10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu!

Minyak kelapa ni seriously superfood yang magik! Ramai yang tak hargainya zaman sekarang ni. Sedangkan minyak kelapa memang boleh sangat improvekan kesihatan kita. Kat sini saya nak senaraikan 10 sebab kenapa lepas ni kena ada minyak kelapa sentiasa dalam rumah. Ada banyak lagi, beratus-ratus kebaikan minyak kelapa ni. Tapi cukuplah 10 dulu. Mana tau ia boleh selamatkan nyawa kita? Kan kan?

<

#10 PENAWAR KERACUNAN MAKANAN

Siapa sangka minyak kelapa boleh jadi ubat kalau kita terkena keracunan makanan. Minyak kelapa ni betul-betul boleh kurangkan kesan keracunan makanan tu dengan buh bakteria yang sebabkan simptom keracunan tu. Tak percaya? Boleh baca lagi 333 kegunaan minyak kelapa ni kat sini >>  ( Hybrid Rasta Mama).

<

#9 MELEGAKAN SAKIT TEKAK

Minyak kelapa bila dimakan, ia jadi satu lapisan nipis yang melegakan kat bahagian anak tekak yang sakit tu. Cara makannya pon mudah jek. Nak makan terus 1 sudu besar minyak tu terus pon boleh, nak campur dengan minuman lain pon ok jek. Minyak kelapa ni dalam suhu bilik adalah berbentuk pepejal putih. Jadi amik satu sudu tu dalam bentuk pepejal tu, telan perlahan-lahan, kenakan pada bahagian tekak. Suhu panas sikit, ia akan jadi cecair, so minum terus pon boleh >> ( Sun Warrior).

<

#8 BANTU LEMBUTKAN TUMIT MEREKAH

Disebabkan minyak ni macam pepejal, boleh ambik dan sapukan pada rekahan-rekahan tumit dan pakai stokin. Buat setiap malam sebelum tidur. Suprisingly memang makin hari makin lembut tumit tu dan rekahan pon hilang. ( Don’t Mess With Mama ).

CrackedHeels {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! CrackedHeels

>

#7 KURANGKAN VARICOSE VEINS

Varicose veins, atau salur darah yang mengembang dan membengk ni memang hodoh dan memang orang tak nak! Tapi atas sebab tertentu, ia muncul. Biasa juga berlaku pada ibu yang mengandung. Cara nak kurangkan varicose ni nampak jelas sangat, sapukan minyak kelapa yang hangat selama 5 – 15 minit setiap hari. ( Bustle ).

VaricoseVeins_CocounutOil {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! VaricoseVeins CocounutOil

<

#6 SEBAGAI UBAT SEMBELIT

Siapa yang selalu ade sembelit tu, makanlah minyak kelapa. Satu sudu kecik pon dah boleh bagi kesan “loosening effect” pada najis dalam usus kita. Untuk orang yang tak pernah cuba, jangan makan banyak sangat. Takut cirit birit pulak. Minyak kelapa ni bertindak sebagai natural laxative. Ia bantu stimulatekan usus untuk membuang. ( Fussy Body).

<

#5 MELEGAKAN RONGGA HIDUNG YANG KERING

Malaysia ni humidity tinggi. So tak ramai yang rasa hidung kering. Tapi kat negara yang suhu tinggi dan himidity rendah, biasanya memang ada masalah lubang hidung kering. Jadinya minyak kelapa ni boleh sangat membantu. Bukan sahaja ia semulajadi, kesannya sangat effective dan baunya juga sangat sedap. Cuma colet sikit dengan cotton bud dan sapu dalam lubang hidung. ( Everyday Roots).

<

#4 SEBAGAI KRIM RUAM LAMPIN

Takut dengan cream ruam lampin yang ada bahan kimia? Hah cuba minyak kelapa. Bukan je minyak kelapa ni jadi satu lapisan pelindung, the best part ialah ia pon ade antimicrobial dan antiviral serta anti fungal supaya kulit baby kekal lembut. ( Home Remedies for Life ).

<

#3 MELEGAKAN KESAN GIGITAN SERANGGA

Nyamuk! Sakit woo kalau gigit. Gigit kita ok lagi. Tapi kalau gigit baby, memang kesan merah-merah dan gatal tu lama nak hilang. Siap bengkak lagi. So kalau nak legakan cepat, sapukan jek minyak kelapa ni macam sapu krim. Jadi kesan luka akibat gigitan serangga dan nyamuk ni cepat sangat hilang. ( Coconut and Health ).
<

#2 BANTU HILANGKAN KESAN STRETCH MARK DISEBABKAN MENGANDUNG

Yang ni mak-mak dan ibu-ibu mengandung paling suka. Mak mak memang pening tengok stretch mark yang muncul dek kerana mengandung. Minyak kelapa pon memang dah famous sangat dah digunakan sebagai pelembab dan untuk jadikan kulit anjal dan mudah meregang. Jadi tak ada stretch mark tu muncul. Cara gunanya senang jek, sapukan jek kat kulit selepas mandi. Sapu sampai rasa ia meresap masuk dalam kulit. Kesannya memang best! ( The Healthy Homes).

StretchMarks {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! StretchMarks

<

#1 HILANGKAN BAU BADAN

Siapa sangka minyak kelapa pon memang boleh dijadikan sebagai deodorant semulajadi!!! Bukan jek boleh lembabkan kulit bawah ketiak, baunya pon sedap! Tak percaya boleh baca penghalaman wanita ini. Dia dah sungguh jatuh cinta jadikan minyak kelapa ni sebagai deodorant. Kurang risiko kene kanser payudara tau. ( Xovain ).

MTE5NTU2MzA4NzM5Nzg2MjUx {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! MTE5NTU2MzA4NzM5Nzg2MjUx

<

Hah ok sampai sini dulu. Kalau ikutkan memang ada banyak lagi kegunaan minyak kelapa ni. Tak tau nak beli kat mana? Cube ke sini. Memang ada jual minyak kelapa dara atau dikenali sebagai Virgin Coconut Oil (VCO). Kalau boleh belilah yang guna kaedah cold-pressed. Iaitu yang tak gunakan haba langsung untuk dapatkan minyak kelapanya. Memang agak mahal, setanding khasiatnya.

BIO-coconut-oil-small-235x310 {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! BIO coconut oil small

Virgin Coconut Oil

5 comments

    1. tu yang rambut tebal tu. skrg kita tepek mak nenek bahan kimia kat kepala. mana la tak ramai makin botak nengoknya. hehehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: