Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat

Jerawat biasanya tumbuh di muka, leher, dada dan ada yang teruk sampai lah ke belakang badan. Mula-mula nak jadi jerawat tu, ia mula dengan adanya minyak dalam liang roma kulit, dan sel-sel kulit mati pulak berkumpul, menjadikan liang kulit tu merah, bengkak, berisi nanah. Lagi-lagi pulak bila ada bakteria mula masuk ke dalam ruang tadi. Jerawat ni boleh jadi sama ada dalam bentul blackhead, whitehead dan juga cysts.

Rawatan Semulajadi Untuk Jerawat?

Ada je banyak jenis rawatan. Kalau rajin, berikut adalah rawatan yang boleh dicuba. Tapi kalau teruk sangat, kenalah jumpa doktor juga.

1. Minyak Tea Tree

Minyak Tea Tree memang sangatlah famous untuk jerawat, terdiri dari kelompok essensial oil. Dulu selalu sangat nampak iklan T3 ni kat TV (sekarang tak nampak la pulak). Caranya mudah jek, sapukan jek minyak tu kat jerawat yang tumbuh. Tapi berkesan ke? Ke propa jek? Macam mana berfungsi?

Sebenarnya, minyak Tea Tree ni mengandungi bahan yang dipanggil terpinen-4-ol yang mana dia ni bertanggungjawab bunuh bakteria-bakteria yang sebabkan jerawat. Boleh baca banyak pasal minyak Tea Tree ni kat sini >> Tea Tree Oil For Acne.

{focus_keyword} Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat acba5bd5 c0b0 4336 ad01 058f987736f9 1

<

2. Amalkan Diet Glisemik Rendah (Low Glisemic Diet)

Kalau perasan, lagi banyak makan gula, lagi banyaklah jerawat naik. Perasan tak? Sebab makanan juga sangat mempengaruhi penghasilan jerawat. Contoh makanan yang tinggi Glisemic Index ialah macam makanan bergula, nasi putih, pasta, roti putih, french fries, kentang, cereal, cheese, pizza, jus buah-buahan. Semua ni tinggi gula dan tinggi Glisemic Index. So kena lah kurangkan atau hilangkan terus dari diet harian.

Kenapa?

Sebab makanan yang tinggi Glisemic Index ni sangat mempengaruhi penghasilan insulin dalam badan, dan meningkatkan production hormon androgen dan stimulate pembentukan jerawat dan bakteria. Gantikan makanan yang tinggi tinggi Glisemic Index ni dengan makanan-makanan yang rendah tinggi Glisemic Index macam kekacang, sayur-sayuran, dan bijirin.

sfitx_alc_1204_GI highvslowPDF {focus_keyword} Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat sfitx alc 1204 GI highvslowPDF

<

3. Kurangkan Pengambilan Produk Tenusu

Memang ada kajian yang menyatakan banyak ambil produk tenusu boleh jadikan jerawat cepat naik. Sebabnya susu mengandungi hormon androgen dan hormon pertumbuhan yang kemudian stimulate penghasilan jerawat.

<

4. Ambil Supplement Zinc

Zinc memang antara supplement dan vitamin yang famous untuk kecutkan dan kurangkan penghasilan jerawat. Sebabnya,, zinc bantu juga kurangkan bengkak. Zinc sebenarnya banyak terdapat dalam makanan macam tiram, daging merah, ayam, kekacang, whole grain dan bijirin yang diperkaya. Boleh juga ambil zinc dala, bentuk vitamin tambahan.Zinc_12Foods {focus_keyword} Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat Zinc 12Foods

Untuk dewasa, upper limit pengambilan zinc harian ialah 40mg. So jangan lebih dari 40mg. Sebab lebih sangat makan supplement zinc boleh jadikan zinc toxicity dan loya, hilang selera makan, muntah, kekejangan, sakit kepala dan juga cirit birit. Terlalu banyak zinc juga mengganggu penyerapan magnesium dari makanan, dan mengurangkan kolestrol baik HDL.

Sebiji Zinc Complex Shaklee sehari (15mg) dah memadai. Ataupun 2 biji Multivitamin Vitalea Shaklee (juga mengandungi zinc sebanyak 7.5mg x 2 biji) sangat mencukup untuk bekalan zinc harian.

Rujukan:

[1] Bassett IB, Pannowitz DL, Barnetson RS. A comparative study of tea-tree oil versus benzoyl peroxide in the treatment of acne. Med J Aust. (1990) 153 (8): 455-458.

[2] Dreno B, Moyse D, Alirezai M, Amblard P, Auffret N, Beylot C, Bodokh I, Chivot M, Daniel F, Humbert P, Meynadier J, Poli F; Acne Research and Study Group. Multicenter randomized comparative double-blind controlled clinical trial of the safety and efficacy of zinc gluconate versus minocycline hydrochloride in the treatment of inflammatory acne vulgaris. Dermatology. 203.2 (2001): 135-140.

Disclaimer: The information contained on this site is intended for educational purposes only and is not a substitute for advice, diagnosis or treatment by a licensed physician. It is not meant to cover all possible precautions, drug interactions, circumstances or adverse effects. You should seek prompt medical care for any health issues and consult your doctor before using alternative medicine or making a change to your regimen.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: