Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau

*Jangan simpan kentang dalam peti sejuk!*

Siapa je yang tak makan kentang. Seluruh dunia makan kentang. Tapi ramai tak tahu yang makan kentang pon boleh bawak mati.

Sejarah Keracunan Kentang Hijau

  • 1899: 56 Askar Germanr didapati keracunan solanine selepas makan kentang yang mengandungi 0.24 mg solanine pergram kentang. Semuanya pulih selepas rawatan dan ada yang disahkan mengidap kuning dan ada yang separuh lumpuh.
  • 1918: Di Glasgow, Scotland, 61 orang dari 18 buah rumah yang berbeza dalam satu kawasan yang sama, jatuh sakit disebabkan oleh kumpulan kentang yang sama. Esoknya, seorang kanak-kanak berumur 5 tahun mati sebab muntah teruk dan cirit birit yang teruk. Kes ini sangat teruk sampaikan dibuat kajian dan dipublishkan pada tahun 1933. Kajian tersebut adalah “An Investigation of Solanine Poisoning” oleh S. G. Willimott, PhD, B.Sc. dan disiarkan pada tahun 1933, selepas disiasat oleh scientists, R. W. Harris dan T. Cockburn. Dalam kajian tersebut, keracunan adalah disebabkan oleh kandungan solanine dalam kentang adalah 5 atau 6 kali lebih banyak berbanding kentang biasa.
  • 1922: Pada musim panas,  satu kes penyakit epidemic menular di German yang mana kemudiannya berjaya disiasat berpunca dari tanaman kentang yang mengandungi solanine yang tinggi.
  • 1925: Tujuh sekeluarga teracun dengan kentang hijau dan dua mati. Dalam report, symptom yang jelas adalah termasuk muntah-muntah, penat teruk, dan pernafasan yang laju. Kemudian pengsan dan selepas beberapa jam kemudian, disahkan meninggal dunia.
  • 1948: Satu lagi kes keracunan direkodkan. Tajuk artikel adalah “A Fatal Case of Solanine Poisoning disiarkan dalam British Medical JournalPada 13 August 1948, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dikejarkan ke wad sebab mengalami muntah-muntah, sakit perut di abdomen dan susah bernafas. 2 hari selepas tu, beliau meninggal dunia. Post motem dapati ada pendarahan di perut dan usus. Beliau memang ada kegemaran makan tumbuhan yang menjalar di rumahnya dan disahkan keracunan akibat solanine.
  • 1983: 61 orang dari 109 orang kanak-kanak dan staff sekolah di Alberta, Canada, jatuh sakit selepas makan kentang bakar. 44% dari mereka memang perasa ada warna hijau pada kentang yang mereka makan dan rasa kentang pon memang ada pahit.

<

Kenapa Kentang Jadi Warna Hijau? Memang Warna Semulajadi kah?

Kentang jadi warna hijau sebab ia terdedah lama sangat pada cahaya. Jadi terbentuklah klorofil pada kentang tu. Meskipon memang tumbuhan hijau semuanya ada klorofil, kehadiran klorofil dalam kentang adalah kes lain. Dalam kentang, tanda hijau ni menunjukkan paras toksin yang ada dalam kentang tu. Toksin ni dinamakan sebagai glycoalkaloids atau solanine. Lagi hijau kentang tu, lagi tinggi paras toksin glycoalkaloids/solanine ni.

download (4) {focus_keyword} Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau download 4

<

Apa Jadi Kalau Makan Kentang Hijau? 

  • First sekali, kentang hijau ni rasanya pahit! Lepas makan dan rasa pahit, sure memang orang tak makan banyak dah. (Indication yang bagus untuk kita – pahit, jangan makan)
  • Lepas 10 – 12 jam makan kentang hijau ni, biasanya kita akan rasa sakit perut, cirit birit dan muntah tak henti-henti.
  • Pemandangan boleh jadi kabur, loya dan ada kalanya berhalusinasi (nampak benda bukan-bukan) – mabuk
  • Lebih teruk, ditambah pulak dengan sakit kepala, demam dan sakit pada badan
  • Ada juga kes teruk yang sampai boleh bawak mati

download (2) {focus_keyword} Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau download 2

<

Macam Mana Nak Simpan Kentang Supaya Tak Jadi Hijau?

Simpanlah kentang di tempat yang gelap, dan kering serta sejuk. Kalau salah simpan atau simpan terlalu lama (jenis jarang memasak), hati-hati sebab memang solanine ni boleh meningkat pasarasnya. Better beli kentang dalam kuantiti yang sikit dan terus sahaja masak, jangan simpan lama-lama sebab ia tak elok. Tapi jangan salah jugak, kentang tak boleh simpan dalam peti ais! Suhu 0 – 5°C pon boleh jadikan bahan toksin glycoalkaloids ni meningkat!

download (1) {focus_keyword} Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau download 1

<

Perlu ke Buang Kentang Hijau?

Kalau sikit jek yang jadi hijau, tak perlulah buang seluruh kentang. Potong jek bahagian yang jadi hijau tu. Tapi maklumlah, rakyat Malaysia sokmo nak berjimat cermat (sampai kadang memudaratkan diri). Kalau dah nampak hijau tu, tak perlulah pegi beli (walaupon murah). Pastikan beli kentang yang bersih dan tiada hijau dan tiada tumbuh akar lagi.

<

Tak semua benda murah adalah elok ok!

<

<

RUJUKAN

https://www.fsai.ie/faq/green_potatoes.html

http://humannhealth.com/how-green-potato-are-very-dangerous-for-health/1102/

https://drbenkim.com/green-potato-solanine-dangers.html

http://www.foodsafetywatch.org/factsheets/glycoalkaloids/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: