6 Tips Merawat Bibir Kering, Pecah Dan Berdarah Ketika Berpuasa

Bila masuk bulan puasa Ramadhan, cuaca bertambah terik, panas dan kering. Jika selama ni minum air banyak sepanjang siang, kini siang memang berdahaga. Hanya boleh minum air waktu malam sahaja. Jadi ada sesetengah orang yang masih belum dapat adapt dengan jadual pertukaran makan dan minum akan rasa lebih kering dan ter-dehidrat (kurang air).

Jika hari biasa tak puasa bibir tu boleh moist, lembab, dan seksi – bila berpuasa pulak, tiba-tiba bibir jadi kering, pucat, tak bermaya dan lebih teruk lagi pecah sampai kadangkala berdarah dibuatnya. Ia taklah berbahaya dan sebenarnya boleh jek dielakkan dengan cara yang betul – tanpa minum air la of course:mrgreen: {focus_keyword} 6 Tips Merawat Bibir Kering, Pecah Dan Berdarah Ketika Berpuasa icon mrgreen

 

1. Minum 8 gelas air masak sepanjang malam
Sebenarnya bibir kering memang tanda paling jelas yang kita kurang sangat dah air dalam badan. Seeloknya kekalkan pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari. Tips terbaik adalah seprti berikut;

  1. 1 gelas selepas azan Maghrib
  2. 1 gelas selepas solat Maghrib
  3. 1 gelas selepas makan malam
  4. 1 gelas selepas solat Isyak
  5. 1 gelas selepas solat Terawikh
  6. 1 gelas sebelum tidur
  7. 1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
  8. 1 gelas selepas bersahur

 

{focus_keyword} 6 Tips Merawat Bibir Kering, Pecah Dan Berdarah Ketika Berpuasa tips 2Bminum 2Bair 2Bpada 2Bbulan 2Bpuasa 2Bramadhan
2. Banyakkan makan buah-buahan segar
Pilihlah buah yang banyak mengandungi air seperti tembikai, strawberry, nanas, dan buah oren. Untuk sayur-sayuran pulak, pilihlah zucchini, timun dan tomato. Bukan je semua makanan ni kaya dengan air, tapi ia juga kaya dengan vitamin dan nutrien yang sememangnya diperlukan oleh tubuh.

3. Elakkan makanan yang terlalu banyak garam
Terlalu banyak garam akan menyebabkan badan kering dan perlukan lebih banyak air. Sebab tu bila banyak makan makanan bergaram, kita akan rasa sangat haus dan kering. Jadi kalau boleh semasa bulan puasa ni, kurangkan pengambilan garam dalam masakan. Garam banyak terdapat dalam makanan ringan dan makanan-makanan segera, better elakkan. Lagipon makanan ringan bukannya elok pon.

4. Pakai Lip Balm (pelembab bibir)
Lip balm memang antara cara paling senang nak lembabkan bibir. Sentiasa pakai lip balm bila-bila masa. Even masa tidur pon boleh. Pilihlah yang organic dan semulajadi. Prevention is better, so pakailah masa bibir masih lagi lembab, itu lebih baik berbanding pakai bila dah kering. Apa pon, sepanjang siang pon pakai juga. Asalkan jangan jiat sudah. Bata terus puasa:lol: {focus_keyword} 6 Tips Merawat Bibir Kering, Pecah Dan Berdarah Ketika Berpuasa icon lol.

{focus_keyword} 6 Tips Merawat Bibir Kering, Pecah Dan Berdarah Ketika Berpuasa woman applying lip balm

5. Elakkan jilat bibir menggunakan air liur
Kita kadang ingat basahkan bibir dengan air liur boleh lembabkan balik bibir. Salah tu sebenarnya. Malah menjilat bibir menjadikan bibir akan bertambah kering. Sebab air liur sebenarnya melekit dan ada enzim yang boleh sebabkan bibir bertambah kering.

6. Sapukan madu pada bibir. 
Madu merupakan pelembab semulajadi juga. Boleh sapukan terus pada bibir. Tapi tak boleh lah sapu pada waktu siang. Habis sokmo la puasa tu. Hahahaha. Sapu waktu malam  sebelum tidur. Masa berbuka juga boleh lah minum 3 sudu besar madu. Ia bukan sahaja melembabkan kulit, malah madu juga memberi tenaga setelah penat berpuasa sepanjang hari.

Nah, itulah 6 tips untuk mengelakkan bibir kering, merekah dan pecah sepanjang bulan puasa ini. Selamat berpuasa dan semoga cantik selalu.

2 comments

    1. Masalahnya, hari bukan puasa pon ramai orang fail minum air banyak. Ni kan pulak bila bulan puasa.

      Penapis coway mmg airnya sedap. Haha (tiba2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: