffein, pon juga masih dikira sangat sedikit (3), sedangkan kopi biasa mempunyai 70 – 140 mg caffein, bergantung kepada jenis kopi, cara penyediaan dan saiz sajian (4). Jadi, minum decaf coffee meskipon tidak lah 100% bebas caffein, tapi kandungan caffeinnya ter amatlah sedikit berbanding kopi biasa.

goldnescafinated._nescafe-gold-decaf-decaffeinated-coffee-100-gms {focus_keyword} Decaf Coffee: Baik Atau Buruk? goldnescafinated

Contoh decaffeinated Coffee

Decaf Coffee Kaya Dengan Antioksidan dan Nutrisi Yang Diperlukan Badan

Betul ke? Bukan lah kopi ni jahat? Kopi bukan lah jahat. Dan tiada sebab pon untuk mengharamkan kita minum kopi. Malah kopi sangat kaya dengan antioksidan (567). Decaf coffee juga sama berkhasiat dengan kopi biasa. Jika ada pon pengurangan nutrisi, maksimum pon hanya kurang sampai 15% je. Selain tu, kita masih dapat manfaat nutrisi dari decaf coffee (891011).

Memang ada kajian yang menyatakan ada juga bahan antioksidan yang hilang akibat proses decaf ni, tapi taklah banyak. Antara antioksidan utama yang terdapat dalam kopi sebenar dan decaf coffee adalah hydrocinnamic acids and polyphenols (112). Apa tugas antioksidan? Antioksidan ni sangat bagus untuk melawan sel radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan kita. Bila badan terlalu banyak sel radikal bebas, kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah penyakit jantung, kanser dan diabetes type-II (13141516).

Bukan setakat antioksidan, decaf coffee juga mengandungi 2.4% magnesium, 4.8% of potassium, dan  2.5% of niacin ( vitamin B3) nilai nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh (117). Mungkin nampak macam tak banyak, tapi kalau minum sampai 2, 3 cawan kopi sehari tu, kira banyak jugak dapat topup nutrisi harian.

Kebaikan Minum Kopi

Walaupon banyak desas desus yang kata minum kopi ni tak baik, sebenarnya banyak kebaikan kopi.

Berikut adalah antara sebab kenapa perlu minum kopi secara umum:

  • Memperbaiki mood, memori dan fungsi otak (36,3738).
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan dan pembakaran lemak (39,4041).
  • Meningkatkan prestasi ahli sukan (42,434445).
  • Mengurangkan risiko tekanan perasaan di kalangan wanita (46,47).
  • Mengurangkan risiko cirrhosis hati atau kerosakan hati (48,4950).

Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian yang dilakukan ke atas kopi sebenar berbanding decaf coffee.

Kenapa Pulak Kene pilih Decaf Coffee Berbanding Kopi Biasa?

Walaupon kopi memang jadi kegemaran ramai, ada je orang yang tak boleh tolerate dengan caffein. Tapi disebabkan kebaikan kopi ni banyak dan untuk tak melimitkan kebaikan kopi pada yang gemar caffein, sebab itulah decaf coffee ni diproses.

Untuk sesetengah orang, minum secawan kopi pon dah boleh jadi leng-long, pening dan sebu perut dan sebagainya. Tapi ada je orang yang boleh tahan minum sehingga 4 – 6 cawan kopi sehari. Yang lebih dari itu pon ada.

Kopi tak bersalah, yang memberi kesan-kesan ini adalah caffein. Kandungan caffein berlebihan akan mengganggu sistem saraf, menyebabkan badan rasa segar dan tak boleh tidur, rasa debar-debar, masalah kembong perut dan sukar untuk tidur. Orang yang memang sensitif dengan caffein perlu limitkan pengambilan kopi, atau lebih baik tukar sahaja kepada teh ataupun decaf coffee.

Malah ada juga kesan caffein terhadap pengambilan ubat (3). Jadi pastikan juga nasihat dari doktor sebelum mengambil apa-apa ubat, dan masih ingin meminum kopi.

Bukan itu sahaja, ibu mengandung, ibu menyusu juga memang perlu melimitkan pengambilan caffein harian (51). Sebab itulah decaf coffee ni wujud, untuk memberi alternatif kepada golongan ini yang masih suka akan kopi, tapi perlu limitkan caffein dalam kopi.

Kesimpulannya, Adakah Decaf Coffee Baik atau Buruk?

Disebabkan kopi adalah minuman yang baik, maka sama ada ia mengandungi caffein atau tidak, ia tetap bagus untuk kesihatan. Ia kaya dengan antioksidan, dan boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu. Cumanya, ada orang yang tak boleh terlebih caffein. Dengan itu, wujudlah decaf coffee sebagai alternatif.

Kesan buruk decaf coffee? Boleh dikatakan TIADA.

Selamat minum kopi!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: