Bahaya Minum Energy Drink Untuk Tambah Tenaga Kepada Badan

Raya-raya ni memang laku keras energy drink ni. Station minyak laaa selalu jual benda ni. Maklumlah nak memandu berjam-jam balik kampong, nak tambah tenaga dan tak nak mengantuk masa driving. Sebab mudah dicapai dan harganya pon berpatutan, dengar ia kononnya boleh hilangkan mengantuk dan bagi tenaga, memang berpusu-pusu la orang beli.

Perasan tak memang dah taka da iklan energy drink ni kat TV? Adakah mungkin sebab ianya bahaya?

Untuk orang dewasa pon ia tak bagus, apatah lagi untuk budak-budak atau budak sekolah. Jom tengok 10 bahaya minum air energy drink ni kalau berlebihan dalammasa yang singkat.

{focus_keyword} Bahaya Minum Energy Drink Untuk Tambah Tenaga Kepada Badan EnergyDrinkInfographicRevised1

Kes kematian yang disebabkan oleh energy drink, bukan rekaan saya. Tapi ia adalah realiti.

Sumber: The New York Times

Tak percaya tengok video ni

>

  1. Jantung Berhenti Tiba-tiba

Setiap orang keupayaan jantungnya berbeza. Pernah dengar kana da orang mati sebab terlalu banyak minum energy drink. Seriously ada berita ni, 3 remaja mati disebabkan oleh energy drink. Jadi jangan gatai nak minum banyak-banyak. Siapa yang memang dok ade masalah kat jantung tu, tak payah la nak minum energy drink. Bahaya.

 Info: Remaja Perempuan Mati Sebab Minum Energy Drink

>

  1. Sakit Kepala dan Migrain

Terlalu banyak minum energy drink juga boleh sebabkan sakit kepala teruk sebab nak keluarkan caffeine. Energy drink ni memang banyak kandungan caffeine. Sebab tu la dia stimulate rasa bertenaga tu. Kalau setakat minum kopi tu, sikit jek caffeine die. Energy drink ni, banyak caffeine nya. Kalau minum banyak, perasan taka da rasa debar-debar jek.

>

  1. Insomnia

Hah, kalau dah lebih minum tu, badan dah letih tapi mata dok terjegil keluar tak mau tutup tidur. Ini sangatlah bahaya sebab metablisme badan sure berubah. Sian kat badan dah letih tapi tak boleh tidur sedangkan tidur tu lah cara badan kita nak charge bateri. Kalau badan dah letih sangat, tapi tak dapat rehat, bahaya sebab takut “shut down” (pengsan) bile-bile mana jek.

>

  1. Banyak gula

Haaa untuk orang yang ada kencing manis, jangan tak tahu energy drink ni banyak gila gula. Kalau yang masih belum ada kencing manis pon, pakat lah berjaga-jaga sebab dia nanti trigger insulin sampai boleh sebabkan penghasilan insulin bercelaru. Diabetes Type 2 pulak tu. Yang kene cucuk tiap hari tu. Nauzubillah.

>

  1. Ganggu Penyerapan Ubat

Siapa yang memang makan ubat dan supplement tu, buat rugi jek kalau minum energy drink ni. Senang kata, ubat dan supplement tu terus tak berkesan dah dek kerana bahan-bahan dalam energy drink.

>

  1. Ketagih

Siapa yang dah start minum energy drink ni, sure akan rasa seronok. Berjaya betul manufacturer energy drink ni bagi rasa addicted dan ketagih kepada peminumnya. Good marketing advertising. Sebab kesan bagi tenaga instant tu yang orang seronok. Perasan tak orang yang ketagih, memang ada beli setiap hari. Kalau tak beli, tak boleh buat kerja katanya. See see the effect. Wow.

>

  1. Rasa debar dan Nervous

Terlalu banyak minum energy drink ni akan buat kan kita rasa debar dan jantung degup sangat laju. Kadang kala sampai tak boleh nak perform kerja dan kadangkala sampai beremosi lebih-lebih pulak. Kajian kat Australia kata, hanya 250ml boleh dah rasa debar dan bimbang lebih-lebih pada peminumnya.

>

  1. Muntah

Banyak sangat minum energy drink pon boleh buat rasa nak muntah dan loya habes.

>

  1. Allergic

Ada orang allergic bahan dalam energy drink ni. Bila allergic, mungkin akan sesak nafas. Dari sudut positifnya, bagus juga sebab lepas ni sure takkan beli lagi energy drink ni.

Hurm… lepas ni tak payah la nak beli energy drink ni. Bawak lebih banyak mudharat berbanding kebaikannya. Adalah lebih baik berhenti sekejap dan tidur rehatkan badan berbanding telan energy drink ni. Semua kesan-kesan kat atas ni bukan mudah nak dibuang.

Hatta ketagih kopi secawan sehari pon susah nak hilang, inikan pula high dosage caffeine macam dalam energy drink ni.

Sumber:

http://blog.foodfacts.com/2014/10/23/new-research-recognizes-the-danger-energy-drinks-may-pose-to-public-health/

http://www.today.com/news/teen-girl-dies-caffeine-toxicity-after-downing-2-energy-drinks-506441

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: