8 Makanan Yang Boleh Turunkan Kolesterol Tinggi

Kali ni jom kita berkongsi tentang makanan yang boleh turunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Tak banyak kita ubah, sikit pon jadilah sebagai permulaan. Tapi bagus kalau kita maksimumkan pengambilan makanan jenis ini. Bukan semestinya mahal pon makanan ni, tapi memang kadang kita tak suka jenis makanan sihat ni. Jenis makanan yang tak sihat jugak yang kita suka ambil – walaupon mahal. Betul tak?

{focus_keyword} 8 Makanan Yang Boleh Turunkan Kolesterol Tinggi 98371979

Berikut adalah antara makanan yang boleh menurunkan kolesterol:

Kali ni jom kita berkongsi tentang makanan yang boleh turunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Tak banyak kita ubah, sikit pon jadilah sebagai permulaan. Tapi bagus kalau kita maksimumkan pengambilan makanan jenis ini. Bukan semestinya mahal pon makanan ni, tapi memang kadang kita tak suka jenis makanan sihat ni. Jenis makanan yang tak sihat jugak yang kita suka ambil – walaupon mahal. Betul tak?

Berikut adalah antara makanan yang boleh menurunkan kolesterol:

1. Oatmeal

Oat memang mengandungi banyak serat yang boleh serap kolesterol jahat LDL dari badan kita. Kalau memang tak lalu nak makan oat, boleh jek makan epal, pisang, kacang merah dan buah prune. Serat ni lah yang akan serap lemak LDL yang suka sangat menempel melekat di dinding salur darah tu membentuk plak lemak. Kalau plak lemak tu tebal, salur darah akan sempit. Itu yang meningkatkan risiko darah tinggi dan strok.
<

2. Anggur merah

Anggur merah memang dah lama dikaji sangat berkesan menurunkan berat kolesterol. Peminum tegar wain merah memang kurang berisiko untuk mengidap kolestrol tinggi sebab bahan utama wain merah adalah anggur merah. Kita orang Islam memang diharamkan minum wain, tapi boleh jek makan anggur merah. Malah memang ada kajian yang menyatakan bahawa pengambilan anggup merah secara konsisten boleh menurunkan sehingga 9-12% kadar kolestrol LDL (kolesterol jahat).
<

3. Ikan yang kaya dengan Omega 3

Antara ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah ikan kembung, ikan sardin, ikan tuna dan ikan salmon. Selain daripada mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah, Omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan jantung dan mengurangkan risiko pembekuan darah dan risiko kematian mendadak akibat kegagalan fungsi jantung.
<

4. Kekacang dan Bijirin

Kekacang seperti badan mampu menurunkan kolesterol yang tinggi. Setengah cawan kacang badam sehari boleh kurangkan sehingga 10% paras kolestrol. Tapi disebabkan kacang badam ni high kalori, tak boleh lah ambil banyak-banyak. Nanti gemok pula. Bijirin Falx seed juga sangat membantu menurunkan kolesterol, di mana 50 gram flax seed sehari boleh turunkan sehingga 8% kolestrol LDL dalam badan. Jadi kacang badan dan flax seed memang sangat elok dimasukkan dalam sarapan dan juga dimasukkan dalam bakeri macam roti.
(Rujukan http://www.healthaliciousness.com/articles/foods-which-lower-cholesterol.php)
<

5. Buah Zaitun

Buah Zaitun memang sangat digalakkan diambil setiap hari. Dalam buah zaitun ada zaitun hydroxytyrosol yang memang mampu menurunkan kadar kolesterol tinggi. Sebab tu orang Mediteranian memang makan buah zaitun dalam hampir dalam setiap menu mereka. Sebab tu memang mereka jarang kena penyakit berkaitan dengan kardiovaskular.
<

6. Yogurt

Pilihlah yogurt yang bebas lemak. Kalau Yigurt Greek, jauh lebih baik. Yogurt kaya dengan dengan protein, kalsium dan lactobacillus yang dapat mengurangkan kolestrol tinggi.
>

7. Buah dan sayuran

Buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan kuat boleh menurunkan koleterol yang tinggi. Biasanya buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan ni, warnanya memang cerah dan terang. Antara buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan adalah; blueberry, strawberry, acai berry, blackberry, cranberry, jambu, buah mangga (mango), kubis, brokolli, cili, aprikot, labu, ubi manis, lobak dan juga bayam.
<

8. Bawang putih

Bawang putih juga sangat bagus untuk menurunkan kolesterol yang tinggi. Tapi kalau kolesterol terlalu tinggi, mungkin agak kurang berkesan. Dan makan bawang putih mentah jauh lebih baik dari bawang putih yang dah dimasak.
>
>
Itulah antara makanan yang banyak dikaji mampu membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam badan. Walaubagaimanapon, gaya hidup yang sihat tu jauh lebih penting. Bersenam penting, dan jauhkan diri dari alkohol dan rokok. Menjaga diri dengan pemakanan sihat itu mahal, tapi jika jatuh sakit, ia akan jadi jaaaauhh lebih mahal.

{focus_keyword} 8 Makanan Yang Boleh Turunkan Kolesterol Tinggi FL3341 05 RM part3 01

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: